Cara semak tarikh pinjaman PTPTN masuk setiap semester. | NaSa
Assalamualaikum


Ini adalah entri tentang cara-cara nak semak bila PTPTN akan kreditkan nilai pinjaman ke dalam akaun simpanan pelajar setiap semester. Sebab aku check Google Analytics tengok hari-hari ramai yang baca entri pasal duit PTPTN aku tiba-tiba masuk tahun lepas. Terkejut juga tengok dah lebih 34,000 pageviews. Ada yang jumpa sebab guna keyword "bila PTPTN masuk" pula tu. Padahal tu bukan entri untuk perkongsian ilmiah pun. Lebih kepada catatan biasa sebab masa tu sis tak expect tetiba dapat duit haha

Jadi, kalau anda peminjam PTPTN dan nak semak tarikh duit PTPTN dimasukkan untuk semester baru mengikut kelompok, kursus, dan IPT masing-masing, boleh ikut langkah-langkah di bawah ya.

1) Google keyword: "JADUAL BAYARAN PTPTN"
Itu adalah keyword yang paling tepat. Memang automatik akan nampak website PTPTN sebagai carian paling atas. Itulah website yang perlu anda masuki sebenarnya. Blog aku ni mungkin kebetulan je korang terjumpa sebab tak tahu la korang skrol sampai bawah atau memang SEO letak di muka depan carian 😂
Kalau malas, terus la tekan laman web PTPTN ni.
2) Masukkan nama kursus atau nama IPTA/S anda ke dalam ruang carian.
Di muka depan website PTPTN tu, terpampang kotak carian untuk kita masukkan nama kursus atau IPT kita untuk cari jadual bayaran pinjaman tu. Boleh pilih salah satu nak letak nama kursus atau nama IPT. 
Ruang kotak carian nama kursus atau IPT.
Kalau rasa IPT korang banyak cawangan (contoh: UiTM) dan susah nak cari kalau bercampur dengan nama kursus-kursus lain, letaklah nama kursus sendiri yang lebih spesifik. Tapi kalau IPT tu tak banyak cawangan atau IPT tu memang tak tawarkan banyak kursus, letak nama IPT sahaja pun boleh. Tapi biasa orang akan letak nama kursus la untuk lebih memudahkan pencarian. 

Macam aku pelajar UNIVERSITI UTARA MALAYSIA tapi aku biasa letak nama kursus iaitu PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA. Sebab tak kuasa sis nak skrol beratus-ratus nama kursus di UUM tu. Dah la dia campur semua kursus PJJ/separuh masa/sepenuh masa. Jenuh nak tekan "next page" haha
Nama kursus: Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.
(Dia memang auto capslock kat situ)
Nak tulis keyword tu dalam bahasa apa?
Boleh je mana-mana sama ada BM atau BI

Biasa untuk IPTA, kena taip nama kursus dalam BM baru keluar. IPTS biasa nama dalam BI. Sebab aku cuba cari keyword "International Business Management" untuk kursus aku, keluar nama IPTS je semua. Try cari kursus lain dalam BI macam "Graphic Design", pun sama keluar IPTS je. Tapi tak semestinya la sebab ada je IPTS yang nama kursus dia BM. Jadi taip je dalam BM atau BI. Janji keluar nama IPT korang.

3) Pilih nama kursus dan IPT diri sendiri yang disenaraikan dalam jadual.
Lepas tekan CARI, akan keluar satu jadual yang menyenaraikan semua kursus atau IPT mengikut keyword yang dimasukkan dalam kotak carian tadi. Boleh la skrol dan cari nama kursus yang sepadan dengan IPT masing-masing. Aku untung sikit sebab keyword PENGAJIAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA ni tak banyak IPT yang guna untuk kursus mereka. Jadi sikit je la senarai dalam jadual tu dan mudah la nak cari.
Nama yang keempat.
Tak perlu tekan-tekan next page pun hehe.
Bila kita tekan nama kursus kita yang sepadan dengan nama IPT kita sendiri, akan keluar la jadual seperti di bawah pula. Ada lengkap maklumat IPT dan kursus kita, tarikh tutup permohonan PTPTN (untuk pelajar baru/bakal pelajar), dan maklumat bayaran pinjaman (untuk pelajar sedia ada yang tengah tunggu duit masuk untuk semester seterusnya. Haa awak dan saya la tu kan 👀)
Aku main tekan-tekan nama kursus lain-lain kat sini baru teringat panel bank untuk setiap IPT berlainan. Macam di UUM wajib ada akaun Bank Islam, kakak aku di UIA dulu kena guna Bank Muamalat, IPT lain ada yang guna CIMB, Affin Bank, etc.

Nilai bagi kadar pinjaman maksimum juga berbeza mengikut jenis kursus, tahap pengajian, dan jenis IPT. Kalau kursus berat-berat atau belajar di IPTS yang yuran lebih mahal, nilai pinjaman mereka lebih tinggi la.
Ruang maklumat bayaran pinjaman ni la tempat untuk kita check tarikh duit pinjaman akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Macam kat UUM nanti pelajar yang mohon masa kelompok 1 akan dapat duit PTPTN untuk semester depan mulai 24 September 2021. Yang kelompok 2 dapat lambat sikit 7 Oktober 2021 sebab mereka mohon pun lebih lambat kan lepas masuk tu.

Jadi lepas dah tahu bila duit PTPTN akan masuk untuk semester seterusnya, boleh la plan kewangan kita untuk masa sekarang kan. Terutamanya bagi pelajar yang kena masuk sem baru lebih awal daripada tarikh PTPTN mereka masuk. Nak kena plan apa nak beli, berapa anggaran kos, dan nak ambil duit dari mana dulu sementara tunggu dapat duit PTPTN tu. Kalau UUM, aku tengok tarikh untuk sem baru yang diletak dalam kalendar akademik di website HEA UUM tu pada 5 Oktober 2021. Maksudnya lepas PTPTN dah masuk. Boleh la beli barang-barang tu kemudian kan.

Selepas duit PTPTN dah masuk, nanti akan keluar la transaksi tu dalam sejarah akaun bank kita. Ni contoh transaksi PTPTN dikreditkan dan pemotongan yuran UUM dalam akaun Bank Islam aku.
Yuran terus poof dipotong automatik masuk akaun UUM hahahah
Ni yuran mahal waktu zaman musim pembelajaran dulu-dulu sebelum COVID.
Tak beragak ye duit masuk je terus lesap 1.3k lol. Tinggallah aku dengan baki 1.7k je untuk kegunaan sara diri. Kalau masa duduk di kampus dulu, kadang-kadang tak cukup jumlah tu sebab ada aktiviti dan kegunaan assignment yang banyak pakai duit. Campur kos tiket bas nak balik masa cuti midsem dan cuti raya lagi. Memang ikat perut juga kadang-kadang. Ada waktu kena minta kaklong aku tambahkan (dan ada waktu yang beliau masukkan tanpa diminta hoho semoga kaklong dimurahkan rezeki).

Tapi sebab dah 3 sem berturut-turut belajar secara atas talian dari rumah masing-masing, tak banyak pakai duit la sebab makan minum di rumah sendiri je kan. Cuti midsem pun dah ada di rumah. Cuti raya pun sama dah di rumah. Jimat tak perlu bayar tiket bas dah. Lagipun potongan yuran untuk 2 sem yang lepas pun cuma RM800+ je (setiap sem) sebab pelajar yang tak balik ke kampus tak perlu bayar yuran asrama yang RM476 tu. Jadi duit PTPTN aku mencukupi la buat masa ni dan aku takde minta duit sesiapa lagi untuk survive setakat ni.
Contoh potongan yuran UUM semasa sesi pembelajaran atas talian dilakukan pada musim COVID.
Dah murah sikit sebab ada potongan untuk benda yang pelajar tak guna di kampus kan
Nilai RM3,090 yang aku dapat tu adalah untuk 1 semester. Untuk 2 semester (setahun), aku dapat nilai pinjaman maksimum RM6,180. Sebabnya keluarga aku adalah golongan B40. Nama abah ada dalam data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau dulu dikenali sebagai BR1M, jadi aku layak dapat pinjaman penuh la. Ada kawan-kawan yang ibu bapa dia kerja dan gaji lebih 8k tu dapat separuh je kadar pinjaman.
Jenis kelayakan peminjam dan kadar pinjaman PTPTN yang dibenarkan.
Ada syarat lain juga di website PTPTN tu pasal Diploma Sepenuh Masa, Program Sepenuh Masa, dan prosedur Pengeluaran Pinjaman. Tak related dengan aku so aku tak baca sangat pun. Kalau related dengan korang, baca la semua apa yang dia tulis.
Jadi, begitulah caranya bagaimana kita nak semak bila PTPTN akan kreditkan duit pinjaman ke dalam akaun kita untuk semester seterusnya. Lain IPT dan lain kursus, lain tarikh masuknya. Ada yang masuk awal, ada yang masuk lambat. Sesiapa yang takut kalau PTPTN dia lambat sedangkan sem baru dia start awal, boleh la check siap-siap anggaran tarikh PTPTN masuk tu di sini untuk mudahkan diri sendiri buat persiapan awal pasal bajet yang diperlukan.

Semoga entri ni membantu untuk semua yang memerlukan. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.


Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS