Review : Cosmoderm Tea Tree Oil

Assalamualaikum

Sorry for being a terrible person, people. Kata nak update blog dengan review produk yang boleh digunakan untuk rawat kulit rosak kan. Tapi hampeh. Lama gila baru aku nak tepati janji. Dasar munafik huehuehue.

Biasa la bila di kolej, mana sempat update sebab busy dengan kelas, assignment, projek. Line internet pun camsial. Pastu bila cuti, kerjanya tidur makan je. Memang lupa habis la niat nak update blog tu haha. Maafin ya adik kakak abang yang cantik dan kacak sekalian.

Tapi jangan risau. Harini kita ada satu cerita untuk dikongsi bersama iaitu berkenaan set penjagaan muka Cosmoderm Tea Tree Oil.


Siapa yang dah baca review pasal Cetaphil tu tahu la macam mana kesan Cetaphil yang so-so tu kat aku. Sebab tu masa pergi Mahkota Parade Melaka pada 8/8/2015 tu, tanpa bertangguh aku terus singgah Guardian dan beli satu set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Tak ingat berapa jumlah dia tapi kalau tak salah, range setiap item antara RM16-RM20 camtu. Kalau beli online boleh dapat diskaun :)

Bagi yang tak tahu, Cosmoderm ni ada dua jenis set. Set pertama adalah set Vitamin E yang dalam packaging kuning, sesuai untuk kulit kering dan berparut. Satu lagi is set Tea Tree Oil yang packaging hijau kat atas ni, khas bagi kulit bermasalah dan berminyak macam aku. Sebabnya tea tree oil ada khasiat antibakteria untuk cegah jerawat :)

Pendapat aku sepanjang menggunakan set Cosmoderm Tea Tree Oil ni adalah seperti di bawah:

1) Cosmoderm TTO Facial Cleanser


** Wajah baru Cosmoderm lepas upgrade formula kepada bahan-bahan yang ZERO paraben dan SLS/SLES. Untuk pengguna yang anti-paraben, boleh la cuba Cosmoderm lepas ni :) 

I love this cleanser. Sebab dalam banyak-banyak cleanser aku pernah cuba, ni yang paling serasi dengan aku. Aku suka sebab bau tea tree oil dia mild dan elok je kena dengan hidung sensitif aku ni. Bila dicampur dengan air, krim putih dia akan hasilkan buih yang halus dan lembut pada kulit. Lepas bilas muka, lebihan minyak akan tertanggal sekali dengan buih tu dan muka rasa bersih je. Tapi best dia, kulit tetap rasa lembap dan lembut sebab cleanser ni ada 200 I.U vitamin E dalam tu untuk bantu lembapkan kulit. Memang jauh la beza masa pakai sabun beras Dnars dulu sebab walaupun minyak muka hilang, tapi buih sabun dia tu banyak dan harsh sangat sampai kulit rasa tegang dan pedih lepas cuci :(

Aku pernah berhenti guna cleanser ni awal tahun 2016 haritu sebab stok dah habis tapi Guardian masa tu semua tutup sebab tengah renovate dan farmasi yang jual Cosmoderm ni pula jauh dari rumah. Nak beli di Watsons, Watsons tak jual. So aku try la beli cleanser Nano White Fresh sebab dia ada tea tree oil jugak kan. Sayangnya tak serasi sebab kulit aku jadi kering gila lepas pakai. Last sekali, memang aku tinggal Nano tu kat rumah pastu beli Cosmoderm jugak lepas balik semula ke Melaka sebab memang ni je yang kena dengan kulit aku. Kulit lembut, kurang berminyak dan jerawat pun terkawal je haha…

Ada orang kata lepas pakai cleanser Cosmoderm TTO ni, kulit diorang jadi kering bercapuk di beberapa bahagian muka. Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam tu sebab dah setahun lebih aku pakai, okey je. Mungkin dalam sesetengah kes, ada orang tak serasi dengan cleanser ni. Tapi ada juga yang jadi camtu sebab tak pakai pelembap. Oleh itu, sis nasihatkan pakai la krim pelembap setiap kali lepas cuci muka. Kalau skip toner takpe lagi tapi pelembap ni memang penting. Kalau tak pakai, nanti kulit kering akan jadi makin kering dan kulit berminyak pula akan jadi makin berminyak. Take note k ❤

2) Cosmoderm TTO Clarifying Toning Lotion
** Takde gambar individu lols sorry

Toner ni ada dua benefit, dia bantu keringkan dan kecutkan jerawat serta berupaya hilangkan kotoran dari kulit muka. Memang hitam kapas tu jadinya lepas sental daki yang berbaki lepas cuci muka.

Tapi sayangnya, I don’t like this product. Sebab pertama, bau dia kuat dan tak sedap. Hidung aku kan sensitif dengan bau so memang ergh tak minat la. Sebab kedua, dia mencucuk di kulit bila pakai. Nak-nak bila sapu di jerawat batu yang tengah subur. Pedih bhai. (T_T) Dan sebab ketiga, selain keringkan jerawat, dia pun keringkan kulit sekali. Tapi sebab dah beli kan, maka gigih la aku paksa diri pakai sampai habis biar tak membazir.

Aku tak tahu sama ada kesan tu terjadi sebab kulit aku yang sensitif dan tak serasi ke apa tapi aku syak toner ni macam ada alkohol je dalam tu. Sebab ciri-ciri dia tu sama dengan bahan beralkohol lain yang ada bau kuat, sejuk dan mencucuk pada kulit bila pakai pastu boleh buatkan kulit jadi kering. Tapi tak pasti la betul ke tak sebab aku lupa ambil gambar ingredients dia so tak tahu exactly la apa yang ada dalam tu. Sesiapa yang tahu pasal ingredients dalam toner Cosmoderm ni please feel free to share with me, boleh? :)

Tapi memandangkan sekarang Cosmoderm dah upgrade formula, mungkin side effects tu dah takde kot. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba toner ni, cuba je sebab boleh jadi dia tak serasi dengan kulit aku je tapi bagi orang lain, toner ni boleh atasi masalah mereka. Lain orang lain kesan kan. Tapi kalau aku, memang dah tak beli toner ni sebab sekarang dah selesa guna pure rose water as toner sebab lebih natural dan murah XD

3) Cosmoderm TTO Day & Night Moisturiser

Oil-free, contains SPF15 PA++, keeps skin moist and supple.

Itu menurut kata packaging la. Sekali baca memang rasa hebat je krim ni sebab dua dalam satu boleh lembapkan kulit dan jadi sunblock sekali. But unfortunately, I don’t like this product also. Sebabnya krim yang aku dapat ni macam ada defect sikit, dan aku tak tahu menahu langsung sampai la aku balik dari outing dan buka kotak ni di asrama.

First time aku pegang bekas krim ni, ada kesan berminyak di sekeliling dia. Macam bocor gitu. Tak tahu la kot ada yang letak kotak tu terbalik ke apa di Guardian tu sebelum aku beli. Tapi banyak juga la minyak(?) tu meleleh sampai ada kesan meresap di kertas kotak pembungkus tu dan even hujung stiker label krim tu pun tertanggal sikit sebab terlalu basah. Kalau korang zoom gambar moisturizer dalam gambar first dalam entri ni, akan nampak hujung stiker tu terkopek sikit. Pastu bila aku check isi krim tu, nampak ada cecair macam minyak yang bertakung atas krim tu. I cannot brain it. Kata oil-free? -_-"

Atau mungkin tu bukan minyak tapi cecair yang memang perlu dalam krim tu kot?

Aku tak tahu. Yang pasti, sebab cecair tu banyak dah bocor, krim yang tinggal dalam bekas tu aku rasa dah bukan pelembap. Kering semacam je tekstur dia. Bila sapu di kulit, krim tu tak meresap properly dan buat kulit jadi kasap. Selalu tak sampai berapa jam pun aku pakai, mesti dah cuci muka sebab tak selesa kulit rasa melekit dan rimas semacam bila berpeluh. Jadinya, kadang-kadang je aku pakai krim ni tapi kena campur dengan 1-2 titik pure tea tree oil dulu untuk lembapkan krim tu biar senang nak resap dalam kulit. Tapi sebab leceh, last sekali aku buang jugak… XD

Tapi aku rasa masalah krim ni cuma jadi kat aku je sebab bila cari review pengguna lain, diorang kata okey je. Memang krim ni tak berminyak dan muka rasa natural je lepas pakai. Aku je la “special case” dapat krim defect tu huhu. Nak pergi tukar di Guardian Mahkota Parade? Memang tak rajin la sebab kos sewa kereta dari kolej aku yang terpencil ni ke bandar adalah jauh lagi mahal dari nilai krim tu. Tak kuasa nyah hahahaha

Tapi since benda ni jadi tahun lepas, aku rasa yang benda ni dah tak terjadi lagi kot pada masa sekarang. Lagipun Cosmoderm pun dah tukar packaging untuk krim pelembap ni sekarang.

TADAAAAA!!!!

Sumber: Instagram rasmi Cosmoderm :)

Tak perlu lagi calit krim dengan jari dalam bekas kaca tapi boleh picit amount yang perlu dari tube membuatkan packaging baru ni lebih hygienic dari yang lama. Tube ni pun lagi travel-friendly sebab ianya plastik yang lebih ringan nak bawa ke mana-mana berbanding bekas kaca lama yang berat tu
** Ayat dah macam duta produk buat iklan XD

Itulah dia pengalaman aku menggunakan ketiga-tiga produk utama dalam set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Antara tiga-tiga tu, yang kekal aku guna sampai sekarang memang pencuci muka dia je. Dah masuk botol keempat tau aku pakai. Untuk toner, aku guna pure rose water dan Thayers Rose Petal (mungkin direview lain kali haha), manakala pelembap pula aku selang-seli krim Cosmoderm Vitamin E dengan Safi Balqis Sari Gamat. Alhamdulillah, semua sisa jerawat akibat Dnars Skincare tu dah hilang dan kulit pun dah makin normal. Kadang-kadang je la naik jerawat bila tengah stress atau hormon tak stabil.

Bagi yang ada masalah muka berminyak dan berjerawat, aku memang sarankan guna set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Kandungan tea tree oil dia memang membantu kurangkan jerawat dan kawal masalah minyak muka, dan vitamin E dalam tu pun tolong kekalkan kelembapan kulit jugak. Tiga dalam satu gitu.

Atau kalau Cosmoderm ni tak sesuai, boleh cuba Aiken dan Nano White Fresh sebab dua-dua pun ada kandungan tea tree oil dan dapat banyak feedback positif dari pengguna. Tapi make sure buat dulu research sebelum belum beli k.

Harap review ni membantu anda semua :)

Jika ada soalan peribadi, boleh emel di nadzirah.salahuddin@gmail.com atau DM di Twitter :)

Wassalam.

4 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)