Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 3 | NaSa

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 3

in , , by NaSa, October 03, 2020
Assalamualaikum

Tak sangka pula bersambung lagi kisah ni. Ingatkan lepas habis ubat dari Klinik Raudhah di Changlun dulu, InsyaAllah dah tak ada masalah. Tapi dugaan, dia buat comeback pula lepas 3 bulan senyap je. Maka, tiba la kita ke bahagian 3 ini.

Sebelum tu bagi siapa yang tak tahu, baca la dulu 2 bahagian terawal di bawah:
Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 1
- macam mana aku mula sakit perut dan akhirnya disahkan ada cyst dalam ovari
Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2
- pengalaman dan kesan lepas makan ubat selama sebulan terhadap cyst tersebut

Di akhir bahagian 2 tu, aku ada tulis sepatutnya aku kena follow up lagi di Klinik Raudhah untuk ambil cycle ubat yang ketiga. Tapi, aku tak boleh nak pergi sebab tarikh temujanji tu jatuh lepas aku balik kampung. Tak mampu la kita nak rentas negeri semata-mata temujanji tu kan. Nak tunggu kelulusan balik kampung masa PKP tu pun jenuh menunggu sebulan lebih di UUM.

Sayang tak dapat kita bertemu 😔

Doktor tu ada kata kalau tak boleh datang, dia akan suruh nurse contact dan bagi preskripsi untuk beli ubat tu di farmasi. Tapi masa tarikh temujanji tu, takde pun nurse contact. Aku nak keluar beli sendiri, taktau boleh beli tanpa surat doktor ke tak. Pastu tak tau juga farmasi mana ada jual jenama macam yang klinik tu bagi. Nak keluar tawaf bandar cari ubat tu sampai jumpa, risiko covid pula. Jadi aku tak sambung la cycle ketiga ubat tu.

Tapi walaupun tak sambung, aku tak rasa ada kesan negatif dekat badan aku. Masa next period pun takde sakit teruk macam Februari dan Mac yang sampai nak pitam tu. Period sepanjang Mei-Julai pun ok je bloodflow normal dan tempoh dia pun 4-5 hari macam dulu. Jadi aku rasa macam oh takpe la aku dah sihat kot.

Namun tidak kuduga sangkaannya meleset ya.

Masa bulan Ogos, sakit perut belah kanan tu datang balik dan kali ni lagi teruk. Pertama, tempoh period tersangat pendek sebab tamat dalam masa 2 hari. Tu pun darah sikit je masa 2 hari tu. Pastu sakit perut belah kanan tu berlarutan sampai dekat 2 minggu. Tak ke pelik bila period pendek gila tapi sakitnya kemain lama?? Jadi harus la kita kembali ke klinik sakit puan kan.

Klinik pilihan aku, Klinik Primer Lembah Sireh di sebelah Tesco Kota Bharu nun. Kenapa klinik ni? Sebab antara banyak-banyak klinik, klinik ni ada banyak review bagus daripada pesakit mereka. Dekat pun dekat. Dalam 5 minit camtu dah sampai. Harga pun affordable bagi aku sebab melalui chat FB Messenger, aku dimaklumkan harga konsultasi+ultrasound scan RM65 je.

Doktor di sini doktor wanita Muslim. Siapa yang titikberatkan hal ini boleh datang 👌🏼

Jadi pada hari Sabtu bersejarah 22 Ogos 2020 tu, aku pun berkunjung la ke sana ditemani kaklong aku sebagai pengiring. Aku kalau pergi klinik first time ni memang kena ada orang teman sebab just in case. Macam masa pergi Klinik Raudhah haritu pun aku pergi dengan Emy kan. Lagipun masa ni aku pokai sebab baki PTPTN dah nazak lepas renovate bilik so kaklong la sponsor hehe

Masuk-masuk je macam biasa kena scan QR code dan isi details online dulu baru boleh daftar. Norma baru COVID-19 kan.
Tapi bukan MySejahtera.

Senarai harga perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Primer Lembah Sireh untuk tahun 2020. Tertakluk kepada perubahan ewah serupa wakil klinik pula ayat.

Nak check sakit apa?? Nah i bagi list perkhidmatan ni

Lepas dah siap sesi pendaftaran, aku dan kaklong dijemput menunggu dulu di ruang menunggu klinik yang dah rupa lobi hotel pula susunannya. Mewah ya sebab tak pakai la kerusi plastik or kerusi besi ni. Sofa empuk terussss dia bagi. Tambah social distancing pula, sofa semua susun jauh-jauh. Makin luas jadinya hahaha

Feeling royalty tau duduk sini

Tak lama pun menunggu sebelum nama aku dipanggil masuk ke bilik rawatan 3. Masa nak masuk tu, kepala dah rangka siap-siap skrip cerita yang nak disampaikan pasal tujuan ke mari ni. Sonogram daripada ultrasound yang aku buat di Klinik Raudhah haritu pun aku bawa siap-siap untuk rujukan doktor. Biar kukuh sikit cerita aku.

Lepas dengar cerita aku pasal sakit perut berulang, period pendek, senggugut teruk, dan tengok keadaan cysts dalam dua-dua ovari aku masa mula-mula sakit dulu, doktor ni pun suruh baring atas katil rawatan tu untuk ultrasound lagi sekali nak tengok keadaan terkini. Dan doktor pun bimbang juga bila dengar sakit duk berulang tu. Sebab takut tu sebenarnya simptom endometriosis ke, PCOS ke (Na’udzubillah)

Tapi hasil scan, doktor kata cysts di bahagian ovari tu semua dah takde. Pastu dia tengok ovari dan uterus, overall katanya takde masalah. Nampak sihat macam ovari dan uterus normal. Kira bagus la sebab masa scan kali kedua di Klinik Raudhah pun, memang cysts di ovari tu dah kecut kan. Cuma yang tak bagusnya, kali ni doktor detect ada cyst di bahagian uterus.

Bilakah awak mahu nyah dari hidup saya 😢

Tak besar sangat sebab 2cm lebih je saiz dia. Tapi kemunculan dia tu sangat tidak menyenangkan hati la sebab cyst ni kan muncul tanpa sebab. Could be good, could be bad. Jadi kalau boleh, better nak dia clear terus biar takde risiko bad tu.

Dan lagi satu masalah, walaupun masalah cyst berkurang sebab ada kecik di uterus je, tapi punca kenapa aku sakit perut bahagian kanan sampai berhari-hari lepas habis period tu masih tak terjawab tau. Pastu kalini lagi misteri sebab takde pula doktor detect ovari kanan aku bermasalah ke apa. Kalau macam di Klinik Raudhah haritu, doktor kata ovari bengkak kan. Tapi kali ni, nothing. Habis tu kenapa sakit??? 😭

Disebabkan dulu Klinik Raudhah bagi aku pil hormon (or pil perancang), dan aku pun dapat kesan baik sebab senggugut kurang, cysts dan sakit perut belah kanan tu pun hilang, jadi kali ni doktor Klinik Primer ni pun decide untuk cuba bagi kaedah sama juga untuk tengok kesannya. Jadi atas perbincangan bersama, doktor bagi aku satu cycle pil hormon dulu untuk percubaan selama sebulan.

Jangan tertipu. Nama je Yasmin macam Melayu tapi actually ni buatan Jerman. 😂

Bezanya jenama je la sebab Klinik Primer ni takde Rigevidon macam yang Klinik Raudhah bagi tu. So doktor bagi aku pil jenama Yasmin ni sebab katanya lagi berkesan daripada Rigevidon tu. Hopefully berkesan betul la sebab selain kandungan dan kesannya yang dikatakan baik, harga Yasmin ni pun baikkkkk. Lebih 2 kali ganda daripada harga Rigevidon 👁️👄👁️

Fuhhh terbang duit (kaklong aku) 🤭

Kuantiti dan cara makan Yasmin ni sama dengan Rigevidon. Ada 21 pil, kena makan sebiji sehari pada waktu sama setiap hari dan jarakkan 7 hari lepas dos habis sebelum start dos ubat yang baru. Tapi Yasmin ni packaging lagi cantik sebab:

1) guna gold foil
2) ada sarung ubat
3) ada kalendar nama hari untuk mudahkan check dah makan ke belum hari tu.

Kebetulan aku pergi ke klinik tu hari Sabtu, jadi hari Ahad masa hari pertama aku makan pil ni sesuai la dengan kalendar di bekas ubat tu hehe

Kesan sampingan Yasmin ni pun lebih kurang sama dengan Rigevidon. Ada kemungkinan boleh sebabkan perubahan emosi, migrain, loya, irregular bleeding etc. Kena take note selalu perubahan dalam diri untuk prepare physically dan mentally kot-kot melarat.

Seram je baca kesannya semua
Leaflet pasal kandungan, khasiat dan kesan dia pun dah besar kalahkan akhbar Utusan Malaysia.

Sebelum berpisah dengan doktor tu, ada lagi satu nasihat yang diberikan oleh doktor yang aku rasa berguna la untuk korang iaitu:

Always keep track of our period cycle, dan sehari sebelum nak period tu, terus makan Ponstan (or mefenamic acid tablet) 500mg untuk kurangkan kadar senggugut period yang akan datang. Sebab Ponstan tu anti-inflammatory jadi dia akan kurangkan la inflammation dalam badan masa senggugut tu. Dan katanya tak perlu tunggu dah period, dapat tanda PMS nak period tu terus makan je.

Tapi tips ni applicable to some people yang okey dengan ponstan je la sebab sesetengah orang ada yang dapat kesan sampingan kalau makan benda tu, commonly gastric. Kalau doktor kat Pusat Kesihatan UUM, masa aku kena rush pergi emergency tu dia bagi ubat gastric sesiap dengan Ponstan untuk ambik lepas makan sebab just in case dapat kesan sampingan.

Doktor sini kelakarnya dia pesan je la kat aku. Ponstan tu dia tak bagi pun sebab klinik tu dah habis stok Ponstan 😂 nasib baik aku ada stok Ponstan sendiri sebab aku kan rajin pergi pusat kesihatan UUM setiap kali demam hehe

Testimoni tips di atas 👆🏼 aku try makan pagi masa period dijangka datang tu and i think it worked sebab senggugut lepas bleeding tu start betul-betul kurang. Cumanya ia bertahan 4-5 jam je so sehari tu aku habis 3 biji Ponstan huhu

Back to Yasmin, macam mana pil ni berfungsi?


Well sebelum tu kena tahu macam mana period terjadi dulu.

Bila period kan, dinding uterus kita akan breakdown lepas confirm tak terima ovum yang dah disenyawakan dengan sperm. Masa tu, sel uterus akan keluarkan prostaglandin untuk membantu uterus menguncup dan keluarkan ketulan darah dengan lebih berkesan.

Natang ni la punca inflammation dan kena makan Ponstan tadi tu. Dan bila prostaglandin tu terlalu banyak, masa tu la uterus kita terlebih menguncup sampai perut rasa kena cakaran setan. Jadi siapa yang biasa loya, cirit-birit, migrain macam aku masa senggugut tu, salahkan prostaglandin ni la.

Disebabkan pil Yasmin ni mengandungi 3mg Drospirenone dan 30mcg Ethinyl estradiol iaitu hormon estrogen dan progestin sintetik (nama tak boleh senang lagi ke duhh), ia mencegah proses ovulation. Bagi orang yang nak cegah kehamilan, kesannya tak mengandung la. Manakala bagi yang senggugut teruk macam aku, kedua-dua hormon tu membantu sekali untuk halang penghasilan prostaglandin kat atas tu. Jadi kurang la sakit senggugut.
(Disclaimer: Ni cerita ringkas based on hasil bacaan aku. Kalau nak butiran terperinci, google atau tanya doktor sendiri. Jangan tanya aku sebab aku bukan pakar sakit puan.)

Jadi lepas jumpa doktor tu, bermula la sekali lagi hidup aku malam-malam telan pil hormon tu sebiji sehari lepas sekian lama berhenti kan. Siap set jam 11 malam sebab nak ingatkan sebelum tidur. Just in case terlupa kan. Tapi ada kala aku makan lambat atau lewat sikit berbanding masa tu which was a bad habit haha jangan contohi sikap ni. Sekarang lepas dah start dos kedua baru aku telan on time setiap kali alarm berbunyi.

Kesan lepas habiskan cycle pertama pil Yasmin ni:
1) Dari segi rasa pil (tak penting tapi nak bagitau): Yasmin ni rasa pahit sikit. Rigevidon dulu manis. Nasib baik pil ni kecik je so rasa kejap je la di hujung lidah sebelum telan tu.
2) Dari segi sakit: tempoh sakit di bahagian perut tu beransur kurang dan menghilang tu sama macam masa aku makan Rigevidon dulu. Dalam 1-2 minggu camtu baru tak rasa sakit. Tak payah dah jalan senget sebelah.
3) Dari segi senggugut: masa next period, masih sakit tapi tak seteruk period yang lepas.
4) Dari segi tempoh period: masa next period tu aku lambat 4 hari, pastu bleeding tak lebih 3 hari je. Tapi aku mula anggap ni normal sebab aku baru faham bila proses ovulation terhenti disebabkan pil hormon, bleeding pun akan kurang.
5) Dari segi jerawat: Haaaaaaa part ni paling guwe tak expect dan menyampah sebab masuk minggu ketiga makan Yasmin, BREAKOUT LA HENET!!!!!

Buat rugi je effort aku pakai serum Skintella Kayman Beauty sampai hampir flawless haritu 😭

Ye aku mengaku masa duduk rumah aku tak follow skincare routine rajin sangat. Tapi semalas-malas aku nak buat day/night routine pun, tak ada la jerawat teruk sangat. Biasanya blemish yang naik di muka tu 2-3 ketul je. Sapu Oxy, lepas 2-3 hari dia hilang la. Macam kat bawah ni hah.

Muka aku masa bulan Julai (dan membawa kepada bulan Ogos) sebelum start makan Yasmin. 

Mujur sis seorang yang dah ada sejarah hidup berjerawat. Jadi bila dia meriah bertapak di pipi kiri kanan dan sampai ke bawah rahang ni, aku tak kalut atau stress la. Otai jerawat kan. Aku tahu benda boleh settle. That's why guwe tenang je assume ia disebabkan oleh kandungan pil Yasmin sebab satu-satunya perubahan dalam hidup aku sepanjang duduk rumah ni memang Yasmin ni je.

Bila digoogle, ramai feedback kata muka mereka clear je masa makan pil hormon macam ni. Sebabnya secara am, hormon sintetik dalam ubat tu kan bertujuan untuk buat hormon dalam badan jadi seimbang. Tu yang majoriti dapat kesan positif jerawat berkurang. Lepas berhenti makan pil tu baru mereka merasa naik jerawat sebab badan nak adjust dengan perubahan paras hormon tu balik. Post-pill acne namanya.

Untuk kes macam aku yang breakout lepas start first cycle ni pula, tu bukan salah pil sebab jerawat ni disebabkan oleh hormon androgen. Yasmin ni pula cuma ada estrogen dan progestin. Haaa nampak la pil tu takde kaitan kan?

If anything, paras hormon dalam badan aku tu yang berubah sebab belum boleh adapt lagi dengan hormon dalam Yasmin ni. Dan mungkin juga Yasmin ni belum boleh kawal lagi perubahan hormon dalam badan aku selama sebulan tu. Sebab tu breakout. Dan dalam gambar kat atas tu pun nampak kan mostly cystic acne (jerawat takde mata) yang naik. Bila benda tu yang muncul, sah la disebabkan oleh hormon tak stabil.

Haru betul. But based on my reading, it may take 2-3 months untuk badan aku adjust dengan kandungan Yasmin ni sebelum paras hormon badan aku boleh kembali stabil. Masa tu barulah katanya masalah jerawat ni bakal berkurang. Jadi aku pun kenalah konsisten makan Yasmin ni sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk tengok clear balik ke tak muka tu. Jadi terbang la lagi RM100 untuk aku topap 2 kotak lagi Yasmin untuk kegunaan 2 bulan akan datang 💸💸
Topap 2 bulan sekaligus sebab malas keluar bandar banyak-banyak kali.
(Kalau la kaya, boleh aku beli 5 bulan sekaligus)
It better works la wey, both for my period pains and my skin. Aku dah banyak berkorban ni. Dah la mahal. Pastu elok-elok muka clear, tetiba breakout pula. Sedih aku. Mujur sem depan online tak payah jumpa roommate dan classmates. Cuma duduk dalam bilik menghadap phone dan laptop je. Kalau kelas fizikal, mahu aku pergi ke PKU jumpa Dr. Saleha minta antibiotik lagi untuk 3 bulan hahaha

Anyway, aku ada seminggu lagi sebelum dos kedua pil ni habis dan period aku akan start. Nanti kalau ada apa-apa perubahan atau peningkatan lepas dah habis 2 cycle ni dalam period akan datang, aku akan update balik dalam entri seterusnya. Hopefully lepas dah habis cycle ketiga nanti keadaan aku improve betul-betul la. Aminnnnn……

Setakat tu je untuk kali ni. Jumpa lagi di masa akan datang. Terima kasih kerana membaca.

UPDATE: REVIEW PENGALAMAN MAKAN PIL YASMIN

Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Semoga kesihatan cik akan bertambah baik dan dpt menjalani kehidupan secara normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn. Terima kasih atas doanya, abam 😌

      Delete
  2. betul kan,cyct ni.org ckp takpe... tak bahaya tapi dia boleh bahaya... hmm moga2 sis sembuh sepenuhnya one day.. amin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la statusnya tu sukar untuk diketahui kalau tak check selalu. jadi baik kita harap tak ada langsung kan. Aminnn terima kasih atas doanya 😊

      Delete
  3. Isteri saya dulu pun pernah ada cyst .. alhamdulillah, dah buang dah.

    Err klinik hat tu mewah betul nampaknya ya.

    Harap kesihatan akan baik .. in Sha Allah.

    ReplyDelete
  4. Kita pulak yang seram membaca. Risau juga bab macam ni kan. Macam macam ceritanya. Kita pun kadang risau kalau irregular pain atau period ni. Apapun Semoga segala urusan dipermudahkan dan kembali normal tanpa cyst. Aaminnn

    ReplyDelete
  5. seram juga bila baca pasal cyst ni. semoga sis bertambah baik kesihatannya... semoga semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  6. Saya baru di sahkan cyst smlm. ukuran 4.25cm 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama 😔 doc ada bg awk ubat tak utk kecutkan cyst tu? Klau saya,doc bg ubat sunolut utk kecutkan cyst tu. Sblum ni sy ada mkn jgk rigevidon tu tp period tetap keluar. Last2 doc scan tgk ada cyst terus stop rigevidon.

      Delete
  7. Hi sis,assalamualaikum...maaf ggu
    ..sihat ke? Nak tny ni,hrp sis boleh respon... Boleh tahu mcm mana lepas sis mkn 3 box tu? Mslh sis slesai ke? Pil yasmin mnbntu x mslh breakout sis lpas sis mkn 3 box yasmin tu? Harap sudi respons..sbb sy bru nk try yasmin tu yg research2 dlu google² dlu psl yasmin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Setakat ni dah sambung sampai kotak 12. Alhamdulillah masalah semua selesai dan kulit makin ok je. Review pil Yasmin ada saya tulis di link bawah. Harap membantu :)

      https://officialnasa28.blogspot.com/2021/06/review-pil-yasmin-untuk-kestabilan.html

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS