Masak-masak: Sardin Bergulung | NaSa

Masak-masak: Sardin Bergulung

in , , , by NaSa, October 23, 2020
Assalamualaikum

Aku kan...tak ingat dah bila kali terakhir aku makan sardin gulung. Sebab rasa macam kali terakhir tu mungkin tahun lepas kot. Tapi rasa macam awal tahun haritu mungkin ada juga abang ipar atau abah aku belikan. Cumanya sardin gulung tu biasanya tak sedap sangat pun. Sebab tu kot memori aku berusaha untuk lupakan kewujudan pengalaman tersebut hahaha

Mungkin sebab dah lama tak makan tu la, aku sejak 2-3 minggu lepas ni entah kenapa tetiba je telah membentuk craving yang agak teruk  nak makan sardin gulung. Tengah duduk rilek-rilek tak buat apa, selalu je terbayang pastri sardin gulung yang nipis dan rangup, di dalamnya pula dipenuhi isi ikan sardin yang banyak. Bila dikunyah bersama, ia mencetuskan rasa berlemak, pedas, manis dan berempah. Ya Allah sedapnya....fikir je dah kecur liur tau.

The best sardin gulung yang aku pernah makan dan masih teringat sampai sekarang adalah sardin gulung yang jual di kantin sekolah menengah aku dulu. Ciri-ciri dia sebijik seperti yang aku huraikan kat atas tu. Rangup, penuh sardin. Harga pun murah 20 sen je sebiji. Pagi-pagi bila sampai di sekolah, memang selalu juga aku pergi beli di kantin untuk sarapan. Lagi bertuah bila tuan sardin gulung tu baru lepas buat dan hantar ke kantin. Fuhhh sedap gila makan panas-panas.

Tapi lepas tamat sekolah, tak jumpa dah la sardin gulung sedap tu. Beli kat tempat lain pun susah nak jumpa yang sedap macam tu. Sardin gulung sekarang ni pun banyak yang mengecewakan je. Selalu sangat aku jumpa jenis tepung tebal, sardin sikit. Tu pun isi "sardin" tu lebih banyak bawang dan kuah sardin berbanding isi ikan sardin tu sendiri. Adakah tu sebab nak jimatkan kos dan maksimakan keuntungan? Entah la. Tapi yang pasti rasa tak berbaloi la dengan harga dia 4 seringgit tu. That's why aku dah tak beli sardin gulung kat luar. Orang lain beli baru aku makan.

Jadi bila kita nak makan something tapi malas nak beli ni, maka penyelesaiannya adalah...
Harus la kita buat sendiri kan 😁

Bahan-bahan yang digunakan:

Kulit sardin gulung
  • 500 gram tepung gandum
  • Setengah cawan minyak masak
  • Satu sudu besar mentega
  • Air secukupnya (untuk uli jadi doh)
Cara pembuatan:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali sampai betul-betul panas
2) Buatkan lubang di tengah-tengah tepung dan tuang minyak masak tersebut sebelum gaul dengan senduk kayu
3) Bila tepung tu dah sejuk sikit, masukkan mentega dan ramas lagi sampai jadi macam serbuk roti.
4) Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai doh jadi tak terlalu lembik dan tak terlalu keras
5) Tutup bekas dengan kain tuala bersih dan rehatkan doh selama 10 minit

Inti ikan sardin
  • Satu tin besar sardin (aku guna jenama Brands)
  • Dua ulas bawang putih
  • Tiga biji bawang merah
  • 2 ulas lada merah
  • Gula, garam, dan ajinomoto secukup rasa
  • Sebiji bawang besar **
  • Sedikit cuka**
(2 benda ** ni aku tak letak pun. mama yang pesan suruh tambah bila buat lagi lepas ni sebab bawang besar tambah rasa manis ikan dan cuka penting untuk hilangkan hanyir ikan sardin)

Cara pembuatan:
1) Tumis bawang putih sampai naik bau (minyak guna sikit je takut isi sardin berminyak sangat susah nak letak dalam doh)
2) Goreng bawang merah sampai layu
3) Masukkan ikan sardin dan hancur-hancurkan isinya
4) Tambahkan hirisan lada merah
5) Masukkan gula, garam, dan ajinomoto secukup rasa
6) Tunggu sampai ikan masak dan jadi agak kering pastu tutup la api

Tapi bab sardin ni masak je ikut citarasa masing-masing. Tak perlu terlalu terikat dengan sesuatu resepi. Sebab pun aku masak ikut sedap sendiri je lepas pening tengok resepi kat internet. Semua suruh letak benda berlainan. Ada yang suruh letak rempah kari. Ada yang suruh letak cili kering. Ada suruh masukkan serbuk lada. Banyak cekadak kau. Aku rempah kari pun takde sebab dah habis. Tu yang aku olah resepi tu ikut sedap sendiri je. Takpe la sebab sendiri yang nak makan kan. Kalau jual lain cerita la.

Alang-alang dah tahu resepi ni, memang berkobar la rasa nak masak sendiri sardin gulung tu. Kebetulan semalam kelas Transport Information System terpaksa ditamatkan awal sebab lecturer ada problem dan dia sendiri tak boleh nak join online class tu. Elok je lecturer bagi kebenaran untuk keluar dari apps Webex, aku macam mabuk separuh sedar je terus masuk dapur kutip bahan-bahan memasak tau.

Tambah pula masa tu dapur kosong takde orang so aku terbuka hatila aku nak masak. Aku tak boleh kalau orang ramai-ramai kat dapur masa aku nak masak ni. Serabut. Dengan orang keluar masuknya, duk tanya kita nak buat apa, duk komen itu ini, serabut tau serabut.

Maka progressnya...
Lebih kurang jadi la ni.
Masa aku panaskan minyak tu kan, aku tercampur antara 2 resepi tau. Satu tu kata guna setengah mangkuk minyak masak, satu lagi kata guna setengah cawan. Tapi masa tu aku dah sukat setengah mangkuk dan rasa macam terlebih banyak pula untuk 500 gram tepung. Maka aku ambil jalan tengah dan guna 3 suku je daripada setengah mangkuk minyak tu. So nak kata setengah cawan bukan, setengah mangkuk pun bukan haha
Segumpal doh.
Bila dah masukkan air dan uli sampai lenguh otot biceps, doh tu pun jadi la macam kat atas ni. Walaupun aku kurangkan kuantiti minyak tu tadi kan, dia tetap rasa macam terlebih minyak tau. Warna dia pun kuning semacam je. Tapi aku redha je la sebab ye la pengalaman kali pertama kot try buat sardin gulung ni. Dah sahih belum tentu jadi nye. Jadi kita trial and error je la tengok apa yang jadi, apa yang gagal. Next time boleh improve kan.
Sambil tunggu doh rehat tu, aku masak la sardin pulak
Sardin ni bagi aku not bad la. Cuma kurang kick sikit sebab tak cukup pedas. Heh patut aku hiris banyak lagi lada letak dalam tu. Tapi guwe redha jugak la sebab ni pun kali pertama aku masak sardin sendiri. Almaklum bukan gemar sangat sardin pun sebab mak aku pun kadang-kadang je masak. Kalau dia masak pun, terlalu berkuah bagi aku dan tambah tomato pulak, lagi aku tak gemar (I HATE TOMATO). Tu yang tak sampai tahap suka sangat makan sardin sampai nak masak sendiri tu hahaha. Demi sardin gulung kegemaran aku je aku gigihkan masak ni.
Lepas doh direhatkan tadi
Memang terlebih minyak tau doh ni. Masa dia duk berehat dalam bekas tu minyak macam berkumpul kat bawah heh. Kena la kita uli lagi dia beberapa minit untuk pastikan adunan doh tu sebati. Lepas tu baru boleh muka menggulung.
Kelengkapan menggulung yang diperlukan.
Ada resepi yang tak letak gam di hujung gulungan tu. Ada juga yang suruh lekatkan dengan campuran tepung dan air untuk elakkan sardin gulung tu terbuka masa digoreng. Tu yang aku campurkan juga 2 sudu tepung gandum dan sesudu air untuk dijadikan sebagai pelekatnya.
Supposedly kena canai bentuk macam ni?
Arahan untuk canaikan doh sebelum diletakkan inti tu tak berapa jelas actually. Ye la sardin gulung ni ada macam-macam bentuk juga kan. Yang jenis fancy sikit tu dia gulung bentuk petak la, apa la. So aku ikut berdasarkan gerak hati aku je la lepas tengok tutorial dalam youtube. Asalkan hasil gulungan di penghujungnya tu nampak macam sardin gulung standard tu kira boleh la.
Inti sardin tu aku letak hampir setengah sudu besar camtu.
Tapi tetap rasa sikit jadi pasni aku nak letak LAGI BANYAK!
Hujung doh tu kalau tak toreh pun takpe sebenarnya. Tapi aku saja la toreh sebab dalam video youtube yang aku tengok tu, macam cantik pula garisan tu lepas dah digoreng. Kiranya cuma untuk aesthetic nak kasi nampak cantik je la. Tapi mak aku masuk dapur masa aku duk menggulung tu duk tanya banyak pula "kenapa toreh? nak kasi cepat masak ke? ke tak nak kasi sardin gulung tu keras?"

Aduhh ni yang aku tak boleh masak bila orang lain ada kat dapur ni. Orang tengah nak pastikan doh tu tutup isi sardin betul-betul, nak kena fikir jawapan soalan banyak-banyak pula. Terganggu konsentrasi aku hahaha
Hasil lepas setengah jam menggulung.
Nampak tak sardin gulung tu macam berkilat? Tu sebab masa aku duk menggulung doh yang lain, sardin gulung yang dah siap ni semua pakat merembeskan lebihan minyak masak dalam doh dia tu ke bawah. Berminyak tangan aku nak pegang lol

Dan kalau ikutkan kebanyakan resepi tu, mereka kata doh yang dibuat dengan 500 gram tepung tu boleh hasilkan antara 30-40 biji sardin gulung tau. Tapi hasil yang aku dapat, cukup-cukup 25 biji je weh. Sebabnya masa awal-awal aku gulung tu, aku terguna banyak pula dohnya. Jadi walaupun aku rasa macam aku dah canaikan senipis yang boleh, sardin gulung tu sebenarnya tetap tebal tau. Tapi nak buat macam mana dah habis gulung dah pun. Takkan nak buka balik haha
Tibalah waktu menggoreng...

Setelah sudah masak. Kan dah kata cantik bila hujungnya ditoreh ni.
Jika melihat kepada bentuknya, benarlah ini adalah sardin gulung. Girang betul rasa hatiku hahaha. Tapi tu la kalau melihat kepada ketebalan doh berdasarkan kesan torehan di hujung tu pula, mak ai la tebal bebenor sardin gulung aku ni. Tak nipis seperti yang dihajatkan pula untuk doh tu mencapai tahap crispy yang aku gemarkan hmm
Nampak tak lebih doh daripada sardin tu hahahahah
Walaupun dari segi ketebalan doh aku tu kurang perfect sikit, tapi bentuk dia yang menjadi seperti yang diinginkan tu pun dah cukup buat aku happy. Baru aku tahu takde la susah sangat rupanya nak masak kuih kegemaran aku ni. Tak menyesal la craving sardin gulung tahap lagi rela buat daripada beli ni kan. Dah bertambah satu ilmu aku kali ni.

Jadi daripada kegagalan dan kejayaan dalam cubaan kali pertama ni, lepas ni bila nak buat lagi untuk kali kedua dan seterusnya, aku dah tahu la apa teknik yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan untuk hasilkan sardin gulung yang lebih menjadi dan betul-betul sedap. Belajar daripada pengalaman gitu hehe. Alang-alang duduk rumah pulak sem ni, lagi banyak peluang untuk terus cuba memasak kan.

Nanti aku nak try buat tepung bungkus pulak la. Tu pun kuih tradisional yang tersohor di Kelantan ni yang aku betul-betul suka tau. Selalu jugak kecewa bila beli di kedai sebab inti kelapa dia sekarang makin lama makin sikit. Jimat kos sungguh orang sekarang kahkahkah.

What about you? Apa kuih kegemaran yang korang suka makan? Boleh la share di komen dan resepinya sekali ke kalau korang pernah try masak. Boleh kita sama-sama try hehe.

That's all for now.
Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum dan bye.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. aaa, klu tgk gambar nampak mcm susah betul nak buat, tlg tutorial ni, senang ja.. yg penting kena rajin kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. rajin tu kunci. masak ni takde la rumit pun. malas je lebih haha. tp kalau sekali mengidam mmg datang angin ribut pun tetap sanggup usahakan masak sampai dapat 😂

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasihhh. walaupun first time hahaha

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS