Selamat hari lahir, Amir Faris! | NaSa

Selamat hari lahir, Amir Faris!

in , , by NaSa, August 20, 2021
Assalamualaikum

Iyaaaa sebenarnya masa 16 Ogos haritu adalah hari lahir anak buah aku yang ketiga, dak Amir Faris, atau gelarannya Amang Paghih. Dah cecah 11 tahun budak ni. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ni je duk baby-baby lagi. 

Tu pun besar dan berat terlebih tak macam baby sebaya dia sebab ikut baka moyang dia yang Arab-Arab. Maka jadi la terlebih tinggi dan besar. Chubby teruk. Dukung rasa nak patah pinggang hahahah

Kecik-kecik baby fat banyak budak ni hahaha

Dulu comel macam nak picit-picit. Sekarang dah besar rasa nak cubit-cubit. Banyak mulut wohhh dia ni. Ada dia, serupa ada radio buruk tepi telinga. Cakap tak berhenti. Kang aku tanya tak penat ke cakap banyak macam tu, dibalasnya "Biar la. Kita ada banyak benda nak cerita." Masalahnya aku ni hah tak cukup telinga nak dengar semua topik dia tu. Eeee rasa nak cubit je mulut tu hahahahah 

Sekarang dah besar panjang menggalah macam ni.

Sebab hari jadi dia bulan Ogos, dan sejak aku masuk UUM yang cuti antara Julai-September, biasa boleh la nak buat kek kan sebab aku ada di rumah. Berbanding masa belajar di KPM Ayer Molek dulu aku biasa start sem baru bulan Julai so tak sempat la nak sambut hari jadi dia. 

Kat rumah ni kalau ikut hati malas juga nak buat kek pun sebab budak ni dia makan masakan aku dia kata tak sedap juga. Padahal dia dah habis makan banyak mana. Dasarrrr 😂

Dan hari jadi dia tahun ni pun sebab jatuh lepas aku start cuti sem, boleh la nak melayan. Maka siap la kek sebijik bawah ni. Buat macam separuh sedar juga sebab bangun dari tidur tengok dia dah ada kat rumah aku. Kena tinggal sebab umi dia a.k.a kaklong aku lepas Subuh dah gerak dengan abah bawa mama pergi hospital lol

Terus le kita masuk dapur bancuh bahan kek semua. Alhamdulillah jadi keknya. Aku buat guna resepi kek coklat kukus yang haritu je. Tapi baking powder aku sengaja guna double action dan lebihkan jadi 1 setengah sudu teh. Bukan main dia naik menggebu hehe

Terlebih naik sampai merekah permukaan atasnya lol

Elok lepas kek masak dan sedang disejukkan, rombongan ke hospital tadi pun sampai ke rumah. Kaklong aku sempat singgah ke Tesco KB belikan family set KFC  yang simple sebab Amir ni minta nak KFC semalam tu. Tapi kaklong bukan beli untuk manjakan sangat pun. Dia tak nak didik anak-anak dia yang "majlis hari jadi" sedap-sedap ni adalah benda yang wajib dibuat setiap tahun.

Sebaliknya benda macam ni cuma buat kalau ada masa dan rezeki. 

Ye la aku boleh buat kek ni pun sebab kebetulan aku ada di rumah je, dan kaklong boleh beli KFC ni pun sebab alang-alang sehala dengan perjalanan balik dari hospital. Kalau tak, takdenya dia nak rentas daerah masa COVID ni semata-mata nak buat majlis hari jadi. Manjakan anak ikut kehendak mereka boleh, tapi berpada-pada dan tengok keadaan semasa juga la. Gitu kan ilmu parenting.

Maka begini je la juadah ringkas untuk majlis hari jadi Amir.

Boleh la daripada tak ada langsung kan. Bosan-bosan masa PKP ni boleh juga ada rasa buat sambutan sesuatu selain hari raya. Kek coklat aku memang togel gitu je tak ada topping apa-apa sebab mula-mula memang ingat nak buat ganache. Tapi dah parents dan kaklong aku balik awal, tak sempat i nak masak. 

Biar la. Ada cake topper dan alas kek emas yang aku beli guna duit e-Belia haritu pun cukup la buat kek nampak special. Lagipun resepi kek tu kalau makan tanpa topping pun dah cukup lembut dan sedap.

Sebelum kukus kek ni, aku ada taburkan cip coklat tau dalam adunan tu. Siap baling kuat-kuat beberapa biji tu sebab nak suruh dia jadi macam berlapis. Ada cip coklat di dasar kek, di tengah kek, dan di atas kek gitu. Tapi lepas siap kukus dan dipotong, hilang coklat cip aku. Tak macam kek yang dibakar dalam oven boleh nampak cip-cip tu di atas kan. Tapi masa makan ada je rasa macam ekstra manis.

Cair rupanya cip coklat tu masa dikukus 😂

Birthday boy dan kek beliau.
Tinggi kan kek aku hahahah
Inilah muka budak yang menyambut hari jadinya. Tak ambik gambar proper sikit sebab baju dia pakai tu pun entah zaman bila. Umi dia dah penat suruh tukar pakai baju lawa-lawa sikit waktu siang ni tapi tidak diendahkannya. Waktu malam baru dia pakai baju design cantik sikit untuk tidur. Apa punya terbalik 😅

Selamat hari jadi yang ke-11, Amir Faris. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak (serta anak saudara) yang soleh. Mulut tu cuba kurangkan sikit bercakap. Telinga aku overload tak boleh nak sumbat semua dalam satu-satu masa hahaha.

Dan sekarang dah lepas hari jadi seorang. Bulan 9 pasni, kakak dia Amirah pula menyusul sambut hari jadi. Yang tu lebih istimewa sebab lahir masa Hari Malaysia, 16 September. Patriotik sangat haha. 

Insya Allah aku boleh buatkan kek lagi kot kalau ada kesempatan sebab walaupun tarikh tu masa aku tengah jalani latihan industri (LI), tapi aku kerja dari rumah je (WFH). Dan Hari Malaysia kan kita cuti so boleh la kot aku buat kek lagi. Macam tu punya special hari jadi dia sebab satu Malaysia dapat cuti 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Selamat hari lahir amir! Comel je orgnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 🥰 comel oragngnya, comel juga perangainya hahahah

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS