Review: Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Assalamualaikum

Ini adalah entri tertangguh.
Konon nak review pasal Cetaphil ni lepas publish review pasal Dnars Skincare itu hari kan.
Tapi kemalasan dan kelembapan talian internet hebat betul melanda.
Maka janji manis di atas tu cuma semmmm……bang belaka.

Maaf, kak. Ahaks.

Tapi sekarang dah rajin balik dah. Sebab dah start cuti sem 2. Emm hari tu publish review pasal Dnars masa cuti sem 1 kan. Lamanya gap masa. Entah la aku rasa aku ni memang jenis yang akan review produk hanya masa cuti sem kot. Maknanya memang makan masa bertahun la kalau nak habiskan review pasal produk yang aku pakai tu. Padahal bukan banyak mana pun. Kah!


Banyak tak banyak, kita mulakan dengan Cetaphil dulu la. Sebab ni produk pertama yang aku pakai untuk sembuhkan rebound effect lepas berhenti Dnars Skincare haritu.

Apa barang botol kecik. Kita beli botol besar terus.

Sebotol Cetaphil yang 500ml ni, harga dalam RM50+. Dan aku beli bukan sebotol, tapi DUA botol sekaligus. Astaga nyaris rabak poket jemah. Nasib baik masa beli tu bulan Februari. Ada promosi Tahun Baru Cina jadi harga bersih dia RM88.08. Harga ong maa… sebab tu siap dapat percuma yang botol kecik (118ml) lagi. Jadi untuk penjimatan, beli la masa ada promosi supaya poket anda tidak koyak.

Sebab apa beli dua?

Sebab kegunaan Cetaphil dalam rutin harian aku, 2-dalam-1. Buat sabun badan sekali dengan pencuci muka. Sabun badan sebab awal tahun 2015 tu kan baru lepas kes banjir besar di Kelantan. Habuk daripada lumpur banjir yang dah kering tu banyak gila berterbangan. Menjadi-jadi ekzema jemah jadinya. Sana sini gatal siap naik kudis baru di tangan. Besar dugaan. Pencuci muka pula sebab dah kata kan ganti Dnars Skincare si perosak kulit.

Pengalaman pakai Cetaphil?

Tak best! Sebab takdak buih. Takdak bau. Takdak warna.

Sebagai seorang makhluk yang biasa mandi dengan Antabax dan cuci muka dengan Safi Balqis yang buih banyak gila, memang rasa tak best la masa mula-mula pakai Cetaphil ni. Rasa macam tak bersih. Seolah-olah baru lepas mandi kerbau yang tak pakai sabun apa-apa. Tak wangi pula tu. Membazir masa I bersiram lama-lama dalam bilik air tau.

Tapi lama-lama bila dah biasa, buih ke tak buih sis mandi je. Dan akhirnya kebaikan dia tu nampak la.

Kaki dengan tangan yang ada ekzema tu macam lembap sikit. Selalunya kuping dia kering bersisik sampai bila berpeluh je mula la tangan nak menggaru sampai berdarah-darah. Tapi bila dah makin lembap tu, dia punya kegatalan tu macam terkawal sikit. Sikit je la. Tak kata sembuh terus ke apa. Sebab ekzema memang penyakit yang takkan sembuh.

Bagi muka pulak, lepas pakai Cetaphil, muka jadi lembut sikit. Kulit kering yang bersisik halus kat muka akibat sabun beras Dnars yang mengakis tu beransur hilang. Tapi tu je la fungsi Cetaphil kat aku. Dia hilangkan masalah kekeringan kulit dan buat muka jadi lembut dan lembap. Tapi overall, jerawat batu yang menggunung kat muka akibat Dnars tu tak surut pun.

Gatal-gatal satu muka akibat jerawat tu pun tak improve. Rasa cam nak gesek je muka ke jalan tar. Malah inflammation kat muka juga tetap ada, tetap teruk. Lepas cuci muka jelas boleh nampak kulit muka aku merah cam tomato. And I don’t even like tomato. Hell.

Tapi aku tak rasa tu salah Cetaphil 100%. Sebab nak kata Cetaphil tak berkesan, ada je orang yang muka dia betul-betul sembuh elok lepas pakai Cetaphil. Mungkin dengan aku je tak berapa efektif. Salah satu puncanya mungkin sebab aku bilas muka pakai air klorin. Aku pernah cakap kot dalam entri lepas yang aku alergik dengan klorin. Tu yang Cetaphil tak berapa nak go dengan muka aku.

Imagine Cetaphil yang lemah lembut lagi gemalai ni berlawan dengan jerawat yang disebabkan oleh merkuri + klorin pada waktu yang sama. Satu lawan dua. Kau rasa sape yang menang?

Apa-apa hal pun, for me Cetaphil ni best jugak la. Kulit jadi lembut dan lembap. Walaupun dia tak surutkan jerawat tapi dia pun tak naikkan jerawat jugak sebab dia non-comedogenic. Kira okey la kan. Seimbang sama seperti pH dia yang balanced tu kahkahkah. Bukan macam produk lokal tu. Dah la tak surutkan jerawat, makin menambah masalah dunia pulak. Benci!

Lepas try Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni, sebenarnya ada juga pasang niat nak try sedara dia Cetaphil Oily Skin Cleanser tu. Tapi bila tengok harga Oily Cleanser tu RM60+ untuk sebotol kecik 125ml, cancel niat. Bapak ah sebotol kecik dia tu lagi mahal daripada Gentle Cleanser botol besar. Tu duit makan dua minggu kot kat asrama. Maka aku hanya mampu berhuhu~ lain kali ah try.

Tu je kot. Jumpa di lain review.
.
.
.

Assalamualaikum.

1 comment :

Share your thoughts here :)

  1. Hahahahahaa.... Lucu lah demo nie.. Nok try jgk la cetaphil bafil nie... Tgok gqno..hihi

    ReplyDelete