Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Review : Cosmoderm Tea Tree Oil

Assalamualaikum

Sorry for being a terrible person, people. Kata nak update blog dengan review produk yang boleh digunakan untuk rawat kulit rosak kan. Tapi hampeh. Lama gila baru aku nak tepati janji. Dasar munafik huehuehue.

Biasa la bila di kolej, mana sempat update sebab busy dengan kelas, assignment, projek. Line internet pun camsial. Pastu bila cuti, kerjanya tidur makan je. Memang lupa habis la niat nak update blog tu haha. Maafin ya adik kakak abang yang cantik dan kacak sekalian.

Tapi jangan risau. Harini kita ada satu cerita untuk dikongsi bersama iaitu berkenaan set penjagaan muka Cosmoderm Tea Tree Oil.


Siapa yang dah baca review pasal Cetaphil tu tahu la macam mana kesan Cetaphil yang so-so tu kat aku. Sebab tu masa pergi Mahkota Parade Melaka pada 8/8/2015 tu, tanpa bertangguh aku terus singgah Guardian dan beli satu set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Tak ingat berapa jumlah dia tapi kalau tak salah, range setiap item antara RM16-RM20 camtu. Kalau beli online boleh dapat diskaun :)

Bagi yang tak tahu, Cosmoderm ni ada dua jenis set. Set pertama adalah set Vitamin E yang dalam packaging kuning, sesuai untuk kulit kering dan berparut. Satu lagi is set Tea Tree Oil yang packaging hijau kat atas ni, khas bagi kulit bermasalah dan berminyak macam aku. Sebabnya tea tree oil ada khasiat antibakteria untuk cegah jerawat :)

Pendapat aku sepanjang menggunakan set Cosmoderm Tea Tree Oil ni adalah seperti di bawah:

1) Cosmoderm TTO Facial Cleanser


** Wajah baru Cosmoderm lepas upgrade formula kepada bahan-bahan yang ZERO paraben dan SLS/SLES. Untuk pengguna yang anti-paraben, boleh la cuba Cosmoderm lepas ni :) 

I love this cleanser. Sebab dalam banyak-banyak cleanser aku pernah cuba, ni yang paling serasi dengan aku. Aku suka sebab bau tea tree oil dia mild dan elok je kena dengan hidung sensitif aku ni. Bila dicampur dengan air, krim putih dia akan hasilkan buih yang halus dan lembut pada kulit. Lepas bilas muka, lebihan minyak akan tertanggal sekali dengan buih tu dan muka rasa bersih je. Tapi best dia, kulit tetap rasa lembap dan lembut sebab cleanser ni ada 200 I.U vitamin E dalam tu untuk bantu lembapkan kulit. Memang jauh la beza masa pakai sabun beras Dnars dulu sebab walaupun minyak muka hilang, tapi buih sabun dia tu banyak dan harsh sangat sampai kulit rasa tegang dan pedih lepas cuci :(

Aku pernah berhenti guna cleanser ni awal tahun 2016 haritu sebab stok dah habis tapi Guardian masa tu semua tutup sebab tengah renovate dan farmasi yang jual Cosmoderm ni pula jauh dari rumah. Nak beli di Watsons, Watsons tak jual. So aku try la beli cleanser Nano White Fresh sebab dia ada tea tree oil jugak kan. Sayangnya tak serasi sebab kulit aku jadi kering gila lepas pakai. Last sekali, memang aku tinggal Nano tu kat rumah pastu beli Cosmoderm jugak lepas balik semula ke Melaka sebab memang ni je yang kena dengan kulit aku. Kulit lembut, kurang berminyak dan jerawat pun terkawal je haha…

Ada orang kata lepas pakai cleanser Cosmoderm TTO ni, kulit diorang jadi kering bercapuk di beberapa bahagian muka. Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam tu sebab dah setahun lebih aku pakai, okey je. Mungkin dalam sesetengah kes, ada orang tak serasi dengan cleanser ni. Tapi ada juga yang jadi camtu sebab tak pakai pelembap. Oleh itu, sis nasihatkan pakai la krim pelembap setiap kali lepas cuci muka. Kalau skip toner takpe lagi tapi pelembap ni memang penting. Kalau tak pakai, nanti kulit kering akan jadi makin kering dan kulit berminyak pula akan jadi makin berminyak. Take note k ❤

2) Cosmoderm TTO Clarifying Toning Lotion
** Takde gambar individu lols sorry

Toner ni ada dua benefit, dia bantu keringkan dan kecutkan jerawat serta berupaya hilangkan kotoran dari kulit muka. Memang hitam kapas tu jadinya lepas sental daki yang berbaki lepas cuci muka.

Tapi sayangnya, I don’t like this product. Sebab pertama, bau dia kuat dan tak sedap. Hidung aku kan sensitif dengan bau so memang ergh tak minat la. Sebab kedua, dia mencucuk di kulit bila pakai. Nak-nak bila sapu di jerawat batu yang tengah subur. Pedih bhai. (T_T) Dan sebab ketiga, selain keringkan jerawat, dia pun keringkan kulit sekali. Tapi sebab dah beli kan, maka gigih la aku paksa diri pakai sampai habis biar tak membazir.

Aku tak tahu sama ada kesan tu terjadi sebab kulit aku yang sensitif dan tak serasi ke apa tapi aku syak toner ni macam ada alkohol je dalam tu. Sebab ciri-ciri dia tu sama dengan bahan beralkohol lain yang ada bau kuat, sejuk dan mencucuk pada kulit bila pakai pastu boleh buatkan kulit jadi kering. Tapi tak pasti la betul ke tak sebab aku lupa ambil gambar ingredients dia so tak tahu exactly la apa yang ada dalam tu. Sesiapa yang tahu pasal ingredients dalam toner Cosmoderm ni please feel free to share with me, boleh? :)

Tapi memandangkan sekarang Cosmoderm dah upgrade formula, mungkin side effects tu dah takde kot. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba toner ni, cuba je sebab boleh jadi dia tak serasi dengan kulit aku je tapi bagi orang lain, toner ni boleh atasi masalah mereka. Lain orang lain kesan kan. Tapi kalau aku, memang dah tak beli toner ni sebab sekarang dah selesa guna pure rose water as toner sebab lebih natural dan murah XD

3) Cosmoderm TTO Day & Night Moisturiser

Oil-free, contains SPF15 PA++, keeps skin moist and supple.

Itu menurut kata packaging la. Sekali baca memang rasa hebat je krim ni sebab dua dalam satu boleh lembapkan kulit dan jadi sunblock sekali. But unfortunately, I don’t like this product also. Sebabnya krim yang aku dapat ni macam ada defect sikit, dan aku tak tahu menahu langsung sampai la aku balik dari outing dan buka kotak ni di asrama.

First time aku pegang bekas krim ni, ada kesan berminyak di sekeliling dia. Macam bocor gitu. Tak tahu la kot ada yang letak kotak tu terbalik ke apa di Guardian tu sebelum aku beli. Tapi banyak juga la minyak(?) tu meleleh sampai ada kesan meresap di kertas kotak pembungkus tu dan even hujung stiker label krim tu pun tertanggal sikit sebab terlalu basah. Kalau korang zoom gambar moisturizer dalam gambar first dalam entri ni, akan nampak hujung stiker tu terkopek sikit. Pastu bila aku check isi krim tu, nampak ada cecair macam minyak yang bertakung atas krim tu. I cannot brain it. Kata oil-free? -_-"

Atau mungkin tu bukan minyak tapi cecair yang memang perlu dalam krim tu kot?

Aku tak tahu. Yang pasti, sebab cecair tu banyak dah bocor, krim yang tinggal dalam bekas tu aku rasa dah bukan pelembap. Kering semacam je tekstur dia. Bila sapu di kulit, krim tu tak meresap properly dan buat kulit jadi kasap. Selalu tak sampai berapa jam pun aku pakai, mesti dah cuci muka sebab tak selesa kulit rasa melekit dan rimas semacam bila berpeluh. Jadinya, kadang-kadang je aku pakai krim ni tapi kena campur dengan 1-2 titik pure tea tree oil dulu untuk lembapkan krim tu biar senang nak resap dalam kulit. Tapi sebab leceh, last sekali aku buang jugak… XD

Tapi aku rasa masalah krim ni cuma jadi kat aku je sebab bila cari review pengguna lain, diorang kata okey je. Memang krim ni tak berminyak dan muka rasa natural je lepas pakai. Aku je la “special case” dapat krim defect tu huhu. Nak pergi tukar di Guardian Mahkota Parade? Memang tak rajin la sebab kos sewa kereta dari kolej aku yang terpencil ni ke bandar adalah jauh lagi mahal dari nilai krim tu. Tak kuasa nyah hahahaha

Tapi since benda ni jadi tahun lepas, aku rasa yang benda ni dah tak terjadi lagi kot pada masa sekarang. Lagipun Cosmoderm pun dah tukar packaging untuk krim pelembap ni sekarang.

TADAAAAA!!!!

Sumber: Instagram rasmi Cosmoderm :)

Tak perlu lagi calit krim dengan jari dalam bekas kaca tapi boleh picit amount yang perlu dari tube membuatkan packaging baru ni lebih hygienic dari yang lama. Tube ni pun lagi travel-friendly sebab ianya plastik yang lebih ringan nak bawa ke mana-mana berbanding bekas kaca lama yang berat tu
** Ayat dah macam duta produk buat iklan XD

Itulah dia pengalaman aku menggunakan ketiga-tiga produk utama dalam set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Antara tiga-tiga tu, yang kekal aku guna sampai sekarang memang pencuci muka dia je. Dah masuk botol keempat tau aku pakai. Untuk toner, aku guna pure rose water dan Thayers Rose Petal (mungkin direview lain kali haha), manakala pelembap pula aku selang-seli krim Cosmoderm Vitamin E dengan Safi Balqis Sari Gamat. Alhamdulillah, semua sisa jerawat akibat Dnars Skincare tu dah hilang dan kulit pun dah makin normal. Kadang-kadang je la naik jerawat bila tengah stress atau hormon tak stabil.

Bagi yang ada masalah muka berminyak dan berjerawat, aku memang sarankan guna set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Kandungan tea tree oil dia memang membantu kurangkan jerawat dan kawal masalah minyak muka, dan vitamin E dalam tu pun tolong kekalkan kelembapan kulit jugak. Tiga dalam satu gitu.

Atau kalau Cosmoderm ni tak sesuai, boleh cuba Aiken dan Nano White Fresh sebab dua-dua pun ada kandungan tea tree oil dan dapat banyak feedback positif dari pengguna. Tapi make sure buat dulu research sebelum belum beli k.

Harap review ni membantu anda semua :)

Jika ada soalan peribadi, boleh emel di nadzirah.salahuddin@gmail.com atau DM di Twitter :)

Wassalam.



Review: Dalacin T Topical Solution

Assalamualaikum

Akak pemalas menaip lagi. Yeay *tabur konfetti cucuh bunga api meraikan kerajinan dia yang rare ni* haha

Apa khabar gojes dan hensem sekalian? Harapnya sihat walafiat la di samping keluarga tercinta. Dah nak raya ni. Tak mau la sakit-sakit badan ke apa. Nanti kesian orang lain kemain melaram pergi beraya, kome kena tinggal kat rumah huhu menangis tak berlagu.

Anyway, maaf sebab ambil lama nak update blog. Sis busy layan anime Fairy Tail lol

Tapi sekarang semua episod dah habis tengok so boleh la kita bersembang kejap pasal satu produk ni yang bernama Dalacin T Topical Solution.

Jika anda rajin research pasal jerawat, atau anda ada masalah jerawat, atau anda jenis kedua-duanya sekali macam saya, mungkin anda akan pernah dengar la pasal produk ni. Dalacin T ialah sejenis cecair antibiotik yang mengandungi 1% clindamycin phosphate yang berfungsi untuk mematikan kuman jerawat. Berdasarkan sana sini forum yang aku masuk, most feedback semua kata Dalacin T ni berkesan and jerawat batu dah jarang naik lepas pakai secara konsisten.

Reaksi aku lepas baca tu, semestinya WOW!! *mata keluar bling-bling*

Masa tu (Julai 2015), ada la dalam 3 bulan camtu kot lepas aku berhenti pakai Dnars dan memang jerawat batu tengah tumbuh dengan subur dan jayanya di muka. Tak sanggup rasa nak berhadapan dengan orang ramai. Dah la masa tu tengah bulan puasa so gila tak sedih kena beraya dengan muka yang elok sikit je daripada jalan tar? :’(

Gambar bertarikh 15 Julai 2015
Rezeki Ramadhan, walaupun elaun sebenarnya lambat lagi nak dapat sebab baru daftar masuk sem satu kan, tapi kolej ada bagi duit raya RM100 untuk pelajar dari keluarga kurang mampu macam aku. Maka balik je ke kampung, berterbanganlah daku ke macam-macam farmasi untuk mencari Dalacin T ni. Dan akhirnya jumpa juga di Farmasi Cahaya Timur. Last stock pula tu kat situ. Nasib baik sangat-sangat. Macam nak peluk je akak pharmacist tu haritu hahahah...

Harga asal sepatutnya RM48, tapi aku beli ni RM50.88 sebab termasuk dengan GST sekali. Habis macam tu je duit raya aku huhu terima kasih PM.
Cara pakai dia mudah je.
1 – Tekankan dabber kapas yang label love merah tu di mulut botol sampai rapat
2 – Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas dia basah
3 – Dab (tepek) kapas basah tu sikit-sikit di JERAWAT SAHAJA
4 – Tutup pakai penutup yang label love biru tu lepas siap pakai. Penutup botol yang asal tu boleh pergi meninggal dibuang je sebab tak guna dah.

Pengalaman mula-mula guna Dalacin T ni, rasa macam ada semut gigit je kat kawasan jerawat tu haha. Dia pedih plus gatal sikit tapi tak menyucuk sangat. Dalam seminit dua camtu sakit tu hilang. Tapi bau dia wa kasitau awal-awal, sangat-sangat berbau ubat. Seolah-olah kena injek dengan misi pula. Well… nama pun antibiotik kan so hadap je la XD

Tapi kesan dia yang aku suka, jerawat takde mata yang timbul kat kulit aku tu surut sikit-sikit bengkaknya. So takde la nampak berbonjol sangat muka aku. Kalau yang bernanah tu pulak, bahagian kulit yang nampak putih-putih tu jadi kering sampai lama kelamaan dia jadi gelap macam kuping kudis gitu. Bila dah kering sangat, kulit kering tu boleh terkopek macam tu je (selalunya aku yang pergi tarik sebab geram haha). Tapi kena standby dengan tisu la sebab walaupun jerawat tu nampak kering, dalam tu sebenarnya masih ada nanah dia. Bila kuping tu tertanggal, pori jerawat tu akan terbuka dan akan ada la nanah bercampur darah yang keluar. Memang disgusting la kalau orang tengok. Tapi bagi aku bagus juga bila nanah tu keluar. Siap tolong picitkan lagi biar dia cepat keluar sampai habis. Sebabnya lepas tu bengkak di muka akan hilang dan warna kulit aku pun akan makin sekata sikit. Tapi yang tak bagusnya, kalau tak gentle time picit tu, ada kemungkinan untuk dapat parut huhu… **jangan contohi sikap ini**

Aku pakai Dalacin T ni dalam 4 bulan camtu kot. Sambil tu aku amalkan makan Olicandy sekali untuk rawatan dalaman dan juga guna produk yang ada tea tree oil untuk booster effect (lain kali review). Alhamdulillah nampak la perubahan sikit di muka. Maka bila start je cuti semester bulan November 2015 tu, muka aku dah improved macam kat bawah :D

12 November 2015 – yeay \(O_O)/
Jerawat batu semua dah hilang, guys!!! Dan sampai sekarang dia memang dah jarang naik kecuali kalau time period ahaks. Kalau compare gambar ni dengan gambar bulan Julai tu, memang ketara sangat beza dia. Macam tak percaya pun ada. And the best part is, aku pakai Dalacin T tu setengah botol je tau. Tak habis pun. Tapi kesan yang aku dapat memang capai target yang aku inginkan. Alhamdulillah syukur. Dan sekarang aku faham kenapa ramai orang rekomen pakai Dalacin T kalau ada masalah jerawat. Awak pun boleh la try kalau ada masalah sama :)

Kesimpulannya, aku bagi 4.5 bintang untuk Dalacin T untuk keberkesanan beliau. **0.5 lagi hilang sebab bau dia macam ubat ahaks**

Sebelum berpisah, ni ada beberapa pantang larang yang kena ikut kalau nak pakai Dalacin T.
1 - Dab sahaja: Maksudnya tepek sikit-sikit je dabber kapas tu ke muka. Jangan tenyeh macam kau tengah pakai Ammeltz Yoko-Yoko.
2 - Pakai apabila perlu sahaja: Hanya guna bila ada jerawat naik. Jangan pakai masa muka dah clear, dan jangan guna untuk rawat parut sebab dia bukan untuk parut. Bahan utama dalam ni adalah antibiotik yang khas untuk jerawat. Kalau guna unnecessarily masa takde jerawat atau untuk parut, ada risiko untuk overdose. Tak memasal nanti kulit immune dan antibiotik tu dah tak berkesan lagi terhadap jerawat.  Rugi beb.
3 – Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain: Kalau nak pakai Dalacin T, jangan combine dengan Oxy, T3, Benzac AC, etc walaupun pakai lain-lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita (dan mungkin boleh sebabkan overdose juga)
4 – Selalu pakai krim pelembap: Selain keringkan jerawat, Dalacin T juga boleh keringkan kulit. Jadi krim pelembap tu penting untuk kekalkan kesihatan kulit. Tapi kalau tak nak pakai pun takpe. Ikut kerajinan masing-masing. 

Nota: Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sepanjang menggunakan produk tersebut. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Hentikan penggunaan jika ada kesan sampingan dan rujuk kepada yang lebih pakar.

Sekian, terima kasih sebab baca dan sebarang soalan boleh komen di bawah. Jumpa di lain review. Assalamualaikum. <3



Review: Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Assalamualaikum

Ini adalah entri tertangguh.
Konon nak review pasal Cetaphil ni lepas publish review pasal Dnars Skincare itu hari kan.
Tapi kemalasan dan kelembapan talian internet hebat betul melanda.
Maka janji manis di atas tu cuma semmmm……bang belaka.

Maaf, kak. Ahaks.

Tapi sekarang dah rajin balik dah. Sebab dah start cuti sem 2. Emm hari tu publish review pasal Dnars masa cuti sem 1 kan. Lamanya gap masa. Entah la aku rasa aku ni memang jenis yang akan review produk hanya masa cuti sem kot. Maknanya memang makan masa bertahun la kalau nak habiskan review pasal produk yang aku pakai tu. Padahal bukan banyak mana pun. Kah!


Banyak tak banyak, kita mulakan dengan Cetaphil dulu la. Sebab ni produk pertama yang aku pakai untuk sembuhkan rebound effect lepas berhenti Dnars Skincare haritu.

Apa barang botol kecik. Kita beli botol besar terus.

Sebotol Cetaphil yang 500ml ni, harga dalam RM50+. Dan aku beli bukan sebotol, tapi DUA botol sekaligus. Astaga nyaris rabak poket jemah. Nasib baik masa beli tu bulan Februari. Ada promosi Tahun Baru Cina jadi harga bersih dia RM88.08. Harga ong maa… sebab tu siap dapat percuma yang botol kecik (118ml) lagi. Jadi untuk penjimatan, beli la masa ada promosi supaya poket anda tidak koyak.

Sebab apa beli dua?

Sebab kegunaan Cetaphil dalam rutin harian aku, 2-dalam-1. Buat sabun badan sekali dengan pencuci muka. Sabun badan sebab awal tahun 2015 tu kan baru lepas kes banjir besar di Kelantan. Habuk daripada lumpur banjir yang dah kering tu banyak gila berterbangan. Menjadi-jadi ekzema jemah jadinya. Sana sini gatal siap naik kudis baru di tangan. Besar dugaan. Pencuci muka pula sebab dah kata kan ganti Dnars Skincare si perosak kulit.

Pengalaman pakai Cetaphil?

Tak best! Sebab takdak buih. Takdak bau. Takdak warna.

Sebagai seorang makhluk yang biasa mandi dengan Antabax dan cuci muka dengan Safi Balqis yang buih banyak gila, memang rasa tak best la masa mula-mula pakai Cetaphil ni. Rasa macam tak bersih. Seolah-olah baru lepas mandi kerbau yang tak pakai sabun apa-apa. Tak wangi pula tu. Membazir masa I bersiram lama-lama dalam bilik air tau.

Tapi lama-lama bila dah biasa, buih ke tak buih sis mandi je. Dan akhirnya kebaikan dia tu nampak la.

Kaki dengan tangan yang ada ekzema tu macam lembap sikit. Selalunya kuping dia kering bersisik sampai bila berpeluh je mula la tangan nak menggaru sampai berdarah-darah. Tapi bila dah makin lembap tu, dia punya kegatalan tu macam terkawal sikit. Sikit je la. Tak kata sembuh terus ke apa. Sebab ekzema memang penyakit yang takkan sembuh.

Bagi muka pulak, lepas pakai Cetaphil, muka jadi lembut sikit. Kulit kering yang bersisik halus kat muka akibat sabun beras Dnars yang mengakis tu beransur hilang. Tapi tu je la fungsi Cetaphil kat aku. Dia hilangkan masalah kekeringan kulit dan buat muka jadi lembut dan lembap. Tapi overall, jerawat batu yang menggunung kat muka akibat Dnars tu tak surut pun.

Gatal-gatal satu muka akibat jerawat tu pun tak improve. Rasa cam nak gesek je muka ke jalan tar. Malah inflammation kat muka juga tetap ada, tetap teruk. Lepas cuci muka jelas boleh nampak kulit muka aku merah cam tomato. And I don’t even like tomato. Hell.

Tapi aku tak rasa tu salah Cetaphil 100%. Sebab nak kata Cetaphil tak berkesan, ada je orang yang muka dia betul-betul sembuh elok lepas pakai Cetaphil. Mungkin dengan aku je tak berapa efektif. Salah satu puncanya mungkin sebab aku bilas muka pakai air klorin. Aku pernah cakap kot dalam entri lepas yang aku alergik dengan klorin. Tu yang Cetaphil tak berapa nak go dengan muka aku.

Imagine Cetaphil yang lemah lembut lagi gemalai ni berlawan dengan jerawat yang disebabkan oleh merkuri + klorin pada waktu yang sama. Satu lawan dua. Kau rasa sape yang menang?

Apa-apa hal pun, for me Cetaphil ni best jugak la. Kulit jadi lembut dan lembap. Walaupun dia tak surutkan jerawat tapi dia pun tak naikkan jerawat jugak sebab dia non-comedogenic. Kira okey la kan. Seimbang sama seperti pH dia yang balanced tu kahkahkah. Bukan macam produk lokal tu. Dah la tak surutkan jerawat, makin menambah masalah dunia pulak. Benci!

Lepas try Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni, sebenarnya ada juga pasang niat nak try sedara dia Cetaphil Oily Skin Cleanser tu. Tapi bila tengok harga Oily Cleanser tu RM60+ untuk sebotol kecik 125ml, cancel niat. Bapak ah sebotol kecik dia tu lagi mahal daripada Gentle Cleanser botol besar. Tu duit makan dua minggu kot kat asrama. Maka aku hanya mampu berhuhu~ lain kali ah try.

Tu je kot. Jumpa di lain review.
.
.
.

Assalamualaikum.



Fasa Muka Paling Tak Best Dalam Hidup

Assalamualaikum

Sebelum tu maaf ya entri agak panjang dan gambar pun mungkin keterlaluan sikit. Saja hari ni nak kongsi pasal pengalaman diri sendiri sepanjang mengalami & mengatasi rebound effect ni. Fufufu baru aku tahu macam mana rasanya hidup bila kulit muka rosak ni. Susah juga nak kuatkan diri dari segi mental dan emosi. Ya la sape je yang tak sedih bila muka "pecah" kan? Insecure gila vavi kot nak berdepan dengan orang ramai.

Asal-usul kulit rosak ni aku pernah cerita dalam entri lepas. Tapi untuk recap balik, ia bermula lepas aku berhenti pakai satu produk lokal nama Dnars Skincare ni. Katanya mengandungi "bahan semulajadi", tapi lepas pakai untuk satu jangka masa lama, muka jadi teruk. Lepas berhenti pun sama je muka jadi makin teruk. Entah celah mana semulajadi entah.

12/09/2014, masa awal-awal pakai Dnars. Nampak lawa je harapan palsu yang dia bagi ni.

Tapi masuk je April 2015 (kira-kira lepas dua bulan berhenti pakai Dnars), jerawat slow-slow membiak di pipi dan dahi. Yang selalunya hilang lepas seminggu, dia dah bermutasi. Dari seminggu jadi dua minggu, tiga minggu, hatta dah masuk masa berbulan pun, jerawat-jerawat ni tak hilang. Makin banyak dan besar ada la.

13/05/2015, jerawat dari bulan April sampai ke masa ni tak surut-surut, ko ghasee?? :'(

My sister said it's resdung, my momma said it's allergy sebab aku kuat melantak seafood, and I was all like a-ca-scuse me my favorite seafood is innocent, okay? Doploh tahun hidup mana pernah aku alergik dengan seafood. Resdung pun aku takde so jerawat masa tahun ke-21 ni pun definitely had nothing to do with those.

Memandangkan masa ni aku tak kenal lagi rebound effect tu apa, so husnudzon la ingatkan tu jerawat period. Kebetulan masa tu pun tengah ada masalah sembelit jadi mungkin toksin dalam usus tu yang buat jerawat makin banyak. So aku pergi la klinik ambil ubat. Sambil tu teruskan makan vitamin B, C, dan E Shaklee dan minum air 4-5 liter sehari. Tapi peliknya, walaupun period dah habis, sistem pelawasan dah lancar, vitamin tak miss, air pun berliter-liter sehari, jerawat tu tetap takde tanda nak surut. Like so pelik apahal vitamin takde kesan sedangkan ekzema aku haritu elok je kudis sembuh & parut pun takde?

Reaksi aku, gelabah biawak of course sebab lagi berapa hari je kot nak masuk kolej (daftar 23/6/2015). Batchmates nanti mesti lawa-lawa punya so kalau aku masuk dengan muka gini, rosak la keyakinan diri. :(

Mula-mula rasa nak je ajak abah jumpa pakar kulit. Tapi bila kira balik jerawat yang ada, takde la teruk macam pesakit kronik New York Skin Solutions pun. Daripada susahkan abah spend duit, baik simpan buat bayar yuran buku nanti. So, aku cancel niat & ambil alternatif buat research sendiri di internet. Siap follow twt_kecantikan di Twitter lagi huhu.

Banyak tips & suggested product yang aku dapat untuk atasi jerawat-jerawat tu. Tapi sebab takde duit, semua tu masuk wishlist je dulu. Natural remedies yang murah & senang nak buat je yang aku try. Antaranya:

  • Makan bawang putih – cuci darah biar jerawat hilang dari dalam. Dua tiga ulas sehari aku bedal lol
  • Masker kunyit - nak hilangkan parut tapi tak jadi pun. Muka je kuning
  • Masker putih telur + madu – untuk tarik whiteheads & blackheads keluar tapi takde perubahan ponnnn
  • Sapu tea tree oil – berkesan kecutkan jerawat tapi kalau dah jerawat nak naik tu, dia naik jugak. :(

I even took some aloe vera plants from my aunt’s house and minta abah tolong tanamkan biar ada sumber pokok lidah buaya kat rumah untuk aku tempek ke muka. Tapi sayangnya masa dah suntuk sangat. Tahu-tahu dah kena bertolak pergi Melaka.

Maka ber-huhu-lah aku di KPM Ayer Molek dengan muka yang merah macam tomato. X(

12/07/2015, Kem Ibadah. Rahmah yang kat sebelah tu haha sorry aku censor muka kau.

Add another 2 months, it obviously got worse. From small zits to larger ones, walau selfie pakai kamera depan siap pasang filter beauty effect level 10 pun tetap nampak tompok merah tu. Padahal kalau muka dulu elok licin je lepas pakai filter. Halusss macam kepala Harith Iskander dalam iklan NescafĂ©. –-"

Lebih burukkan keadaan bila kulit aku rupanya cannot go dengan klorin dalam tangki air asrama. Mula-mula tak perasan sangat yang muka aku akan jadi especially merah setiap kali lepas mandi/cuci muka. Aku cuma rasa muka aku ada gatal-gatal je. Tapi bila ada dormmate tegur and jerawat tu pun makin lama makin besar dan banyak siap merebak ke kawasan rahang, okey ni bukan gatal biasa. Ini alergik. Selama ni time kat rumah memang la kondisi jerawat aku terkawal dan takde masalah sebab paip rumah pakai air telaga. lol

15/07/2015, nah close range punya aku bagi. Sorry menjijikkan sikit. 

Most of the times, semua jerawat ni memang gatal nak mati sampai aku rasa nak je garu muka pakai kertas pasir. (-.-") And disebabkan jerawat rare di kawasan rahang tu jugak, aku sangat bermasalah setiap kali nak pakai tudung. Langsung tak boleh pin bawah dagu tu ketat-ketat sebab nanti tertekan jerawat tu dan aku akan rasa sakit. Pakai telekung solat pun sama takleh tarik tali tu sampai ketat di muka. Pedihs pipi ai. T_T Sebab tu tudung aku time sem satu dulu sakai manjang. Selebet sana, gelembung sini. Dah aku pin longgar memang la angin senang nak masuk lol. Tapi even lepas jerawat di rahang tu surut pun aku tetap sakaikan tudung jugak. Dah muka rosak nak melawa apanya? Buang masa je. *low self-esteem alert!!!*

Selain sakaikan diri sendiri tu, aku juga ada satu lagi hobi baru iaitu jengah farmasi. Memang Watsons, Guardian, & farmasi Caring di MPDP tu dah jadi tempat-wajib-pergi setiap kali aku outing. Niat hati saja nak usya kot-kot ada item dalam wishlist aku yang tengah sales. Tapi promoter kat situ pulak bermasalah. Suka tarik-tarik orang suh tengok produk dia yang mahal Na'uzubillah tu. Pastu selamba badak je komen “muka aku ni macam tu… macam ni… kena pakai benda tu... benda ni…” Aku senyum je tapi dalam hati rasa cam “Eee aku tampar jugak Cina ni karang”. Suka hati je buat aku makin tak yakin dengan diri sendiri. :'(

Since takdak duit nak beli produk promoter tu, aku ambil Cosmoderm je cukopp... Murah pun asalkan sesuai dan berkesan merawat luaran dah bagus dah. Untuk dalaman, aku teruskan makan vitamin Shaklee siap seludup bawang putih masuk asrama. Malam-malam cincang dan telan membuatkan roommate aku rasa pelik and I don’t know, maybe jijik sikit kot. Ah lantak engkau bukan aku makan sampah pun. (-..-)

HIDUP BAWANG PUTIH!! *tiba-tiba*

Selain amalkan produk farmasi & suplemen ni, patutnya pemakanan pun kena jaga. Kurangkan makan pedas, berminyak, bergoreng pejadah tu. Tapi aku tak mampu sebab I'm a spicy-food addict. Lagipun duk asrama mana ada banyak pilihan makanan sihat. Yang mampu aku pantang, kurangkan ayam dan lebihkan ikan. Ikan pula bukan ikan biasa tapi ikan keli uolls. hahaha... Walaupun aku takde resdung yang alergik ayam tu tapi entah, aku tengok lepas makan ikan je keje haritu, muka macam ada perubahan sikit compare dengan masa melantak ayam dulu. Tapi tak tahu sama ada tu sebab protein ikan atau tu cuma placebo effect sebab ikan keli kan favorite aku. Mana tahu otak saja buat-buat muka nampak makin pulih sebab nak suh aku beli ikan keli hari-hari. XD

Tapi yang pastiiii... selepas penat try and error dengan produk itu ini... akhirnya kesan pun nampak la...

12/11/2015, mostly parut je yang tinggal yeayyy!!! \(^-^)/
**takde edit eh.. semua gambar HDR and no-filter**

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab akhirnya sembuh jua walaupun sebenarnya ada rasa kelakar sikit sebab dah habis sem baru nampak lol. Tapi okey la tu daripada tak berubah langsung kan. At least boleh daftar masuk sem baru dengan keyakinan sikit. Serius takleh bayang kalau dah masuk sem dua pun muka duk rosak lagi angkara Dnars Skincare tu. Rasanya memang hari-hari aku nangis kat KPMAM sana.

Secara kronologi...

1: masa tengah pakai Dnars, 2: lepas berhenti pakai Dnars, 3: lepas tujuh bulan berusaha untuk pulihkan balik kulit

**Ya aku memang rajin rekod keadaan kulit dari semasa ke semasa ni. Terima kasih :D

No thanks to Dnars Skincare, I wasted 6 months of my life untuk setia dengan dia tapi bukannya kulit makin lawa pun. Sebaliknya kena luangkan lagi 7-8 bulan sebab nak pulihkan balik kulit muka yang rosak sebab dia. Kalau ditotalkan, SETAHUN lebih masa aku terbuang. Bukan sekejap tau? Kalau aku kahwin masa tu mesti sekarang lek-lek dah dapat anak sorang. Eh?? hahaha

Tapi takpe la. Benda dah lepas. Muka dah sembuh. Pengajaran pun dah dapat. Lain kali jangan mudah sangat terpengaruh dengan iklan produk yang konon berkesan dalam masa seminggu dua tu. Agenda Yahudi je semua tu lol. Sekarang, kita fokus ke arah hilangkan parut pulak. Banyak masa lagi ni sementara menunggu habis cuti sem. huhu

Lagi satu Insya ALLAH nanti aku review produk yang aku pakai untuk atasi rebound effect tu satu persatu kat sini. Mana tahu kot boleh bantu orang yang ada masalah sama kan. Buat masa sekarang ni kena kumpul kerajinan untuk menaip je. Huhu (^^)v

Assalamualaikum.



Review : Dnars Skincare Rosakkan Muka?

Assalamualaikum

Aku tak pasti la pendapat orang lain pasal produk ni macam mana tapi kalau berdasarkan pengalaman diri aku sendiri, tajuk entri ni adalah sangat betul lagi dapat 10 markah penuh. Sia-sia setia sampai berbulan-bulan tapi bukan kesan yang diingini tu aku dapat, tapi masalah sedia ada yang bertambah buruk. :'(

Menyesal? Gila-gila.
Dah dapat pengajaran? Memang takkan percayakan local skincare lagi dah.

Oh dan juga tak percayakan Safi.

You see, aku ni asalnya pengguna tegar Safi Balqis. Dari akil baligh to sekolah menengah to KYUEM dulu, memang Safi je yang bertakhta di hati. Siap sanggup beli full set lagi rangkaian Safi Balqis Perfect 10 tu sebab nak cerah sempurna lepas dua minggu macam Shila Amzah duta dia masa tu. Konon. Last-last semua masuk tong sampah juga sebab entah kenapa Safi macam dah imun kat aku. Apa-apa yang aku pakai, semua takde fungsi. Bahkan kulit muka aku jadi makin kusam. Kalau banding muka dengan tangan, terang-terang tangan lagi cerah dari muka. Like wadefish?!

24/11/2013, ikut rombongan Arabic Fellowship Club pergi Zoo Negara for free lol. Cerah sempurna lepas dua minggu sangat kann... padahal dah dekat 12 bulan guna pun muka tetap emm... –.-"

Sebab kecewa dek Safi la aku terjebak dengan Dnars. Tiba-tiba je kan. Padahal as a skeptical person, jarang aku terpengaruh dengan produk lokal macam ni. Tapi tu la... last-last 'ter'buang tabiat jugak lepas terpengaruh tengok adik aku sendiri pakai dan berkesan. Lagipun masa tu (Julai 2014) bulan puasa so iklan produk ni memang banyak gila di radio time nak azan Maghrib. Terpengaruh + serabut, tu yang aku terbeli sekali tu. Nak try mana tahu keberkesanan dia sama macam orang iklan tu duk gebang, ada la rezeki beraya dengan muka flawless. But turned out, BAD DECISION.

Mula-mula beli Set Normal tapi rupanya kulit aku sensitif tu yang kena beli balik Set Jerawat tu -.-"

Both set ada sabun susu beras, krim malam, dan krim siang. Cumanya set Normal rare sikit sebab ada sabun kolagen. Selain dua set ni, item Dnars yang aku pakai adalah toner, krim kunyit, & Magic Gold Foundation. Tapi tiga benda ni sibbaik aku tak beli. Adik aku kasi sebab masa tu dia part-timer di kilang pembungkusan Dnars. Diskaun pekerja kemain banyak tapi beli tak pakai pun. Kakak dia juga yang jadi mangsa :(

Aku tak ambik sendiri gambar foundation tu so maap la terpaksa kasi yang Google punya.
Abaikan watermark. Tu link blog lama sebab ingat nak review produk ni haritu tapi macam takde kepentingan. Lepas kulit rosak baru terfikir betapa pentingnya aku kongsikan pengalaman kat sini biar takde yang tertipu.
Mula-mula pakai memang okey. Siap cop favourite item lagi iaitu sabun beras dan krim siang sebab both berjaya kurangkan masalah muka berminyak dan kulit kusam. Segala mak nenek sunburn yang aku kumpul masa hari sukan sekolah dan berjemur di court volleyball di KYUEM dulu pun hilang. Dalam 2-3 minggu camtu dah boleh nampak muka makin sekata dan halus sikit-sikit. Least favourite item masa ni cuma toner dengan krim malam sebab dua-dua bau kuat menyucuk hidung dan tak membantu hilangkan masalah apa-apa pun. Toner tak kecilkan pori muka dan krim malam pula buat tambah minyak ada la.

13/08/2014 versus 12/12/2014, approximately 4 months after.
Ha senyum la senyum. Padahal kulit muka dah rosak tak sedar.
Macam yang aku cakap, suka tu masa mula-mula la. Masuk bulan keenam, bila cahaya hidayah dah mula menerangi hati, semua benda tu (kecuali krim siang) dah jadi least favourite item aku. Sebab apa?

  • Sabun beras tu rupanya mengakis. Cerah memang cerah but at the same time kulit aku nipis. Mudah je merah kalau kena matahari. Sibbaik aku jenis tak banyak berjalan dan duduk rumah manjang so tak teruk sangat. Lagi satu, walaupun dah lama pakai tapi jerawat duk naik tang tu jugak. In fact lagi besar dan merah berbanding jerawat yang naik sebelum aku pakai Dnars dulu.
  • Krim kunyit yang kononnya boleh hilangkan parut jerawat tu bukan buat kerja tapi menambah kepada masalah sedia ada. Elok-elok muka takde whiteheads tapi lepas pakai bendalah ni, whiteheads besar-besar mula bertimbun di area hidung dan dahi aku. Seksa jemah nak cabut satu persatu dengan tweezers yang buat cabut kening tu. Sakit memang sakit tapi nak buat cemana takde duit nak buat extraction di spa. T_T
  • Magic Gold Foundation langsung tak magic sebab bukannya buat kulit halus dan tampak flawless seperti didakwa tapi menyumbat pori muka dan buatkan kulit aku tumbuh lagi banyak jerawat. Pfft…
  • Sabun kolagen? Entah dah la tak banyak buih lepas pakai pun kulit rasa kesat semacam je. Maybe dia okey sikit daripada sabun beras tapi aku jarang pakai sebab takde expectation so aku tak tahu sangat.

Disebabkan masalah demi masalah makin mendatang, aku buat la keputusan untuk berhenti pakai Dnars. Masa tu sekitar Februari 2015 tak silap. And tak fikir pun akan ada kesan buruk ke apa sebab owner pun kata Dnars ni dibuat daripada bahan semulajadi kan. Sebab tu aku selamba je bertukar kepada Cetaphil.

But guess what happened after I stopped?

Rebound effect yang boing boing boing teruk gila vavi.

Apa benda rebound effect? Baca kat sini.

Yang aku sendiri faham, rebound effect adalah kesan yang timbul lepas kita berhenti menggunakan sesuatu produk. Ada dua kemungkinan:

1. Kita akan balik kepada keadaan asal sebelum kita pakai/makan sesuatu produk tu.
2. Kita akan jadi lagi teruk berbanding keadaan asal sebelum kita pakai/makan sesuatu produk tu.

Dan aku kena yang nombor dua tu.

Effect #1 naik jerawat batu. Tapi kalau dulu dia naik sebijik dua, lepas berhenti pakai Dnars dia naik setompok terus. Both di kiri kanan pipi pula tu.

15/07/2015 : Nak nangis rasa tengok muka jadi lagi teruk daripada asal hanya sebab berhenti ni. Dah la baru masuk kolej kau tau T_T

Effect #2 – kulit muka kembali kusam. Macam keadaan masa aku masih pakai Safi dulu. Tapi bezanya kusam kalini termasuk dalam kategori hangit sikit. Sebab kulit muka dah nipis kan, memang mudah gila sunburn. Jangan kata tangan yang jauh tu je, leher aku yang betul-betul bawah kepala ni pun lagi cerah dari muka. :X

Merah masa tengah syiok pakai Dnars hujung tahun lepas. Hitam masa tamat JPAM haritu. Nampak tak jauh beza warna kulit semasa dan selepas berhenti pakai tu?
**Btw sorry Syera and Zati aku censor muka korang lol XD
***Masa tamat JPAM tu jerawat dah pulih sikit tapi gelap kusam tu je yang duk hado jugak lagi kat situ. Pakai sunblock pun sunburn jugak? lahaiii

Memang rasa dikhianati gila bila kulit jadi macam ni hanya lepas dua bulan berhenti pakai produk tu. Ingatkan ikhlas nak tolong muka orang. Tapi buruk siku. Teruskan pakai ke, berhenti ke, sama je jadi teruk. Kalau tahu awal-awal baik takyah pakai langsung. Baik setia dengan Safi je dulu. Kusam pun kusam la asalkan jerawat tak teruk sampai macam tu. -.-"

Of course, ini pengalaman aku sendiri sebagai pengguna. Takde niat nak jatuhkan bisnes orang ke apa. Orang sponsor suruh kutuk-kutuk pun takde. Aku sendiri yang beli, pakai dan menderita. Tapi tak tahu la kot aku sorang je yang tak sesuai dengan produk ni. Kalau ada yang pakai dan okey dengan produk ni, teruskanlah. Yang aku tahu, ni memang kali pertama & terakhir aku akan pakai produk lokal yang macam ni. Lepas ni jangan harap la. Pakai produk farmasi lagi bagus.

Update:

Since ramai yang tanya macam mana keadaan muka aku sekarang, so here it is.

Freshly captured as at 8/12/2015
*HDR effect, no other filter*

7 bulan (April-November) masa aku ambil baru dapat hilangkan semua jerawat durjana tu. Sekarang ada saki baki parut je yang nak dihapuskan. Kalau ada yang nak tahu aku pakai produk apa untuk sembuhkan balik kulit muka ni, Insya Allah aku akan update satu persatu soon. If there's any question you'd like to ask, do drop a comment below. Thanks.

Assalamualaikum.



KPM Ayer Molek Pilihan Paling Molek? (Part II)

Assalamualaikum.

Ini sambungan part one haritu. Tapi bukan pasal tempat lagi. Sebab kat sini cuma ada kursus Accountancy (DIA) dan Business Studies (DBS) je, tak banyak sangat la tempat yang boleh dijelajah dan dikomen, kan? Cumanya kalau hari tu soalan dia apa rasa hidup satu sem di KPMAM, hari ni soalan dia lebih spesifik.

Apa rasa hidup sepanjang satu sem dengan batchmates yang bermacam-macam ragam?

Jawapan jujur, ada masa best, ada masa buat aku nak lempang semua orang di kiri kanan pipi. Kalau jawapan tipu, everything’s okay. I like it here. Tapi kalau jawapan nganjing, hidup dengan diorang memang best gila babi. Haaa pilih la jawapan mana kau nak. XD

Let’s start with le room 344, bilik kedua aku pernah duduk dengan 3 orang roommate dari lain-lain negeri. Sorang Selangor, hipster. Sorang Negeri Sembilan, anak mak. Sorang lagi Melaka, suka balik rumah. Mentang-mentang rumah dekat lol.

Kiri Ily (N9), tengah Azeera (SEL), kanan Syahirah (MEL). Paling tinggi senyum tak seberapa tu aku.

Muka roommates semua muda-muda sebab memang diorang muda lagi. Masih fresh 18. Aku sorang je yang dah masuk 2-series. Gap umur phewww… Tu yang masa memula kenal aku insecure banyak. Tambah pula aku masuk KPMAM ni tome muka tengah alami fasa paling tak best dalam hidup; alergik terox lepas berhenti guna satu produk lokal yang konon semulajadi ni. Merah satu muka dengan jerawat batu buatkan aku rasa sangat rendah diri gila babi. FUCK produk lokal sampai bila-bila. :(

Masa Minggu Silaturahim (MISRA) a.k.a orientasi, selalu la 4 orang ni berkepit time sahur & berbuka. Sebab belum kenal orang lain lagi kan. Bila dah start kelas baru koleksi kawan tu meluas. Tapi geng lepak selalu muka-muka kat bawah ni je. Geng bilik sebelah-sebelah.

343 dan 344 bergabung membentuk geng gosip, makan, movie night, ngeteh, dan sebagainya,

As I’m the eldest, semua pakat panggil aku kak yong. Tapi kelakarnya, panggil je la. Time bercakap semua “kau-aku”. Memang takde sorang pun kat sini panggil aku kakak. Which I don’t mind sebab aku sendiri tak galakkan orang panggil aku macam tu. Geli den. Rasa tua & terlalu formal. Lagipun “kau-aku” camni pun dah kena kutuk belakang, inikan pula kalau berkakak-kakak. Lagi teruk orang kutuk belakang sebab tak berani luah rasa tak puas hati tu depan-depan. huhu... Sebab tu aku tak faham kenapa setengah perempuan marah sangat orang tak panggil dia kakak. Padahal eleh jarak umur setahun dua je pun. Dan ingatlah manusia, respect is earned if your attitude is right. It cannot be demanded just because of your age. Lol

Next, sembang homeroom pulak.

Bendalah ni sangat famous masa MISRA. Kalau tempat lain macam group tutor-tutee la kot. Selain kebersihan & ketepatan masa, benda ni la yang fasi akan tekankan. Memang selalu sangat la depa ni jerit; ‘BERKUMPUL IKUT HOMEROOM!!’ sepanjang MISRA tu. Penting tahap satu homeroom tak cukup ahli, semua homeroom kena sound.

Tapi blergh… Stres jemah. Baru masuk kot. Aku sendiri pening lalat lagi macam mana aku boleh ada kat KPMAM tu, ni dia suruh cam muka ahli-ahli homeroom pulak. Kalau jenis lawa/hensem gila sampai tengok bayang pun dah kenal, takpe. Ni semua sepesen je dalam lautan budak sem satu tu. Selenge je masing-masing pakai tudung hitam/rambut sikat rapi. XD

Andradite :)

Homeroom ni gabungan budak-budak DIA dan DBS yang diketuai seorang lecturer sebagai advisor. Nak membentuk satu family yang boleh support each other katanya. Tapi so far, aku belum nampak lagi apa faedah homeroom ni. Macam tak berfungsi je. Agaknya sebab baru sem satu, masing-masing ada yang segan lagi tu yang dekat tapi jauh je semua orang. Kena pulak advisor kitorang dan-dan start cuti bersalin lepas kitorang habis MISRA. Dia punya timing... Sangat wow! XD

Disebabkan aku tak nampak apa faedah homeroom, aku try la cari apa masalah homeroom ni. Banyak jugak rupanya. Rata-rata homeroom ada yang advisor kekadang lupa(?!) nak ambik berat. Ahli homeroom pulak ada yang racist terhadap ahli dari course lain (DBS, DBS. DIA, DIA). Ironinya ahli yang sama course pun ada tak suka each other. Pendek kata macam takde rasa family la. Rasa macam kena paksa je berkumpul setiap pagi Jumaat pukul 10.30 sampai 11.00 tu. Tapi… suka atau tidak, homeroom tak boleh ditukar dan pelajar wajib setia sampai grad. Deng! Tapi lama-lama nanti okey la tu kan. XD

Tapi walaupun homeroom tak boleh ditukar, ada satu benda yang boleh ditukar.

Kelas.

DBS 1B. \(^.^)/

Nak bertahan habiskan satu sem dengan diorang, macam-macam carutan pernah keluar. Stres dengan perangai masing-masing. Kadang baik, macam malaikat. Siap bertepuk tampar dah macam best friend forever after. Tapi time tanduk keluar, syaitan pun kalah. Lelaki ah lebih-lebih. Sentap classmate perempuan sampai menangis siap left group whatsapp kelas. XD

Tapi rasa tak legend pulak sebab baru 30 orang berkumpul aku dah pening kepala. Lembik sangat. Budak IPT lain ada lagi ramai kot classmates berbanding aku tapi elok je survive. KECUALI time group assignment sebab IPT yang takde masalah masa group assignment tu bukan IPT namanya. Tu tadika. Dan sape yang takde rasa stres sampai nak menangis time group assignment, besar kemungkinan dia la orang yang paling tak buat kerja dalam group tu. Bala, bala... Hahaha

Sem depan ada kebebasan untuk pilih sendiri nak masuk kelas A, B, C, @ D. Based on siapa cepat dia dapat. Tapi kena make sure dah bayar yuran habis dulu (kot). Aku rasa macam nak try masuk kelas lain, saja nak tukar angin cari pengalaman duduk dengan orang baru. Tapi takut tak kesampaian pulak hasrat sebab kalau ikut sejarah lama, student majoriti akan pilih kelas yang sama macam sem lepas. Buatnya semua dah berpakat dengan geng masing-masing nak penuhkan kelas lama macam dulu memang tak mampu la den nak tukar citarasa. Huhu

Tapi rasanya last-last aku akan masuk kelas B jugak kot. Malas fikir panjang punya pasal. Kalaulah ada pilihan masuk kelas E, kan best? XD
.
.
.
.
Update: Anda bakal pelajar KPMAM? Sila rujuk entri Soalan Lazim Pelajar Baru KPM Ayer Molek untuk dapatkan maklumat lanjut pasal KPMAM :)

Till then,
Assalamualaikum.