Review: Dalacin T Topical Solution

Assalamualaikum

Akak pemalas menaip lagi. Yeay *tabur konfetti cucuh bunga api meraikan kerajinan dia yang rare ni* haha

Apa khabar gojes dan hensem sekalian? Harapnya sihat walafiat la di samping keluarga tercinta. Dah nak raya ni. Tak mau la sakit-sakit badan ke apa. Nanti kesian orang lain kemain melaram pergi beraya, kome kena tinggal kat rumah huhu menangis tak berlagu.

Anyway, maaf sebab ambil lama nak update blog. Sis busy layan anime Fairy Tail lol

Tapi sekarang semua episod dah habis tengok so boleh la kita bersembang kejap pasal satu produk ni yang bernama Dalacin T Topical Solution.

Jika anda rajin research pasal jerawat, atau anda ada masalah jerawat, atau anda jenis kedua-duanya sekali macam saya, mungkin anda akan pernah dengar la pasal produk ni. Dalacin T ialah sejenis cecair antibiotik yang mengandungi 1% clindamycin phosphate yang berfungsi untuk mematikan kuman jerawat. Berdasarkan sana sini forum yang aku masuk, most feedback semua kata Dalacin T ni berkesan and jerawat batu dah jarang naik lepas pakai secara konsisten.

Reaksi aku lepas baca tu, semestinya WOW!! *mata keluar bling-bling*

Masa tu (Julai 2015), ada la dalam 3 bulan camtu kot lepas aku berhenti pakai Dnars dan memang jerawat batu tengah tumbuh dengan subur dan jayanya di muka. Tak sanggup rasa nak berhadapan dengan orang ramai. Dah la masa tu tengah bulan puasa so gila tak sedih kena beraya dengan muka yang elok sikit je daripada jalan tar? :’(

Gambar bertarikh 15 Julai 2015
Rezeki Ramadhan, walaupun elaun sebenarnya lambat lagi nak dapat sebab baru daftar masuk sem satu kan, tapi kolej ada bagi duit raya RM100 untuk pelajar dari keluarga kurang mampu macam aku. Maka balik je ke kampung, berterbanganlah daku ke macam-macam farmasi untuk mencari Dalacin T ni. Dan akhirnya jumpa juga di Farmasi Cahaya Timur. Last stock pula tu kat situ. Nasib baik sangat-sangat. Macam nak peluk je akak pharmacist tu haritu hahahah...

Harga asal sepatutnya RM48, tapi aku beli ni RM50.88 sebab termasuk dengan GST sekali. Habis macam tu je duit raya aku huhu terima kasih PM.
Cara pakai dia mudah je.
1 – Tekankan dabber kapas yang label love merah tu di mulut botol sampai rapat
2 – Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas dia basah
3 – Dab (tepek) kapas basah tu sikit-sikit di JERAWAT SAHAJA
4 – Tutup pakai penutup yang label love biru tu lepas siap pakai. Penutup botol yang asal tu boleh pergi meninggal dibuang je sebab tak guna dah.

Pengalaman mula-mula guna Dalacin T ni, rasa macam ada semut gigit je kat kawasan jerawat tu haha. Dia pedih plus gatal sikit tapi tak menyucuk sangat. Dalam seminit dua camtu sakit tu hilang. Tapi bau dia wa kasitau awal-awal, sangat-sangat berbau ubat. Seolah-olah kena injek dengan misi pula. Well… nama pun antibiotik kan so hadap je la XD

Tapi kesan dia yang aku suka, jerawat takde mata yang timbul kat kulit aku tu surut sikit-sikit bengkaknya. So takde la nampak berbonjol sangat muka aku. Kalau yang bernanah tu pulak, bahagian kulit yang nampak putih-putih tu jadi kering sampai lama kelamaan dia jadi gelap macam kuping kudis gitu. Bila dah kering sangat, kulit kering tu boleh terkopek macam tu je (selalunya aku yang pergi tarik sebab geram haha). Tapi kena standby dengan tisu la sebab walaupun jerawat tu nampak kering, dalam tu sebenarnya masih ada nanah dia. Bila kuping tu tertanggal, pori jerawat tu akan terbuka dan akan ada la nanah bercampur darah yang keluar. Memang disgusting la kalau orang tengok. Tapi bagi aku bagus juga bila nanah tu keluar. Siap tolong picitkan lagi biar dia cepat keluar sampai habis. Sebabnya lepas tu bengkak di muka akan hilang dan warna kulit aku pun akan makin sekata sikit. Tapi yang tak bagusnya, kalau tak gentle time picit tu, ada kemungkinan untuk dapat parut huhu… **jangan contohi sikap ini**

Aku pakai Dalacin T ni dalam 4 bulan camtu kot. Sambil tu aku amalkan makan Olicandy sekali untuk rawatan dalaman dan juga guna produk yang ada tea tree oil untuk booster effect (lain kali review). Alhamdulillah nampak la perubahan sikit di muka. Maka bila start je cuti semester bulan November 2015 tu, muka aku dah improved macam kat bawah :D

12 November 2015 – yeay \(O_O)/
Jerawat batu semua dah hilang, guys!!! Dan sampai sekarang dia memang dah jarang naik kecuali kalau time period ahaks. Kalau compare gambar ni dengan gambar bulan Julai tu, memang ketara sangat beza dia. Macam tak percaya pun ada. And the best part is, aku pakai Dalacin T tu setengah botol je tau. Tak habis pun. Tapi kesan yang aku dapat memang capai target yang aku inginkan. Alhamdulillah syukur. Dan sekarang aku faham kenapa ramai orang rekomen pakai Dalacin T kalau ada masalah jerawat. Awak pun boleh la try kalau ada masalah sama :)

Kesimpulannya, aku bagi 4.5 bintang untuk Dalacin T untuk keberkesanan beliau. **0.5 lagi hilang sebab bau dia macam ubat ahaks**

Sebelum berpisah, ni ada beberapa pantang larang yang kena ikut kalau nak pakai Dalacin T.
1 - Dab sahaja: Maksudnya tepek sikit-sikit je dabber kapas tu ke muka. Jangan tenyeh macam kau tengah pakai Ammeltz Yoko-Yoko.
2 - Pakai apabila perlu sahaja: Hanya guna bila ada jerawat naik. Jangan pakai masa muka dah clear, dan jangan guna untuk rawat parut sebab dia bukan untuk parut. Bahan utama dalam ni adalah antibiotik yang khas untuk jerawat. Kalau guna unnecessarily masa takde jerawat atau untuk parut, ada risiko untuk overdose. Tak memasal nanti kulit immune dan antibiotik tu dah tak berkesan lagi terhadap jerawat.  Rugi beb.
3 – Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain: Kalau nak pakai Dalacin T, jangan combine dengan Oxy, T3, Benzac AC, etc walaupun pakai lain-lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita (dan mungkin boleh sebabkan overdose juga)
4 – Selalu pakai krim pelembap: Selain keringkan jerawat, Dalacin T juga boleh keringkan kulit. Jadi krim pelembap tu penting untuk kekalkan kesihatan kulit. Tapi kalau tak nak pakai pun takpe. Ikut kerajinan masing-masing. 

Nota: Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sepanjang menggunakan produk tersebut. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Hentikan penggunaan jika ada kesan sampingan dan rujuk kepada yang lebih pakar.

Sekian, terima kasih sebab baca dan sebarang soalan boleh komen di bawah. Jumpa di lain review. Assalamualaikum. <3