Review: Dalacin T Topical Solution

Assalamualaikum

Akak pemalas menaip lagi. Yeay *tabur konfetti cucuh bunga api meraikan kerajinan dia yang rare ni* haha

Apa khabar gojes dan hensem sekalian? Harapnya sihat walafiat la di samping keluarga tercinta. Dah nak raya ni. Tak mau la sakit-sakit badan ke apa. Nanti kesian orang lain kemain melaram pergi beraya, kome kena tinggal kat rumah huhu menangis tak berlagu.

Anyway, maaf sebab ambil lama nak update blog. Sis busy layan anime Fairy Tail lol

Tapi sekarang semua episod dah habis tengok so boleh la kita bersembang kejap pasal satu produk ni yang bernama Dalacin T Topical Solution.

Jika anda rajin research pasal jerawat, atau anda ada masalah jerawat, atau anda jenis kedua-duanya sekali macam saya, mungkin anda akan pernah dengar la pasal produk ni. Dalacin T ialah sejenis cecair antibiotik yang mengandungi 1% clindamycin phosphate yang berfungsi untuk mematikan kuman jerawat. Berdasarkan sana sini forum yang aku masuk, most feedback semua kata Dalacin T ni berkesan and jerawat batu dah jarang naik lepas pakai secara konsisten.

Reaksi aku lepas baca tu, semestinya WOW!! *mata keluar bling-bling*

Masa tu (Julai 2015), ada la dalam 3 bulan camtu kot lepas aku berhenti pakai Dnars dan memang jerawat batu tengah tumbuh dengan subur dan jayanya di muka. Tak sanggup rasa nak berhadapan dengan orang ramai. Dah la masa tu tengah bulan puasa so gila tak sedih kena beraya dengan muka yang elok sikit je daripada jalan tar? :’(

Gambar bertarikh 15 Julai 2015
Rezeki Ramadhan, walaupun elaun sebenarnya lambat lagi nak dapat sebab baru daftar masuk sem satu kan, tapi kolej ada bagi duit raya RM100 untuk pelajar dari keluarga kurang mampu macam aku. Maka balik je ke kampung, berterbanganlah daku ke macam-macam farmasi untuk mencari Dalacin T ni. Dan akhirnya jumpa juga di Farmasi Cahaya Timur. Last stock pula tu kat situ. Nasib baik sangat-sangat. Macam nak peluk je akak pharmacist tu haritu hahahah...

Harga asal sepatutnya RM48, tapi aku beli ni RM50.88 sebab termasuk dengan GST sekali. Habis macam tu je duit raya aku huhu terima kasih PM.
Cara pakai dia mudah je.
1 – Tekankan dabber kapas yang label love merah tu di mulut botol sampai rapat
2 – Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas dia basah
3 – Dab (tepek) kapas basah tu sikit-sikit di JERAWAT SAHAJA
4 – Tutup pakai penutup yang label love biru tu lepas siap pakai. Penutup botol yang asal tu boleh pergi meninggal dibuang je sebab tak guna dah.

Pengalaman mula-mula guna Dalacin T ni, rasa macam ada semut gigit je kat kawasan jerawat tu haha. Dia pedih plus gatal sikit tapi tak menyucuk sangat. Dalam seminit dua camtu sakit tu hilang. Tapi bau dia wa kasitau awal-awal, sangat-sangat berbau ubat. Seolah-olah kena injek dengan misi pula. Well… nama pun antibiotik kan so hadap je la XD

Tapi kesan dia yang aku suka, jerawat takde mata yang timbul kat kulit aku tu surut sikit-sikit bengkaknya. So takde la nampak berbonjol sangat muka aku. Kalau yang bernanah tu pulak, bahagian kulit yang nampak putih-putih tu jadi kering sampai lama kelamaan dia jadi gelap macam kuping kudis gitu. Bila dah kering sangat, kulit kering tu boleh terkopek macam tu je (selalunya aku yang pergi tarik sebab geram haha). Tapi kena standby dengan tisu la sebab walaupun jerawat tu nampak kering, dalam tu sebenarnya masih ada nanah dia. Bila kuping tu tertanggal, pori jerawat tu akan terbuka dan akan ada la nanah bercampur darah yang keluar. Memang disgusting la kalau orang tengok. Tapi bagi aku bagus juga bila nanah tu keluar. Siap tolong picitkan lagi biar dia cepat keluar sampai habis. Sebabnya lepas tu bengkak di muka akan hilang dan warna kulit aku pun akan makin sekata sikit. Tapi yang tak bagusnya, kalau tak gentle time picit tu, ada kemungkinan untuk dapat parut huhu… **jangan contohi sikap ini**

Aku pakai Dalacin T ni dalam 4 bulan camtu kot. Sambil tu aku amalkan makan Olicandy sekali untuk rawatan dalaman dan juga guna produk yang ada tea tree oil untuk booster effect (lain kali review). Alhamdulillah nampak la perubahan sikit di muka. Maka bila start je cuti semester bulan November 2015 tu, muka aku dah improved macam kat bawah :D

12 November 2015 – yeay \(O_O)/
Jerawat batu semua dah hilang, guys!!! Dan sampai sekarang dia memang dah jarang naik kecuali kalau time period ahaks. Kalau compare gambar ni dengan gambar bulan Julai tu, memang ketara sangat beza dia. Macam tak percaya pun ada. And the best part is, aku pakai Dalacin T tu setengah botol je tau. Tak habis pun. Tapi kesan yang aku dapat memang capai target yang aku inginkan. Alhamdulillah syukur. Dan sekarang aku faham kenapa ramai orang rekomen pakai Dalacin T kalau ada masalah jerawat. Awak pun boleh la try kalau ada masalah sama :)

Kesimpulannya, aku bagi 4.5 bintang untuk Dalacin T untuk keberkesanan beliau. **0.5 lagi hilang sebab bau dia macam ubat ahaks**

Sebelum berpisah, ni ada beberapa pantang larang yang kena ikut kalau nak pakai Dalacin T.
1 - Dab sahaja: Maksudnya tepek sikit-sikit je dabber kapas tu ke muka. Jangan tenyeh macam kau tengah pakai Ammeltz Yoko-Yoko.
2 - Pakai apabila perlu sahaja: Hanya guna bila ada jerawat naik. Jangan pakai masa muka dah clear, dan jangan guna untuk rawat parut sebab dia bukan untuk parut. Bahan utama dalam ni adalah antibiotik yang khas untuk jerawat. Kalau guna unnecessarily masa takde jerawat atau untuk parut, ada risiko untuk overdose. Tak memasal nanti kulit immune dan antibiotik tu dah tak berkesan lagi terhadap jerawat.  Rugi beb.
3 – Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain: Kalau nak pakai Dalacin T, jangan combine dengan Oxy, T3, Benzac AC, etc walaupun pakai lain-lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita (dan mungkin boleh sebabkan overdose juga)
4 – Selalu pakai krim pelembap: Selain keringkan jerawat, Dalacin T juga boleh keringkan kulit. Jadi krim pelembap tu penting untuk kekalkan kesihatan kulit. Tapi kalau tak nak pakai pun takpe. Ikut kerajinan masing-masing. 

Nota: Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sepanjang menggunakan produk tersebut. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Hentikan penggunaan jika ada kesan sampingan dan rujuk kepada yang lebih pakar.

Sekian, terima kasih sebab baca dan sebarang soalan boleh komen di bawah. Jumpa di lain review. Assalamualaikum. <3

68 comments :

Share your thoughts here :)

  1. Wow bagusnya dah baik jerawat. Alhamdulillah :) sy pun ada masalah jerawat mcm akak/sis/adik juga. Mmg teruk. Gara gara dnars juga. Skrg ni tktau nak pakai apa uk hilangkan jerawat ni huhu :'( tp baru baru ni ada beli juga dalacin T ni. Tp tak pakai lg sbb nak tgk review dlu haha. And terjumpa la review sis ni. Rasa tak sabar pula nk cuba. Mcm mana kulit sis sekarang? Makin elokkah? Sy was was juga and takut nk pakai dalacin T ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kulit dah makin okey. Jerawat batu takde mata tu dah surut dah makin jarang naik dah sekarang kecuali dekat-dekat time nak period tu haha. Kesan dia makan masa 2-3 bulan juga baru boleh. So kena pakai konsisten la baru ada perubahan sikit di muka tu :)

      Delete
    2. mesti awk berhenti pakai dnars then jerawat tumbuh byk2 kan..sama macam sy..jerawat batu bernanah lg tumbuh lepas berhenti pakai dnars.

      Delete
    3. :( muka breakout sbb dnars.....

      Delete
  2. Hi sis.. hepi kulit dah ok.. sy dlm proses merawat jerawat2 juga. Tapi sy guna T3 mycin. Apa beza dalacin T & T3 mycin ye? Dr segi keberkesanan nye juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Dalacin T dgn T3 mycin tak banyak beza pun. Dua-dua mengandungi clindamycin, sejenis antibiotik utk bunuh kuman jerawat. Cuma dalacin T ni dalam bentuk cecair, dan T3 mycin plk dalam bentuk gel. :)

      Delete
  3. Salam sis. Nak tanya. Dalacin T ni untuk jerawat baru nak tumbuh je ya? Kalau parut jerawat hilang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dalacin T hanya utk jerawat. Tak boleh guna utk parut sbb kandungan antibiotic dia hanya utk matikan jerawat. Klu nak hilangkan parut, better cari produk yg ada vitamin e, gel aloe vera @ masker kunyit. InsyaAllah klu guna konsisten blh hilang parut

      Delete
  4. Replies
    1. Waktu siang pun boleh pakai. Asalkan sapu dekat tempat jerawat je.

      Delete
  5. slm sis .awk gune plembab ape lps gune dalacin tuu ? btw ,sayaa bru nk try dalacin ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sy pakai pelembab vitamin e from cosmoderm. Tp klu nak pakai pelembab jenama lain pun blh asalkan sesuai dgn jenis kulit. Kulit berminyak better cari yg water-based/oil-free, kulit kering cari yg jenis cream :)

      Delete
  6. Slm sis.nk tnye..brpa kali sehari ye bole sapu dalcin t ni dekat jerawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maximum dua kali sehari dan bila ada jerawat je. Jangan lebih sbb takut overdose antibiotik nnt dia dah tak berkesan dkt jerawat.

      Delete
  7. assalamualaikum . saya nak tanya . masa mula2 pakai tu kan . ada tumbuh jerawat baru tak ? sbb saya baru pakai seminggu tp byk jerawat baru naik. normal ke nie ehh ? risau saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Em tak ingat pulak naik jerawat ke tak, tp rasanya takde. Tp klu naik jerawat masa memula pakai pun rasanya agak normal. Mgkn awk tengah alami healing crisis, di mana antibiotik tu tgh paksa keluarkan toksin dr dlm tubuh utk cepatkan proses penyembuhan. Sbb tu jerawat naik. Selalunya jerawat healing crisis ni jenis yg ada mata putih tu dan akn hilang dlm masa seminggu. Buat masa ni, cuba teruskan guna dalacin t tu utk beberapa minggu lagi. Klu jerawat tu tak hilang dan naik makin teruk, mgkn dalacin t tak sesuai dgn awk.

      Jalan selamat, amalkan skali minum air putih 3liter sehari dan juga detox utk mudahkan penyingkiran toksin dr tubuh. InsyaAllah jerawat akn mudah hilang :)

      Delete
  8. Salam sis nak tanya. Dalacin T ni apply after@before serum ya? Sbb sye ade pakai serum utk kecut kan jerawat. So perlu pakai serum tu lg atau tak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Apa² ubat jerawat biasanya elok sapu selepas toner dan sebelum produk lain, baru last skali pakai moisturizer. Sbb kita nk rawat jerawat tu directly dulu baru guna serum utk improve kulit kita secara keseluruhan. So kiranya pakai dalacin t dulu baru pakai serum.

      Tp klu awk was-was jgk tak tahu nak pakai yg mana dulu, mungkin blh buat sistem giliran. Pagi pakai dalacin t, malam pakai serum. Ataupun selang sehari cam harini pakai dalacin t, esok pakai serum, pastu repeat hahaha

      Delete
  9. Thanks ya dear sbb bg explanation n thanks for helping me😘. Now i pakai serum after tonyoh dalacin tu hah hihihihi

    ReplyDelete
  10. kalau pakai dalacin t lepastu pakai night cream,boleh kan?

    ReplyDelete
  11. Nak tanya, kapas tu lepas dah guna, just biar kering gitu or kena simpan dekat specific place?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapas tu mmg kena pasang di mulut botol. So lepas pakai, tak perlu cabut dan keringkan/simpan tempat lain. Biar mcm tu je kat botol, cuma perlu tutup dgn penutup baru yg dia bagi dlm kotak tu je :)

      Delete
  12. Assalamualaikum. Saya pun baru nak try Dalacin T. Nak tanya, lepas pakai Dalacin T tu perlu cuci muka dulu ke sebelum apply serum or any product? Atau lepas pakai Dalacin T boleh terus apply serum or any product tanpa cuci muka? Sebab saya pakai Cetaphil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Lepas pakai Dalacin T tak perlu cuci muka. Boleh terus pakai serum @ produk² lain dlm skincare 😊

      Delete
  13. sis,kalau pakai dalacin t ni sekali dengan ubat parut jenama lain boleh tak?

    ReplyDelete
  14. α—©α”•α”•α—©α’ͺα—©α—°α‘Œα—©α’ͺα—©IKα‘Œα—° .. nak tye.. sy baru je pakai dalacin t ni seminggu, jerawat kecik² bnyak tumbuh di dahi . Ni mmg normal ke atau sy tak seauai pakai dalacin t ni .. risau pulak sbb nye sebelom ni tak penah naik jerawat kecik² banyak mcm ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses ni agak normal. Sbb badan tengah alami healing crisis, di mana antibiotik dlm dalacin t tgh keluarkan kuman jerawat dr dlm tubuh utk cepatkan proses penyembuhan. Sbb tu jerawat naik. Selalunya jerawat healing crisis ni jenis ada mata putih dan hilang dlm masa beberapa hari. Buat masa ni, cuba teruskan guna dalacin t tu utk beberapa minggu lagi utk lebih kepastian. Klu jerawat baru tu tak hilang dan makin teruk, mgkn dalacin t mmg tak sesuai dgn awk.

      Jalan selamat, amalkan skali minum air putih 3liter sehari dan juga detox utk mudahkan penyingkiran toksin dr tubuh. InsyaAllah jerawat akn lebih mudah hilang :)

      Delete
  15. Salam..kalau pakai t3 yg jnis cecair Boley hilang tak jerawat batu..sblum pkai t3 sy cuci dgn cetaphill dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. InsyaAllah boleh. Sbb rasanya bahan dalam t3 tu pun ada clindamycin mcm dalacin T jgk.

      Delete
  16. salam sis.. saya dah try dh pakai dalacin. kalau nak pakai toner tu, selepas tonyoh dalacin or sebelum dalacin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Toner pakai sebelum sapu dalacin T. Tujuannya biar kulit jd lebih bersih supaya senang dalacin t meresap dlm kulit dan sembuhkan jerawat :)

      Delete
  17. Salam sis. Saya baru nak try pakai dalacin T ni tapi agak konfius sebab mana lagi elok dalacin ke mederma? Sebab saya ada jerawat merah resdung + silap pakai produk. Saya perlu beli dalacin ke mederma ye? Btw utk pencuci muka sy setia dengan cetaphil. Harap ade respon, tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sy tak pernah guna mederma jd tak arif sangat. Tp menurut pengalaman pengguna lain, mederma lebih sesuai utk parut jerawat. Jd klu nak rawat jerawat, better bahan berantibiotik mcm dalacin t atau t3 mycin

      Delete
    2. Dalacin t - utk jerawat
      Mederma - utk parut jerawat.

      Delete
  18. Sebenarnya mederma untuk hilangkan parut dear...kalau utk jerawat,better try dalacin t atau t3 mycin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pencerahan. Sangat membantu :)

      Delete
  19. Sy dulu pernah guna mederma sbb nak hilangkan parut..kalau utk jerawat mmg xsesuai,better try dalacin t atau t3 mycin...

    ReplyDelete
  20. salam sis.. nak tanya.. kalau budak umur 13 tahun pakai dalacin T ni boleh ke?sebab jerawat kat muka saya agak teruk..nak cube try pki dalacin T ni.. sebab takut budak2 xboleh pakai dalacin T ni.. tu yg tnye sis ni hehe.. harap sis balas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. InsyaAllah boleh pakai tak ada masalah, asalkan jgn lebih dos yg ditetapkan. Biasanya remaja ni banyak jerawat sbb hormon kurang stabil. Jd slain dalacin t, sis nasihatkan agar jaga pemakanan dan kesihatan juga. InsyaAllah akan pulih nnt.

      Dan jgn la cepat terpengaruh dgn apa² suplemen kecantikan sbb you're still young. Badan masih blh produce semua benda penting utk kekal muda, tak perlukan suplemen pun. Bahayakan buah pinggang je. Tp klu nak amalkan detox berasaskan bahan organik & natural, tu InsyaAllah takpe ✌

      Delete
  21. Salam sis. Kalau utk hilangkan parut jerawat, produk apakah yg sis cadangkan? Jerawat dah makin kurang dan susah naik slps pakai dalacin T, cuma sy sedang cari solusi utk hilangkan parut pula.

    Tq��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Utk parut, boleh cari produk yg mengandungi vitamin e. Cth mcm krim pelembap dpd jenama Organic Aid atau Cosmoderm. Nak pakai serum pun blh. Cth Garden of Eden Natur E. Tapi kena cari review dulu tengok produk tu sesuai utk jenis kulit mcm mana.

      Utk alternatif natural, rajinkan diri sapu aloe vera di muka InsyaAllah berkesan juga πŸ˜„

      Delete
  22. Salam, maaf mencelah yea. Pengalaman untuk parut pun hilang jugak. bukan setakat jerawat je. boleh cuba. pakai 2 kali sehari dekat tempat jerawat dan bekas jerawat ;)

    ReplyDelete
  23. Salam sis, jerawat pasir bole guna dalacin t juga ka?

    ReplyDelete
  24. salam sya nk tnya. dalacin T ni bolh apply utk jrawat dkt badan tak? mohon pncerahan..

    ReplyDelete
  25. salam.. dalacin T ni bolh apply dkt jerawat badan tak? mohon pencerahan :)

    ReplyDelete
  26. Salam sis. Lepas sis guna dalacin t ni, jerawat makin ok kn? Skrng muka sis ada pori2 tak? Atau ada parut je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah lepas guna tu kulit mmg makin ok. Semua jerawat batu yg naik sbb dnars tu hilang. Parut akibat jerawat tu pun mostly dah takde skrg. Klu ada pun sbb jerawat yg baru naik sbb nak period je. Klu pori, tu mmg masalah dr azali lg susah hilang hahahah

      Delete
  27. Saya baru tau psl dalacin t nih. Muka saya dulu elok jer. Tapi lps pakai satu produk tu, terus terok muka saya. Tumbuh jerawat. Nak keluar pun malu. Org asyik tegur. πŸ˜‚. Sekarang sy tgh try produk cni, mahal. Dah nak masok set ke 2, tak jugak kurang jerawat nih. Lps ni better sy try dalacin t. Harap2 berkesanlah.

    ReplyDelete
  28. Sangat berkesan untuk jerawat..waktu mengandung pun blh guna

    ReplyDelete
  29. Mmg normal eh klau lepas gune dalacin t ni tmboh jerawat kcik2 tu? Sblm ni skit je skrg mcm btmbah πŸ˜ͺπŸ˜ͺ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh jadi tindakbalas healing crisis antara antibiotik dlm dalacin t dgn kulit. Dia paksa semua jerawat tu keluar dr dlm kemudian baru ok.

      Btw sis dah guna berapa lama? Klu baru lg, cuba teruskan guna utk seminggu. Tengok jerawat tu mudah hilang ke tak. Tp klu dah lama guna tp masalah tu sama je, mgkn dalacin t x sesuai dgn kulit sis.

      Delete
  30. Salam sis..nk tanya lepas guna dalacin t or t3 mycin lotion boleh x sapu ubat parut?

    ReplyDelete
  31. ya Allah now i feel like hugging you just the way you wanna hug the kakak pharmacist. thankyou so much ! hope it helps me soon. sbb another 3 weeks ja ray and im facing some skin problems. gotta get Delacin T soon !

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum .. sis nk tnya, dalacin nie klau pkai lebih dripda dua kali sehari x pa kaa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Tak digalakkan lebih dua kali sbb dia antibiotik. Klu overdose, nnt dah tak efektif kat jerawat. :)

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Assalam sis..kalau lepas pakai dalacin t blh ke pkai menderma pulak?dan lagi satu..sy dulu pkai pncuci muke dari farmasi jgk bkn skincare skrang sy nk bertukar kpda cetaphill perlu ke sy rest muke selama 1minggu??mohon respond😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Rasanya blh je sbb mederma utk parut kan. Tp lepas pakai dalacin t, elok jarakkan masa dlm 5 minit sebelum sapu mederma. Biar dalacin t resap masuk dlm kulit dulu. Psl pencuci muka tu, nak rest muka pun blh. Tak nak pun takpe. Klu rasa seminggu tu lama sangat, 2-3 hari pun ok dah :)

      Delete
  35. assalam sis...nk tnya dalacin T ni laki bole ke pkai..i nk bg adik i try coz muka dy mcm dh mkin terok jerawat..skrg dy pkai sendayu tinggi 2 bln dh tp mcm xde kesan plak..ingt nk try dalacin T ni plak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Jangan risau. Semua jantina boleh pakai. Takde masalah lelaki ke perempuan :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  36. Assalamualaikum sis..maaf gnggu..boleh tak kalau sy nak minta tolong belikan dalacin t tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sy pun tengah cari jgk dalacin t ni sbb haritu punya dah habis. Tp semua farmasi mmg cakap stok mereka dah takde dan paling awal stok baru sampai maybe bulan Oktober 😭😭

      Delete
  37. kalau pakai utk jerawat kecik2 boleh tak sis?

    ReplyDelete