Kembara Ke Bumi UUM, Sintok

8:57 pm

Assalamualaikum
Budu apa budu? Kita kenal ayaq je sekarang hahaha.
Yaaaaa sebagaimana yang terpapar pada gambar di atas, Alhamdulillah dengan segala limpah kurniaNya, tepat tanggal 4 September 2018 bersamaan hari Selasa, aku telah selamat mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah :3
Payung sikit gambar sebelum bertolak ke tempat pendaftaran hehehe
Yang hantar aku pergi mendaftar masa tu, kakak sulung dan abang ipar aku. Abah aku nak ikut tapi mak aku tak bagi. Sebab pernah ada sejarah abah aku kena tinggal dengan bas sebab turun pergi tandas tak maklumkan kat driver. Mak aku trauma hahaha. Lagipun kaki kanan abah dah tak normal macam dulu lepas kena strok tahun 2016 dulu. So mereka rehat kat rumah je la.

Ikutkan rancangan asal, kami nak sewa homestay sekitar Changlun atau Jitra pastu naiklah kereta sewa ke apa untuk ke UUM. Tapi adik kepada abang ipar aku yang tinggal di Pokok Sena berbesar hati nak tumpangkan kami di rumah dia. Siap nak tolong hantarkan kami ke tempat pendaftaran. Maka kecik tapak tangan, sawah padi kami tadahkan la ceritanya.

Maka naiklah kami bas Ekspres Perdana pada 3 September tu turun di Alor Star. Dalam 9-10 jam juga tempoh perjalanan. Okey la tu kalau nak dibandingkan dengan KB-Melaka 12 jam. Yang tu lagi la kebas bontot duduk atas bas sehari suntuk hahaha.
Memperkenalkan...kumpulan Cik Senah meronggeng ke UUM.
Dari kiri: Abang ipar aku, adik dia, isteri adik dia, anak mereka, aku, dan kak long aku.

Gambar ihsan: AJKS MSK UUM A181
Dari rumah mereka di Pokok Sena nak ke UUM dalam lebih kurang sejam. Sekitar pukul 8.30am kami bertolak tapi aku cuak jugak takut lambat sampai sebab jem di highway. Memang baaaanyak gila kereta yang sehala dengan kami menuju ke UUM masa tu. Nak masuk gate utama je dah beratur kereta.
Enjit-enjit semut......
Masuk je gate utama, kereta terus bergerak mencari laluan B untuk ke Inapan Siswa (Inasis) TM yakni asrama aku. Nama saja je nak hipster kan. Padahal bangunan usang juga hehehe. Nanti lain kali aku cerita lebih lanjut pasal asrama okey? ;)
Inasis yang WiFi paling laju sebab TM kan :3
*ye-ye je*
Lepas parkir kereta, aku pun bergerak solo ke Dewan TM untuk pendaftaran. Gigih aku bawa semua sijil akademik asal tapi yang dia minta cuma surat tawaran rasmi dan IC je. Ceh buat berat bahu gua je pikul beg lol. Selesai dia copkan tanda "Telah Mendaftar" di surat tawaran tu, dia bagi aku secebis kertas bertulis nama bilik dan arahkan aku ambil kunci. AND THAT'S IT!!! Dah boleh angkut barang masuk bilik yeay!
Candid gitu~~~ Entah bila masa AJK yang pegang kamera tu snap gambar aku. Kurang hajo dah la muka aku entah apa-apa masa ni. Pastu boleh pula masa aku tarik bagasi ni,
TAYAR BAGASI TERCABUT HAHAHAHAHAHAHAH!!
Bagasi Mydin RM50 so tak boleh komplen la kualiti dia macam mana. Abang ipar aku  la jadi perwira tolong usung bagasi tu naik ke bilik. Mujur dalam bagasi tu mostly baju jadi takdelah berat sangat nak usung. Pastu bilik aku aras 2 so tak penat sangat nak menapak. Bilik pun hujung dekat dengan tangga dan toilet. Rezeki aku selalu dapat bilik hujung sebab di KPM dulu pun sama hehe.

Lepas daftar, sebenarnya waris pelajar kena pergi ke Dewan Muadzam Shah untuk dengar taklimat yang disampaikan oleh Naib Canselor. Tapi taklimat tu lama sangat sampai pukul 1 jadi kakak aku tak pergi pun. Tambah pula aku tak cukup kelengkapan lagi. Bantal, baldi, sabun, stok makanan semua tu aku tak bawa sebab leceh nak naik bas usung banyak-banyak.

Maka kami pun ke mall dalam kampus UUM iaitu Varsity Mall a.k.a Vmall.
Nama je mall tapi di sekeliling boleh menikmati pemandangan kera-kera bergayut atas pokok hehehe
Antara sebab aku tak beli awal-awal kelengkapan selain pakaian tu sebab ni la. Dalam kampus dah ada mall kauuuuuu. Dekat dengan inasis aku pula tu. Tak perlu susah-susah bawa banyak barang dari rumah. Bawa pakaian secukupnya je dan selebihnya boleh cari di Vmall ni. Tapi satu la, bila ramai student baru masuk ni, memang sesak teruk pasaraya Vmart masa tu. Nak jalan pun berhimpit-himpit lol.

Dalam bersesak tu, terbang juga la dalam RM300 aku beli barang. Entah apa benda la aku ambil. Rasa bersalah pula tengok kakak aku bayarkan walaupun dia tak kisah asalkan keperluan aku cukup. Katanya, takut nanti takde orang nak tolong aku uruskan lepas dia dah balik Penang. Huuuuuu terharu.


PROTIPS: Untuk bantal, lebih baik bawa bantal kekabu dari rumah. Bantal di Vmart ni nampak je gebu tapi lembik gila. Letak kepala pun tak rasa hahaha.

Selesai beli barang dan simpan semuanya di bilik, haaaa tibalah masa untuk aku berpisah dengan kakak dan abang ipar aku. Lepas hantar aku ni, mereka terus ke Penang sebab kakak aku dah nak mengajar keesokannya dan abang ipar aku pun gerak terus balik Kelantan dari Penang. Tapi sebelum tu sempat la juga kami lunch sama-sama sebelum biras kakak aku hantar mereka ke stesen bas Alor Star.

Sebab aku dah biasa jauh dari rumah, takde la rasa sedih sangat masa kakak aku nak pergi. Tapi sekali masa kereta mereka dah beredar, aku nampak ada pula budak menangis peluk mak dia sebab family dia dah nak balik. Eh sayu la bongok hahahaha. Aku dah la tak ada geng di inasis TM ni. Kawan-kawan KPM yang dapat UUM dengan aku semua duduk di inasis lain. Tradewinds la, Grantt la, Bank Rakyat la. T_T

Mujur aku dapat roommate senior yang peramah dan baik hati, Aimi. Dia salah seorang fasilitator so dia la yang hantarkan gambar family aku dan gambar candid aku tarik beg tu. Dia juga la yang banyak bagi tunjuk ajar macam mana nak add/drop subjek, nak ikut laluan mana pergi ke kelas, lecturer mana killer atau baik hati, etc. Bersyukur juga aku tak dapat roommate budak-budak baru dari asasi/matrik/STPM sebab nanti gap umur jauh ngat hahaha.

Nak cerita pasal minggu orientasi juga tapi ni pun macam dah panjang sangat. Takpe. Nantikan entri-entri baru pasal minggu orientasi pula lepas ni. Mungkin ada 4 entri la kot sebab orientasi 4 hari hahaha yakin je. Macam la aku ni rajin sangat nak menaip. Nak edit gambar letak watermark pun dah macam kura-kura lol.

Anyway, that's all for now. Ciao!

Assalamualaikum and bye~

You Might Also Like

1 Comments

Share your thoughts here :)