Selamat Menyambut Ramadan 2021

by - April 14, 2021

Assalamualaikum

Marhaban tiba, marhaban tiba, marhaban tibaaa~ bak nyanyian Sherry Al-Hadad dalam suatu rancangan TV tahun lepas hehe


Salam Ramadhan 2021, kawan-kawan. (walaupun hari ni dah 2 Ramadan hehe)

Alhamdulillah. Masih diberi peluang kita untuk menyambut Ramadan ye. Panjang umur kita. Walaupun kurang bagus sikit sebab kita puasa kali ini pun masih dalam wabak pandemik COVID-19. Lagi tak bagus sebab Kelantan negeri terchenta aku ni diharamkan segala bazar Ramadan lantaran banyak sangat kluster covid dan tingginya jumlah kes harian. Musnah harapan nak qadha shopping ifthar yang tahun lepas haha

Tapi takpe la takde bazar pun. Sekurang-kurangnya aku puasa kat rumah terus kalini. Takde dah la drama sahur sorang-sorang tenung lantai, berbuka sorang-sorang tenung dinding macam masa terkandas di UUM tahun lepas disebabkan PKP. Ada la meriah bising-bising di dapur, feeling kena gegar pintu bilik sebab dikejutkan bangun sahur, etc. Walaupun hakikatnya aku kat rumah ni takde la makan sangat pun. Sahur nasi sesenduk pun aku tak habis 😅 

Alang-alang tu nak tanya la, macam mana cuaca puasa di kawasan anda? Ok ke tak ok?

Sebab kan kat KL tu kemain hujan ribut sampai musnah khemah peniaga bazar, pecah pintu kaca bangunan bagai. Tapi anehnya, kat Kelantan ni panas yang amat hoi.
Waktu ni 5.30 petang. Tak redup langsung 😂
Panas tahap jemur baju kurang sejam dah kering. Cuaca suhu 31-34 darjah celcius tu biasa. Rasa macam nak cair aku bila masuk tengah hari sebab bahang dia fuhh. Mujur langsir jenis semi yang block cahaya matahari. Kalau tak...hangus.
(sebab tu bila baca mat saleh komplen suhu 25 darjah celcius di UK tu dia rasa panas nak cair, aku gelak je. noob 😏)
Everyday mood.
Tambah pula aku jenis hantu air. Jenis kalau tak makan pun takpe asalkan aku ada air untuk minum pun dah cukup. Pergi mana-mana pun priority aku lebih kepada air >>>>> makanan. Jadi bila puasa ni dah la mencabar sebab tak dapat minum macam biasa, tambah pula musim panas camni lagi la 2 kali ganda mencabar dia. Rasa lesu je nak buat apa-apa. Feeling nak buka kipas 2-3 biji dan tidur sambil ditiup angin saja haha

Tapi itu la fungsi puasa kan. Masa ni baru rasa macam mana susahnya orang lain yang lagi kurang bernasib baik yang terpaksa ikat perut sebab tak ada makanan. Kalau tak, bila lagi kita nak muhasabah diri kan. Belanjakan duit beli makanan ibarat duit tu tumbuh atas pokok pastu kalau dah rasa muak, buang je makanan tu bebanyak. ish ish ish apa nak jadi kita ni.

Apa-apa pun, semoga kita diberi ketabahan untuk menjalani ibadah puasa di tengah-tengah pandemik covid dan musim cuaca tidak menentu ini. Sebab aku tak boleh nak pergi bazar, aku tumpang niat korang pergi bazar je la. Tapi dalam seronok jalan-jalan usha makanan tu, jangan lupa untuk sentiasa patuhi SOP ye. Kang naik lagi banyak kes masa puasa ni entah-entah raya pun cancel terus tahun ni.

Selamat berpuasa, semua. Kalau ada giveaway yang bagi duit raya tu, tag la saya banyak-banyak. Dah lama tak rasa duit raya orang lain bagi ni sebab biasa makcik pakcik duk kata "dah besar masuk U tak payah la duit raya lagi kan." ah ye makcik pakcik memang budak sekolah tu yuran sekolah dia lagi mahal daripada yuran budak U pun......hahahah

Jumpa lagi. Bye dan Assalamualaikum.

You May Also Like

4 Comments

  1. Cuaca di terengganu ni kadang panas kadang mendung, tapi acceptable lagi lah hehehe.
    Btw selamat berpuasa! :)

    ReplyDelete
  2. Salam ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. samalahh, di Sabah pu bazar takda hukhuk masak sendiri ja la menu berbuka nda pun tapau kedai :(

    anyway selamat berpuasa ya. sy da follow u balik.. tq follow blog sy n salam perkenalan :)

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤