Diari Dialisis: Part 6 | NaSa

Diari Dialisis: Part 6

in , , , by NaSa, February 05, 2020
Assalamualaikum

Suka aku maklumkan bahawa ini adalah bahagian terakhir untuk siri Diari Dialisis yang bertempat di hospital Pasir Mas. Episod finale pasni bukan kat sini dah sebab pada bulan Oktober 2019, kami dah dapat tempat di pusat dialisis swasta. Yeay tepuk tepuk tepuk semangat tangan πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Tapi sebelum tu aku nak tanya.

Pernah tak korang alami, masa pergi buat medical checkup ke, jumpa doktor sebab demam ke, atau masa check gigi ke apa, doktor tanya “awak ada alergi ubat ke? πŸ€”"

Mesti pernah kan. Sebab setiap kali aku jumpa doktor mesti dapat soalan tu. Dan aku pula memang kerap jumpa doktor. 2 sem duduk UUM, setiap sem tu ada 4-5 kali aku ulang alik ke Pusat Kesihatan Universiti ambil ubat. Jenis mudah sakit lol

Anyway, aku baru tahu sebenarnya kalau kita alergik terhadap sesuatu ubat, kita akan dapat kad istimewa tau untuk declare alergi tu. “Kad Alahan Ubat” namanya. Dan doktor nak tengok kad tu la untuk tahu ubat apa yang kita alergik tu. Selama ni aku ingatkan boleh jawab mulut je tapi rupanya kena tunjuk bukti πŸ˜‚

Dapat tahu pun sebab masa temujanji 24 September 2019 haritu, doktor tukar ubat darah tinggi mama kepada ubat yang “lebih sesuai” dan “lebih berkesan” katanya. Namanya Metoprolol. Nama ubat lama aku lupa tapi lololol juga la hujungnya tu.

Alkisahnya lepas start makan ubat baru, mama jadi gatal-gatal satu badan. Memula ingatkan biasa je sebab gatal tu disusuli demam. Mama kan dah biasa demam lepas balik dari hospital.

Tapi masuk minggu kedua, gatal tu masih ada walaupun demam dah baik. Hari-hari kena tukar dressing IJC sebab mama rasa gatal sangat sampai leher tu pun dia garu. Pernah je kot dressing tu tercabut masa tidur sebab mama garu tanpa sedar.

Sejak itu, mama syak ini semua salah ubat baru tu sebab ubat lain sama je dengan ubat yang dah makan sejak bulan Julai. Tapi untuk lebih kepastian, mama ajak aku pergi semula ke hospital Pasir Mas. Sebab rekod ubat kat sana kan, kena refer doktor sana la.
Tak jumpa doktor nefro pun. Pergi Unit Pesakit Luar je
Lepas bagitahu simptom semua, doktor bagi satu borang dan suruh kami ke Unit Farmasi untuk refer pegawai di sana. Tapi aku pergi sorang sebab Unit Farmasi ni unik sikit. Laluan nak masuk tu dia macam naik bukit gitu. Ateee tak larat aku nak tolak kerusi roda mama. So aku tinggal mama di Unit Pesakit Luar tu sementara aku jalan kaki pergi ke tempat yang disuruh.

Jumpa ahli farmasi, dia tanya soalan lebih kurang dengan doktor tadi. Macam kaset I repeat jawapan sama muahaha. Antara soalan yang ditanya: “apa nama ubat lama, bila start makan ubat baru, dah makan berapa lama, apa reaksi lepas makan, bila simptom alergi tu keluar, etc…” yeeee pastikan anda tahu sejarah perubatan parents anda supaya boleh jawab walaupun mereka takde di sisi masa tu ye

Lepas dapat semua jawapan, dia suruh aku tunggu kejap sementara dia buat something. Sempat aku tengok kak Sitiawe bercerita pasal ubat di TV hospital kejap sebelum ahli farmasi tu panggil semula dan tadaaaa… dia bagi benda ni.
Inilah kad alahan ubat tersebut.
Kad ni kena bawa setiap kali ke klinik atau hospital supaya ahli perubatan di sana ambil maklum. Tapi kalau tak ke hospital pun, pastikan kad ni sentiasa ada dengan kita. Mana tau accident? Boleh la maklumkan kat paramedik pasal alergi yang ada. Buatnya dia tak tahu kau alergik dengan ubat yang dia bagi masa rawatan kecemasan tu? Mampos hahaha

Aku bukan apa tau. Masa teman mama di wad, ada pesakit ni yang tak bagitau dia alergik dengan ubat yang doktor nak bagi. Lepas nurse dah ready buat preparation IV drip dan tinggal nak cucuk baru dia cakap dia alergik. Dah satu kerja nurse nak kena tukar semua. Bila tanya ada kad alahan ubat ke tak, dia kata "ada tapi tak bawa". Terkedu nurse dengan aku-aku sekali speechless… πŸ˜…

Jadi pesanan khidmat masyarakat, bawalah kad alahan ubat ni sentiasa kalau ada. Kita mudahkan kerja ahli perubatan, mereka pun mudah nak selamatkan kita.

Konklusi kisah pendek ini, doktor tarik balik ubat darah tinggi baru tu dan Alhamdulillah gatal-gatal mama hilang. Aku pun lega sebab kali ni sakit tu betul-betul sebab alergi ubat. Bukan macam sebelum ni yang ingatkan alergik ubat gastrik, tapi sebenarnya buah pinggang yang rosak....πŸ™‚

Tapi dah jauh menyimpang ni. Cerita sebenar yang aku nak tulis adalah pada…
14 OKTOBER 2019
TEMUJANJI HOSPITAL TERAKHIR, BEBEH!!!

Sebab ni kali terakhir masuk wad, aku nak cerita pun ingat-ingat lupa. Nak rujuk gambar pun cannot sebab aku tak ambil banyak macam dulu hahahah. Nak buat macam mana rutin sama je setiap kali masuk wad kan. Ambil darah, cuci darah, check gula dan blood pressure. Penat la kalau nak ulang cerita benda sama.

Tapi mama nampak semangat sikit masa masuk wad kalini. Padahal dulu aci boleh dia nak balik hari setiap kali datang cuci darah. Masa tarikh yang aku tak jaga dia di wad sebab balik UUM buat permohonan tangguh pengajian tu, kakak aku cerita mama sampai merajuk dengan nurse sebab doktor tak bagi balik πŸ˜…

Tahap semangat mama tu sampai semua nurse yang mai check gula dan blood pressure tu dia bagitahu yang pasni dia dah boleh cuci darah di pusat dialisis swasta dan tak masuk wad kat sini dah. Geng nurse pun melayan sama happy sekali. Especially nurse sorang ni yang melayan mama masa dia merajuk taknak masuk wad tu lol

Orang lain pun tumpang excited dengar mama dah dapat pusat dialisis swasta. Good things meant to be shared gittew. Baik pesakit katil sebelah, waris pesakit katil hujung, semua ramah datang tanya “dapat pusat dialisis kat mana, kos cuci darah kat situ berapa, dah buat fistula ke, kat mana, berapa kos surgery, etc…”

Basically, sesi masuk wad kalini dipenuhi dengan bersembang santai dengan geng pesakit+waris pasal fistula dan pusat dialisis swasta hahaha

Satu je rare masa ni: Wad blackout. Masa mama tengah cuci darah pula tu. Mujur mesin dialisis tak terganggu. Ada electrician datang tapi dari lepas Asar membawa ke hampir Maghrib pun bergelap lagi. Kipas pun tak hidup. Panas hoi. Heh…kalau la masa ni mama cuci darah di Unit Haemodialisis luar, kan best. Sana ada aircond πŸ˜‚
Tabah la para pelawat petang tu bersembang dalam keadaan separa cerah

Guwe punya panas tahap aku baring je atas bangku kayu di luar wad tu tengok langit. Tu pun tak membantu sebab masa ni angin pun takde hah sadis!
Luckily menjelang malam elektrik dalam wad dah pulih. Jadi hidup diteruskan seperti biasa. Abah macam biasa tak balik rumah dan nak menunggu di wad juga. Siap bawa kain pelekat sendiri buat selimut. Tapi kalau dulu-dulu dia berperang dengan nyamuk dalam kereta, kali ni dia tidur di bangku luar wad tempat aku baring tengok langit tu. “Teman pak guard,” katanya… πŸ˜…

Takpe la abah. Asalkan abah bahagia. Ni pun dah last duduk wad. Esok dah balik.

Hari terakhir, mama dapat turn cuci darah paling awal. Pagi-pagi lagi nurse dah tolak katil ke tempat mesin dialisis. Awal sebab banyak dokumentasi nak kena uruskan untuk transfer ke pusat dialisis swasta. Mana nak tunggu keputusan ujian darah dari jabatan patologi, rekod rawatan di wad, nak dapatkan cop doktor, rekod ubat dari unit farmasi etc. Banyak kerja la.

Elok mama siap cuci darah tengah hari tu, mostly semua dokumen pun dah siap ditandatangani oleh doktorrrrr. Maka lepas Zohor dah boleh dischargeeeee!
Istimewanya discharge kali ni dah tak ada surat arahan masuk wad. Sebaliknya kami diberi surat rujukan untuk memindahkan operasi dialisis mama ni ke pusat dialisis swasta 😎
Kepada: Hudaz Haemodialysis Centre.
Kami panggil Hudaz je.
Aku dah kata ubat dia tu banyak nama “lolololol” πŸ˜‚
Ada berhelai-helai juga dokumen dari hospital ni termasuklah keputusan ujian darah dari Unit Patologi. Semua kena serahkan kepada pihak Hudaz untuk rekod di sana pula. Cuma keputusan ujian HIV je tak dapat pada tarikh sama. Lama juga test dia tapi masa tu kami dah nak balik. Doktor pun tak tergamak nak suruh tunggu so dia suruh balik dulu. Keputusan test HIV tu nanti dia akan call dan maklumkan bila boleh ambil.

Kini secara rasmi, mama dah boleh cuci darah 3 kali seminggu di pusat dialisis. Tak perlu lagi berulang masuk wad setiap 2 minggu. YEAYYY πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽŠ

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Semoga kesihatan mama makin improve bila dah makin kerap cuci darah ni huhuhu

Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Boleh tak saya tahu, sebelum pakai fistula tu maknanya cuci darah di mesin melalui peha ke?

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS