Keputusan yang mendebarkan!

by - March 09, 2021

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, dah lama juga aku bercuti ya. Tahu-tahu sampai ke penghujung dah. Keputusan semester lepas pun dah keluar pada 8 Mac 2021 semalam. Tak sangka cepat je dah cecah tarikh keramat tu. Padahal selama ni seboleh mungkin aku buat-buat lupa je lepas group di WhatsApp dan Facebook aktif hebahkan tarikh keputusan keluar (sebabnya takut nak terima kenyataan kalau gred aku teruk hehe)

Tapi nak tak nak kena juga terima hakikat kan. Siapalah kita untuk menidakkan realiti lol

Cumanya kali ni aku tak tertunggu-tunggu sangat bila emel UUM tu nak kunjung tiba. Sebab haritu kan buat penat je cuak tunggu emel tu. Sekali dia hantar berita bubur asyura la, apa la. Makin tambahkan cuak je haha. Makanya aku tenang je tengok drama The Good Doctor sambil berpegang pada prinsip, "kalau emel tu nak sampai, dia sampai la." 😌

Dan menjelang pukul 2.30 petang, emel HEA tu pun masuk ke dalam inbox Outlook aku. Gementar sis nak buka. Tapi akhirnya baca juga Bismillah dan terus tekan emel di notification bar tu.

Keputusannya...

ALHAMDULILAH MASIH DEKAN πŸ˜„
😊
Daripada 6 subjek yang aku ambil semester lepas, 5 daripadanya dapat A dan hanya 1 subjek dapat B+. Keputusan keseluruhan Alhamdulilah tetap dekan sebab GPA 3.89. Setakat ni masih belum ada rezeki untuk 4.0 pertama di UUM ni nampaknya. Tapi takpe la dapat banyak ni pun tetap syukur sangat dah. Terutamanya belajar online di musim kobid nainting yang mencabar ni kan.

Lagipun tak sangka masih ada rezeki kekalkan streak dekan sebab semester lepas memang aku agak struggle dengan beberapa subjek. Salah satunya Transport Planning and Policy yang B+ tu la. Memang tak boleh fokus langsung dalam kelas. Kuiz pun aku meraban teruk. Awal-awal aku dah target tak A untuk subjek ni (dan akhirnya jadi kenyataan pun πŸ˜‚)

Tapi kejutan paling hebat adalah Research Methodology. Tu pun subjek yang aku tak target A juga sebab assignment dia yang agak rumit. Komunikasi dengan groupmates pun kurang lancar jadi proses kerja tu kalut sikit. Siapa yang simpan nombor aku tu tahu la berapa banyak aku meroyan di status WhatsApp sebab subjek Research ni hahah

Aku siap rasa subjek Research ni akan dapat C tau. Tapi bila check emel tu, ia satu-satunya subjek yang dapat A+ pula. Padahal subjek lain yang aku rasa boleh dapat A+ tu semua dapat A biasa je. Rezeki dapat lecturer baik dan murah hati. Terima kasih Dr. Hazlinda ❤️ Dan semestinya terima kasih juga kepada semua lecturer lain yang dah bertungkus-lumus ajar kami selama satu semester ♥️♥️

Seperti tahun lepas, semester ni pun UUM masih kekalkan pilihan kaedah penggredan. Mula-mula pilihan tu dah takde tapi ramai yang minta agar dikembalikan. Sebab semester ni kan dijalankan fully online yang lagi susah berbanding semester haritu yang separuh online. Kalau takde pilihan, boleh jadi ramai yang CGPA jatuh. Atas usul ramai tu la, pilihan tu betul-betul dikembalikan. Alhamdulilah.

Sama juga, dalam pilihan kaedah penggredan ni, ada 2 pilihan. Kalau pilih kaedah 1, CGPA akan dikira guna kaedah biasa. Maksudnya GPA bagi semester ni akan dicampur dalam CGPA semester lepas. Jadi CGPA tu boleh berubah naik atau turun.
Kalau ikut pilihan ni, CGPA aku jatuh balik 0.01 πŸ˜…
Manakala kaedah 2, gred setiap subjek hanya dikira sebagai Cemerlang/Memuaskan/Tidak Memuaskan dan GPA tidak akan diambilkira. Jadi CGPA sebelum ni takkan naik atau jatuh.
Kalau guna pilihan ni, CGPA lama maintain 3.93.
Dekat-dekat hujung semester haritu, aku antara yang nak kaedah pilihan ni dikembalikan sebab ye la memang tak yakin pasal subjek Policy dan Research tu kan. Jadi nak la ada backup plan untuk kekalkan CGPA cemerlang tu.

Tapi sebab akhirnya keputusan kedua-dua subjek tu memuaskan hati daku yang asalnya berdukalara ni, backup plan untuk kaedah 2 tu tidak perlu digunakan huhu. Maka untuk semester A201 ni, sekali lagi aku pilih kaedah 1 untuk gredkan semua subjek yang aku ambil. Takpe la CGPA jatuh pun sebab 0.01 je. Balik kepada CGPA masa semester 2 haha
Option 1, confirmed!!
Tapi buat kelakar pula sistem ni sebab tak tukar tarikh tamat untuk pilih. Hairan aku semalam kenapa tarikh tamat 19 haribulan sedangkan hebahan HEA kata 9-10 haribulan. Baca lagi sekali tarikh tu, dia guna tarikh September 2020 tahun lepas rupanya, bukan Mac 2021 hahahah
Putar balik masa ke πŸ˜‚
Apa-apa pun, selesai sudah 5 semester di UUM ni (walaupun satu sem tu tangguh hehe). Tinggal satu lagi semester sebelum aku boleh mulakan internship kemudian say goodbye to UUM. Tapi kan...harap-harap menjelang waktu aku nak grad nanti, covid dah redha dan kami boleh konvo di kampus seperti dulu. Sebab sedih la aku kalau takde majlis konvo. Dah la dulu konvo KPM aku tak pergi. Ingatkan boleh redeem dengan konvo UUM huhuhu πŸ₯Ί

Sebelum berpisah, tahniah diucapkan kepada kawan-kawan yang berjaya mengharungi semester lepas. Selamat maju jaya juga kepada kawan-kawan yang tengah tunggu keputusan nanti. Semoga dipermudahkan urusan πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Doakan saya agar semester 6 kalini pun akan kekal cemerlang la ya. Kalau boleh nak grad first class supaya boleh kurangkan kadar bayaran balik PTPTN haha.

Jumpa lagi. Bye dan Assalamualaikum.

You May Also Like

19 Comments

  1. Tahniah dapat keputusan yang cemerlang! Tinggi tu CGPA. Almost 4 rata hahaha. Saya pun tengah tunggu result untuk uitm, 12/03 ni baru keluar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊 sis pun selamat berjaya ♥️

      Delete
  2. Mandarin A!!! so jealousss !!! congratulation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ada pengalaman mandarin masa kolej dulu so mudah nak belajar hehe. Terima kasih 😊♥️

      Delete
  3. Tahniah! Tinggi tu. Moga dipermudahkan dapat first class. Saya memang jauh dah nak first class dan tinggal satu sem je lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊 semoga dipermudahkan urusan sem akhir, Aiman. InsyaAllah kita boleh grad dgn selamat hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum done follow sini... WAh, result cemerlang ni. Semoga terus berjaya. amiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. terima kasih hehe. Done follow semula πŸ˜„

      Delete
  5. wah tahniah nasa!!!! tumpang bangga sekali hehehe
    congratsss again and all the best on finishing your studies!!

    ReplyDelete
  6. Congrats, all the best for your future!

    ReplyDelete
  7. Wah tahniah2!! lama la hai tak singgah sini..

    result awk menaikkan semngt sy untk beljr lebih gigih! ngeh3..

    btw

    jom join GA menarik ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you cuyaa πŸ˜„ semoga lebih membara semangat belajarnyaa hehe

      Delete
  8. eh bru perasan subjek awk sikit ek?? saya sampai 9 subjek...haiyo..XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye maksimum subjek di UUM setiap sem cuma boleh ambil 7 subjek je. setakat ni satu sem je pernah ambil 7, lain semua belajar 6 subjek. banyaknya cuya 9 subjek 😳

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤