Review : Cosmoderm Tea Tree Oil

Assalamualaikum

Sorry for being a terrible person, people. Kata nak update blog dengan review produk yang boleh digunakan untuk rawat kulit rosak kan. Tapi hampeh. Lama gila baru aku nak tepati janji. Dasar munafik huehuehue.

Biasa la bila di kolej, mana sempat update sebab busy dengan kelas, assignment, projek. Line internet pun camsial. Pastu bila cuti, kerjanya tidur makan je. Memang lupa habis la niat nak update blog tu haha. Maafin ya adik kakak abang yang cantik dan kacak sekalian.

Tapi jangan risau. Harini kita ada satu cerita untuk dikongsi bersama iaitu berkenaan set penjagaan muka Cosmoderm Tea Tree Oil.


Siapa yang dah baca review pasal Cetaphil tu tahu la macam mana kesan Cetaphil yang so-so tu kat aku. Sebab tu masa pergi Mahkota Parade Melaka pada 8/8/2015 tu, tanpa bertangguh aku terus singgah Guardian dan beli satu set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Tak ingat berapa jumlah dia tapi kalau tak salah, range setiap item antara RM16-RM20 camtu. Kalau beli online boleh dapat diskaun :)

Bagi yang tak tahu, Cosmoderm ni ada dua jenis set. Set pertama adalah set Vitamin E yang dalam packaging kuning, sesuai untuk kulit kering dan berparut. Satu lagi is set Tea Tree Oil yang packaging hijau kat atas ni, khas bagi kulit bermasalah dan berminyak macam aku. Sebabnya tea tree oil ada khasiat antibakteria untuk cegah jerawat :)

Pendapat aku sepanjang menggunakan set Cosmoderm Tea Tree Oil ni adalah seperti di bawah:

1) Cosmoderm TTO Facial Cleanser


** Wajah baru Cosmoderm lepas upgrade formula kepada bahan-bahan yang ZERO paraben dan SLS/SLES. Untuk pengguna yang anti-paraben, boleh la cuba Cosmoderm lepas ni :) 

I love this cleanser. Sebab dalam banyak-banyak cleanser aku pernah cuba, ni yang paling serasi dengan aku. Aku suka sebab bau tea tree oil dia mild dan elok je kena dengan hidung sensitif aku ni. Bila dicampur dengan air, krim putih dia akan hasilkan buih yang halus dan lembut pada kulit. Lepas bilas muka, lebihan minyak akan tertanggal sekali dengan buih tu dan muka rasa bersih je. Tapi best dia, kulit tetap rasa lembap dan lembut sebab cleanser ni ada 200 I.U vitamin E dalam tu untuk bantu lembapkan kulit. Memang jauh la beza masa pakai sabun beras Dnars dulu sebab walaupun minyak muka hilang, tapi buih sabun dia tu banyak dan harsh sangat sampai kulit rasa tegang dan pedih lepas cuci :(

Aku pernah berhenti guna cleanser ni awal tahun 2016 haritu sebab stok dah habis tapi Guardian masa tu semua tutup sebab tengah renovate dan farmasi yang jual Cosmoderm ni pula jauh dari rumah. Nak beli di Watsons, Watsons tak jual. So aku try la beli cleanser Nano White Fresh sebab dia ada tea tree oil jugak kan. Sayangnya tak serasi sebab kulit aku jadi kering gila lepas pakai. Last sekali, memang aku tinggal Nano tu kat rumah pastu beli Cosmoderm jugak lepas balik semula ke Melaka sebab memang ni je yang kena dengan kulit aku. Kulit lembut, kurang berminyak dan jerawat pun terkawal je haha…

Ada orang kata lepas pakai cleanser Cosmoderm TTO ni, kulit diorang jadi kering bercapuk di beberapa bahagian muka. Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam tu sebab dah setahun lebih aku pakai, okey je. Mungkin dalam sesetengah kes, ada orang tak serasi dengan cleanser ni. Tapi ada juga yang jadi camtu sebab tak pakai pelembap. Oleh itu, sis nasihatkan pakai la krim pelembap setiap kali lepas cuci muka. Kalau skip toner takpe lagi tapi pelembap ni memang penting. Kalau tak pakai, nanti kulit kering akan jadi makin kering dan kulit berminyak pula akan jadi makin berminyak. Take note k ❤

2) Cosmoderm TTO Clarifying Toning Lotion
** Takde gambar individu lols sorry

Toner ni ada dua benefit, dia bantu keringkan dan kecutkan jerawat serta berupaya hilangkan kotoran dari kulit muka. Memang hitam kapas tu jadinya lepas sental daki yang berbaki lepas cuci muka.

Tapi sayangnya, I don’t like this product. Sebab pertama, bau dia kuat dan tak sedap. Hidung aku kan sensitif dengan bau so memang ergh tak minat la. Sebab kedua, dia mencucuk di kulit bila pakai. Nak-nak bila sapu di jerawat batu yang tengah subur. Pedih bhai. (T_T) Dan sebab ketiga, selain keringkan jerawat, dia pun keringkan kulit sekali. Tapi sebab dah beli kan, maka gigih la aku paksa diri pakai sampai habis biar tak membazir.

Aku tak tahu sama ada kesan tu terjadi sebab kulit aku yang sensitif dan tak serasi ke apa tapi aku syak toner ni macam ada alkohol je dalam tu. Sebab ciri-ciri dia tu sama dengan bahan beralkohol lain yang ada bau kuat, sejuk dan mencucuk pada kulit bila pakai pastu boleh buatkan kulit jadi kering. Tapi tak pasti la betul ke tak sebab aku lupa ambil gambar ingredients dia so tak tahu exactly la apa yang ada dalam tu. Sesiapa yang tahu pasal ingredients dalam toner Cosmoderm ni please feel free to share with me, boleh? :)

Tapi memandangkan sekarang Cosmoderm dah upgrade formula, mungkin side effects tu dah takde kot. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba toner ni, cuba je sebab boleh jadi dia tak serasi dengan kulit aku je tapi bagi orang lain, toner ni boleh atasi masalah mereka. Lain orang lain kesan kan. Tapi kalau aku, memang dah tak beli toner ni sebab sekarang dah selesa guna pure rose water as toner sebab lebih natural dan murah XD

3) Cosmoderm TTO Day & Night Moisturiser

Oil-free, contains SPF15 PA++, keeps skin moist and supple.

Itu menurut kata packaging la. Sekali baca memang rasa hebat je krim ni sebab dua dalam satu boleh lembapkan kulit dan jadi sunblock sekali. But unfortunately, I don’t like this product also. Sebabnya krim yang aku dapat ni macam ada defect sikit, dan aku tak tahu menahu langsung sampai la aku balik dari outing dan buka kotak ni di asrama.

First time aku pegang bekas krim ni, ada kesan berminyak di sekeliling dia. Macam bocor gitu. Tak tahu la kot ada yang letak kotak tu terbalik ke apa di Guardian tu sebelum aku beli. Tapi banyak juga la minyak(?) tu meleleh sampai ada kesan meresap di kertas kotak pembungkus tu dan even hujung stiker label krim tu pun tertanggal sikit sebab terlalu basah. Kalau korang zoom gambar moisturizer dalam gambar first dalam entri ni, akan nampak hujung stiker tu terkopek sikit. Pastu bila aku check isi krim tu, nampak ada cecair macam minyak yang bertakung atas krim tu. I cannot brain it. Kata oil-free? -_-"

Atau mungkin tu bukan minyak tapi cecair yang memang perlu dalam krim tu kot?

Aku tak tahu. Yang pasti, sebab cecair tu banyak dah bocor, krim yang tinggal dalam bekas tu aku rasa dah bukan pelembap. Kering semacam je tekstur dia. Bila sapu di kulit, krim tu tak meresap properly dan buat kulit jadi kasap. Selalu tak sampai berapa jam pun aku pakai, mesti dah cuci muka sebab tak selesa kulit rasa melekit dan rimas semacam bila berpeluh. Jadinya, kadang-kadang je aku pakai krim ni tapi kena campur dengan 1-2 titik pure tea tree oil dulu untuk lembapkan krim tu biar senang nak resap dalam kulit. Tapi sebab leceh, last sekali aku buang jugak… XD

Tapi aku rasa masalah krim ni cuma jadi kat aku je sebab bila cari review pengguna lain, diorang kata okey je. Memang krim ni tak berminyak dan muka rasa natural je lepas pakai. Aku je la “special case” dapat krim defect tu huhu. Nak pergi tukar di Guardian Mahkota Parade? Memang tak rajin la sebab kos sewa kereta dari kolej aku yang terpencil ni ke bandar adalah jauh lagi mahal dari nilai krim tu. Tak kuasa nyah hahahaha

Tapi since benda ni jadi tahun lepas, aku rasa yang benda ni dah tak terjadi lagi kot pada masa sekarang. Lagipun Cosmoderm pun dah tukar packaging untuk krim pelembap ni sekarang.

TADAAAAA!!!!

Sumber: Instagram rasmi Cosmoderm :)

Tak perlu lagi calit krim dengan jari dalam bekas kaca tapi boleh picit amount yang perlu dari tube membuatkan packaging baru ni lebih hygienic dari yang lama. Tube ni pun lagi travel-friendly sebab ianya plastik yang lebih ringan nak bawa ke mana-mana berbanding bekas kaca lama yang berat tu
** Ayat dah macam duta produk buat iklan XD

Itulah dia pengalaman aku menggunakan ketiga-tiga produk utama dalam set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Antara tiga-tiga tu, yang kekal aku guna sampai sekarang memang pencuci muka dia je. Dah masuk botol keempat tau aku pakai. Untuk toner, aku guna pure rose water dan Thayers Rose Petal (mungkin direview lain kali haha), manakala pelembap pula aku selang-seli krim Cosmoderm Vitamin E dengan Safi Balqis Sari Gamat. Alhamdulillah, semua sisa jerawat akibat Dnars Skincare tu dah hilang dan kulit pun dah makin normal. Kadang-kadang je la naik jerawat bila tengah stress atau hormon tak stabil.

Bagi yang ada masalah muka berminyak dan berjerawat, aku memang sarankan guna set Cosmoderm Tea Tree Oil ni. Kandungan tea tree oil dia memang membantu kurangkan jerawat dan kawal masalah minyak muka, dan vitamin E dalam tu pun tolong kekalkan kelembapan kulit jugak. Tiga dalam satu gitu.

Atau kalau Cosmoderm ni tak sesuai, boleh cuba Aiken dan Nano White Fresh sebab dua-dua pun ada kandungan tea tree oil dan dapat banyak feedback positif dari pengguna. Tapi make sure buat dulu research sebelum belum beli k.

Harap review ni membantu anda semua :)

Jika ada soalan peribadi, boleh emel di nadzirah.salahuddin@gmail.com atau DM di Twitter :)

Wassalam.

No comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

Review: Dalacin T Topical Solution

Assalamualaikum

Akak pemalas menaip lagi. Yeay *tabur konfetti cucuh bunga api meraikan kerajinan dia yang rare ni* haha

Apa khabar gojes dan hensem sekalian? Harapnya sihat walafiat la di samping keluarga tercinta. Dah nak raya ni. Tak mau la sakit-sakit badan ke apa. Nanti kesian orang lain kemain melaram pergi beraya, kome kena tinggal kat rumah huhu menangis tak berlagu.

Anyway, maaf sebab ambil lama nak update blog. Sis busy layan anime Fairy Tail lol

Tapi sekarang semua episod dah habis tengok so boleh la kita bersembang kejap pasal satu produk ni yang bernama Dalacin T Topical Solution.

Jika anda rajin research pasal jerawat, atau anda ada masalah jerawat, atau anda jenis kedua-duanya sekali macam saya, mungkin anda akan pernah dengar la pasal produk ni. Dalacin T ialah sejenis cecair antibiotik yang mengandungi 1% clindamycin phosphate yang berfungsi untuk mematikan kuman jerawat. Berdasarkan sana sini forum yang aku masuk, most feedback semua kata Dalacin T ni berkesan and jerawat batu dah jarang naik lepas pakai secara konsisten.

Reaksi aku lepas baca tu, semestinya WOW!! *mata keluar bling-bling*

Masa tu (Julai 2015), ada la dalam 3 bulan camtu kot lepas aku berhenti pakai Dnars dan memang jerawat batu tengah tumbuh dengan subur dan jayanya di muka. Tak sanggup rasa nak berhadapan dengan orang ramai. Dah la masa tu tengah bulan puasa so gila tak sedih kena beraya dengan muka yang elok sikit je daripada jalan tar? :’(

Gambar bertarikh 15 Julai 2015
Rezeki Ramadhan, walaupun elaun sebenarnya lambat lagi nak dapat sebab baru daftar masuk sem satu kan, tapi kolej ada bagi duit raya RM100 untuk pelajar dari keluarga kurang mampu macam aku. Maka balik je ke kampung, berterbanganlah daku ke macam-macam farmasi untuk mencari Dalacin T ni. Dan akhirnya jumpa juga di Farmasi Cahaya Timur. Last stock pula tu kat situ. Nasib baik sangat-sangat. Macam nak peluk je akak pharmacist tu haritu hahahah...

Harga asal sepatutnya RM48, tapi aku beli ni RM50.88 sebab termasuk dengan GST sekali. Habis macam tu je duit raya aku huhu terima kasih PM.
Cara pakai dia mudah je.
1 – Tekankan dabber kapas yang label love merah tu di mulut botol sampai rapat
2 – Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas dia basah
3 – Dab (tepek) kapas basah tu sikit-sikit di JERAWAT SAHAJA
4 – Tutup pakai penutup yang label love biru tu lepas siap pakai. Penutup botol yang asal tu boleh pergi meninggal dibuang je sebab tak guna dah.

Pengalaman mula-mula guna Dalacin T ni, rasa macam ada semut gigit je kat kawasan jerawat tu haha. Dia pedih plus gatal sikit tapi tak menyucuk sangat. Dalam seminit dua camtu sakit tu hilang. Tapi bau dia wa kasitau awal-awal, sangat-sangat berbau ubat. Seolah-olah kena injek dengan misi pula. Well… nama pun antibiotik kan so hadap je la XD

Tapi kesan dia yang aku suka, jerawat takde mata yang timbul kat kulit aku tu surut sikit-sikit bengkaknya. So takde la nampak berbonjol sangat muka aku. Kalau yang bernanah tu pulak, bahagian kulit yang nampak putih-putih tu jadi kering sampai lama kelamaan dia jadi gelap macam kuping kudis gitu. Bila dah kering sangat, kulit kering tu boleh terkopek macam tu je (selalunya aku yang pergi tarik sebab geram haha). Tapi kena standby dengan tisu la sebab walaupun jerawat tu nampak kering, dalam tu sebenarnya masih ada nanah dia. Bila kuping tu tertanggal, pori jerawat tu akan terbuka dan akan ada la nanah bercampur darah yang keluar. Memang disgusting la kalau orang tengok. Tapi bagi aku bagus juga bila nanah tu keluar. Siap tolong picitkan lagi biar dia cepat keluar sampai habis. Sebabnya lepas tu bengkak di muka akan hilang dan warna kulit aku pun akan makin sekata sikit. Tapi yang tak bagusnya, kalau tak gentle time picit tu, ada kemungkinan untuk dapat parut huhu… **jangan contohi sikap ini**

Aku pakai Dalacin T ni dalam 4 bulan camtu kot. Sambil tu aku amalkan makan Olicandy sekali untuk rawatan dalaman dan juga guna produk yang ada tea tree oil untuk booster effect (lain kali review). Alhamdulillah nampak la perubahan sikit di muka. Maka bila start je cuti semester bulan November 2015 tu, muka aku dah improved macam kat bawah :D

12 November 2015 – yeay \(O_O)/
Jerawat batu semua dah hilang, guys!!! Dan sampai sekarang dia memang dah jarang naik kecuali kalau time period ahaks. Kalau compare gambar ni dengan gambar bulan Julai tu, memang ketara sangat beza dia. Macam tak percaya pun ada. And the best part is, aku pakai Dalacin T tu setengah botol je tau. Tak habis pun. Tapi kesan yang aku dapat memang capai target yang aku inginkan. Alhamdulillah syukur. Dan sekarang aku faham kenapa ramai orang rekomen pakai Dalacin T kalau ada masalah jerawat. Awak pun boleh la try kalau ada masalah sama :)

Kesimpulannya, aku bagi 4.5 bintang untuk Dalacin T untuk keberkesanan beliau. **0.5 lagi hilang sebab bau dia macam ubat ahaks**

Sebelum berpisah, ni ada beberapa pantang larang yang kena ikut kalau nak pakai Dalacin T.
1 - Dab sahaja: Maksudnya tepek sikit-sikit je dabber kapas tu ke muka. Jangan tenyeh macam kau tengah pakai Ammeltz Yoko-Yoko.
2 - Pakai apabila perlu sahaja: Hanya guna bila ada jerawat naik. Jangan pakai masa muka dah clear, dan jangan guna untuk rawat parut sebab dia bukan untuk parut. Bahan utama dalam ni adalah antibiotik yang khas untuk jerawat. Kalau guna unnecessarily masa takde jerawat atau untuk parut, ada risiko untuk overdose. Tak memasal nanti kulit immune dan antibiotik tu dah tak berkesan lagi terhadap jerawat.  Rugi beb.
3 – Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain: Kalau nak pakai Dalacin T, jangan combine dengan Oxy, T3, Benzac AC, etc walaupun pakai lain-lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita (dan mungkin boleh sebabkan overdose juga)
4 – Selalu pakai krim pelembap: Selain keringkan jerawat, Dalacin T juga boleh keringkan kulit. Jadi krim pelembap tu penting untuk kekalkan kesihatan kulit. Tapi kalau tak nak pakai pun takpe. Ikut kerajinan masing-masing. 

Nota: Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sepanjang menggunakan produk tersebut. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Hentikan penggunaan jika ada kesan sampingan dan rujuk kepada yang lebih pakar.

Sekian, terima kasih sebab baca dan sebarang soalan boleh komen di bawah. Jumpa di lain review. Assalamualaikum. <3

59 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

Review: Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Assalamualaikum

Ini adalah entri tertangguh.
Konon nak review pasal Cetaphil ni lepas publish review pasal Dnars Skincare itu hari kan.
Tapi kemalasan dan kelembapan talian internet hebat betul melanda.
Maka janji manis di atas tu cuma semmmm……bang belaka.

Maaf, kak. Ahaks.

Tapi sekarang dah rajin balik dah. Sebab dah start cuti sem 2. Emm hari tu publish review pasal Dnars masa cuti sem 1 kan. Lamanya gap masa. Entah la aku rasa aku ni memang jenis yang akan review produk hanya masa cuti sem kot. Maknanya memang makan masa bertahun la kalau nak habiskan review pasal produk yang aku pakai tu. Padahal bukan banyak mana pun. Kah!


Banyak tak banyak, kita mulakan dengan Cetaphil dulu la. Sebab ni produk pertama yang aku pakai untuk sembuhkan rebound effect lepas berhenti Dnars Skincare haritu.

Apa barang botol kecik. Kita beli botol besar terus.

Sebotol Cetaphil yang 500ml ni, harga dalam RM50+. Dan aku beli bukan sebotol, tapi DUA botol sekaligus. Astaga nyaris rabak poket jemah. Nasib baik masa beli tu bulan Februari. Ada promosi Tahun Baru Cina jadi harga bersih dia RM88.08. Harga ong maa… sebab tu siap dapat percuma yang botol kecik (118ml) lagi. Jadi untuk penjimatan, beli la masa ada promosi supaya poket anda tidak koyak.

Sebab apa beli dua?

Sebab kegunaan Cetaphil dalam rutin harian aku, 2-dalam-1. Buat sabun badan sekali dengan pencuci muka. Sabun badan sebab awal tahun 2015 tu kan baru lepas kes banjir besar di Kelantan. Habuk daripada lumpur banjir yang dah kering tu banyak gila berterbangan. Menjadi-jadi ekzema jemah jadinya. Sana sini gatal siap naik kudis baru di tangan. Besar dugaan. Pencuci muka pula sebab dah kata kan ganti Dnars Skincare si perosak kulit.

Pengalaman pakai Cetaphil?

Tak best! Sebab takdak buih. Takdak bau. Takdak warna.

Sebagai seorang makhluk yang biasa mandi dengan Antabax dan cuci muka dengan Safi Balqis yang buih banyak gila, memang rasa tak best la masa mula-mula pakai Cetaphil ni. Rasa macam tak bersih. Seolah-olah baru lepas mandi kerbau yang tak pakai sabun apa-apa. Tak wangi pula tu. Membazir masa I bersiram lama-lama dalam bilik air tau.

Tapi lama-lama bila dah biasa, buih ke tak buih sis mandi je. Dan akhirnya kebaikan dia tu nampak la.

Kaki dengan tangan yang ada ekzema tu macam lembap sikit. Selalunya kuping dia kering bersisik sampai bila berpeluh je mula la tangan nak menggaru sampai berdarah-darah. Tapi bila dah makin lembap tu, dia punya kegatalan tu macam terkawal sikit. Sikit je la. Tak kata sembuh terus ke apa. Sebab ekzema memang penyakit yang takkan sembuh.

Bagi muka pulak, lepas pakai Cetaphil, muka jadi lembut sikit. Kulit kering yang bersisik halus kat muka akibat sabun beras Dnars yang mengakis tu beransur hilang. Tapi tu je la fungsi Cetaphil kat aku. Dia hilangkan masalah kekeringan kulit dan buat muka jadi lembut dan lembap. Tapi overall, jerawat batu yang menggunung kat muka akibat Dnars tu tak surut pun.

Gatal-gatal satu muka akibat jerawat tu pun tak improve. Rasa cam nak gesek je muka ke jalan tar. Malah inflammation kat muka juga tetap ada, tetap teruk. Lepas cuci muka jelas boleh nampak kulit muka aku merah cam tomato. And I don’t even like tomato. Hell.

Tapi aku tak rasa tu salah Cetaphil 100%. Sebab nak kata Cetaphil tak berkesan, ada je orang yang muka dia betul-betul sembuh elok lepas pakai Cetaphil. Mungkin dengan aku je tak berapa efektif. Salah satu puncanya mungkin sebab aku bilas muka pakai air klorin. Aku pernah cakap kot dalam entri lepas yang aku alergik dengan klorin. Tu yang Cetaphil tak berapa nak go dengan muka aku.

Imagine Cetaphil yang lemah lembut lagi gemalai ni berlawan dengan jerawat yang disebabkan oleh merkuri + klorin pada waktu yang sama. Satu lawan dua. Kau rasa sape yang menang?

Apa-apa hal pun, for me Cetaphil ni best jugak la. Kulit jadi lembut dan lembap. Walaupun dia tak surutkan jerawat tapi dia pun tak naikkan jerawat jugak sebab dia non-comedogenic. Kira okey la kan. Seimbang sama seperti pH dia yang balanced tu kahkahkah. Bukan macam produk lokal tu. Dah la tak surutkan jerawat, makin menambah masalah dunia pulak. Benci!

Lepas try Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni, sebenarnya ada juga pasang niat nak try sedara dia Cetaphil Oily Skin Cleanser tu. Tapi bila tengok harga Oily Cleanser tu RM60+ untuk sebotol kecik 125ml, cancel niat. Bapak ah sebotol kecik dia tu lagi mahal daripada Gentle Cleanser botol besar. Tu duit makan dua minggu kot kat asrama. Maka aku hanya mampu berhuhu~ lain kali ah try.

Tu je kot. Jumpa di lain review.
.
.
.

Assalamualaikum.

1 comment :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

SOALAN LAZIM (FAQs) PELAJAR BARU TENTANG KPM AYER MOLEK (UPDATED)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atasmu wahai sesiapa saja yang terjumpa entri ini di internet. Kemungkinan besarnya bakal pelajar KPM Ayer Molek lah. Sebab entri ni memang dicipta khusus untuk kalian, terutamanya golongan yang baru first time dengar pasal kolej ni so mesti cam penuh tanda tanya je KPM Ayer Molek ni sebenarnya menatang pa. Tu la lain kali sebelum tick pilihan course dan tempat kat Portal UPIM tu, research dulu pasal kolej-kolej dia. Kahkahkah

By the way, tahniah diucapkan kepada adik-adik yang dapat tawaran ke KPM, tak kisah la KPM mana pun. Banyak kelebihan KPM tau, paling heaven semestinya part yuran pengajian adalah percuma pastu dapat elaun bulanan lagi. Wow! Jadi bersyukur la dik kalau dapat masuk KPM. Tengok di luar sana berapa ramai yang pening sebab baru ambik diploma tapi dah sesak dengan PTPTN. Nanti sambung degree kena tambah hutang lagi pulak. Kalau dapat biasiswa takpe la jugak huhu.

Ok dah. Jom balik ke pangkal jalan.

Entri ni adalah updated version punya sebab entri asal tu ada banyak sangat soalan yang diajukan di bahagian komen sampai mencecah 200. Bila banyak macam tu, ada sesetengah orang malas nak skrol baca semua jadi dia tanya la balik soalan yang sebenarnya dah dijawab. Mendatangkan marah beb. Penyelesaiannya, kita ambil soalan kat komen tu, tulis balik dalam entri blog, pastu delete semua komen. Nampak kemas dan teratur la sikit lol. 

Jadi adik-adik, rajinkan la diri baca semua soalan dan jawapan yang ada. Tak pun kalau malas, cari la keyword soalan yang korang nak tu. Kalau betul soalan tu takde jawapan, baru tanya. Jangan sekali-kali kau tanya soalan yang dah dijawab dik (unless kalau betul-betul tak faham). Kalau tak, memang akak cari kau lepas orientasi lolol XD
.
.
.

URUSAN PENDAFTARAN
Q: Duit yuran muafakat dan yuran koperasi kena bank-in sebelum masuk atau boleh bayar masa hari pendaftaran?
A: Dua-dua boleh. Tapi amat dinasihatkan supaya bank in je terus utk jimatkan masa waktu pendaftaran tu. 

Q: Kalau dah bayar duit pendaftaran RM320 di pejabat MARA tapi akhirnya tak jadi masuk KPM, duit tu macam mana?
A: Duit RM320 tu akan dikira burn dan MARA tak akan refund balik. Jadi fikir la masak-masak sebelum buat keputusan.

Q: Saksi dalam dokumen perjanjian ni kena ambik tandatangan siapa?
A: Sesiapa saja yang ada cop jawatan sah. Contoh, tok penghulu, pengetua sekolah, kakitangan kerajaan, peguam, akauntan, etc Sila rujuk senarai saksi yang layak dalam Panduan Mengisi Buku Perjanjian

Q: Macam mana nak matikan setem pada dokumen perjanjian tu?
A: Ambik pisau, bunuh. Lengkapkan butiran yang perlu dalam tiga-tiga salinan dokumen perjanjian tu, pastu beli la 3 keping setem bernilai RM10 di pejabat pos kemudian matikan la di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sana. Kalau nak matikan secara digital yang setem komputer warna hijau tu pun, takpe jugak.

Q: Masa daftar kena bawa salinan original surat beranak, IC mak bapak, result SPM etc ke?
A: Ya, semua salinan original result SPM, surat beranak dan IC pelajar, dan surat beranak dan IC ibu bapa wajib dibawa masa hari pendaftaran. Kalau tak, pelajar tak dibenarkan mendaftar. Benda ni dah tulis dalam Buku Panduan Pelajar Baru, jadi tolong take note.

Q: Mak ayah saya tak ikut, orang lain yang hantar saya masa daftar. Jadi macam mana dengan IC original mak ayah tu?
A: Pinjam la kejap IC tu. Nanti lepas selesai pendaftaran, kirim la dekat orang yang datang hantar awak tu suruh bagi balik IC tu dekat mak ayah. Akak dulu pun buat macam tu sebab kakak sulung yang hantarkan masa daftar. Mak ayah tak ikut sebab sakit :(

Q: Surat beranak mak ayah saya dah buruk/lusuh/koyak/hilang. Pihak kolej akan terima ke sebagai bukti yang sah?
A: Untuk kes surat beranak rosak ni, elok bawa surat beranak tu pergi ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat untuk buat permohonan surat beranak baru. Takut nanti akan bermasalah masa nak daftar pulak

Q: Salinan yang disahkan tu macam mana?
A: Fotostat semua salinan sijil atau dokumen yang dia suruh bawak tu, pastu minta la sesiapa saja yang apa jawatan sah macam tok penghulu, pengetua sekolah, kakitangan kerajaan, peguam, akauntan etc untuk sain dan cop salinan fotostat tu bagi tujuan pengesahan

Q: Medical checkup boleh buat di klinik swasta tak?
A: Boleh, dik. Tapi kena redha la bayar mahal sikit berbanding klinik kerajaan.

Q: Masa daftar kena bawa sekali ke gambar X-ray tulang rusuk tu?
A: Tak bawa pun takpe. Bukan ada orang mintak pun. Buat penuh tangan masa beratur je -..-

Q: Kalau saya reject tawaran KPM, tapi lepas reject tu saya ubah fikiran nak masuk KPM balik, boleh ke?
A: Selepas tawaran ditolak, tawaran tu akan dikira batal. Kalau nak masuk semula ke KPM, perlu tunggu intake seterusnya untuk buat permohonan baru. Wallahualam. Boleh hubungi bahagian BPT MARA untuk penjelasan lanjut.
p/s: Tapi kau jangan main kejap tak nak masuk, kejap nak masuk gitu. Ingat KPM ni hotel ke.

Q: Betul ke elaun akan diberi kepada semua pelajar?
A: Ya, betul
(walaupun macam tak aci anak orang kaya pun dapat padahal diorang dah banyak duit huhu bertabah la sayang rezeki memasing)

Q: Saya dengar tempoh proses elaun pelajar baru tu lama. Agak-agak lama mana?
A: Dalam 2 bulan lebih gitu. Masuk bulan ketiga camtu baru dia bagi lumpsum melalui cek atau bank-in terus ke akaun Bank Rakyat kita. So untuk 3 bulan pertama tu, parents kena standby duit sendiri dulu untuk kegunaan pelajar.

Q: Betul ke kalau kita keluar dari KPM kita kena bayar balik semua elaun yang kita dah dapat? Buruk siku betul MARA ni.
A: Buruk siku atuk kau. Dia bagi elaun pun dah cukup bagus tau dengan yuran belajar free lagi. Kena la bayar balik biar duit tu boleh bagi kepada pelajar lain yang lebih memerlukan pula. Sebab tu kena fikir masak-masak sebelum terima masuk KPM ni. Jangan main nak masuk tak nak masuk.

Q: Masuk KPM ni ada peluang yang cerah tak nak sambung ijazah kat universiti awam yang lain? Ke boleh sambung di universiti swasta je?
A: Kalau result diploma maintain bagus dari sem 1 sampai habis, Insya ALLAH cerah peluang untuk sambung di mana-mana universiti awam. Cuma pastikan check dulu kelayakan yang diperlukan oleh universiti tu sebelum apply. Tapi KPM ni ada pengiktirafan yang sah oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) so Insya ALLAH takde masalah :)

Q: Kawan saya berminat nak masuk KPM tapi dia tak dapat apply sebab tarikh tutup permohonan dah lepas. Ada harapan lagi ke dia dapat masuk KPM?
A: Insya ALLAH masih ada harapan. Ada dua cara nak masuk ke KPM walaupun tempoh nak memohon dah tamat. Pertama, boleh tunggu tarikh temuduga terbuka yang akan dijalankan di HQ MARA di Kuala Lumpur. Kedua, boleh pergi terus ke mana-mana cawangan KPM yang anda berminat dan buat walk-in interview dengan pihak kolej tu sendiri. Pastikan bawa semua sijil dan dokumen yang diperlukan. Tapi permohonan diterima atau tidak tu bergantung kepada kekosongan tempat yang ada di kolej tersebut. Wallahualam.

PROGRAM ORIENTASI
Q: Kod pakaian masa program orientasi macam mana?
A: Masa majlis rasmi - Lelaki pakai kemeja, seluar slack, tie, dan kasut hitam. Perempuan pula baju kurung, bawal/shawl hitam, dan kasut hitam jugak. 
Masa riadah/sukan - Lelaki pakai tshirt berkolar, tracksuits, dan sport shoes. Perempuan tshirt lengan panjang, tracksuit dan sports shoes masa riadah. 

Q: Buku peraturan kata baju riadah kena ada kolar. So kena beli baju baru la?
A: Kalau perempuan pakai baju takde kolar pun takpe kot sebab hak alah bukan dia perasan pun. Kita kan pakai tudung. Tapi kalau pelajar lelaki digalakkan la beli yang ada kolar at least dua helai.

Q: Kak, betul ke pelajar baru kena pakai tudung putih selama dua bulan?
A: Siapa cakap ni lol. Tudung masa orientasi kat KPMAM adalah warna hitam. Tapi tu pun masa orientasi je la. Lepas dah habis orientasi tu kau pakai la tudung warna-warni pelangi pun pergi kelas. Takde orang kisah asalkan labuh tutup dada dan tak jarang ;)

Q: Shawl dah dibenarkan pakai, kan? Kalau pakai shawl hitam masa orientasi boleh?
A: Shawl kalau pakai pergi kelas takpe. Tapi kalau masa orientasi tak boleh.
**dengar cerita kebenaran pakai shawl ni mungkin ditarik balik tak lama lagi. Doa la biar tak jadi sbb akak malas iron bawal T_T

Q: Orientasi selalunya berapa hari?
A: Selalunya start malam Selasa, habis Jumaat. So dalam 4 hari la kot.

Q: Lepas habis orientasi, boleh balik tak?
A: Bergantung pada keadaan. Kalau tak ada program lain lepas orientasi tu, boleh la balik. Tapi kalau ada program, tak boleh la.

Q: Di KPMAM ada sistem homeroom?
A: Ya, ada. Masa pendaftaran nanti, nama korang akan main sebat je dimasukkan dalam mana-mana kumpulan homeroom. Kumpulan ni la yang akan jadi geng korang sepanjang hari orientasi nanti dan akan kekal jadi family angkat korang sampai habis belajar di KPMAM ni. Oh dan biasanya ahli homeroom tu ada yang akan jadi roomates korang jugak.

Q: Satu homeroom berapa orang? Campur course ke sama course?
A: Depends kepada jumlah pelajar dalam intake batch tu. Kalau batch tu ramai, ramai la satu homeroom. Kalau sikit, sikit la. Pelajar course DBS dan DIA akan bercampur dalam satu homeroom. Tapi CAT dengan CAT je.

Q: Orientasi di KPMAM ada ragging ke?
A: Jenis suruh buat aktiviti berat-berat yang tak berkaitan dengan pembinaan sahsiah/jati diri tu takde sebab kolej pun larang. Tapi kalau denda sesikit macam half stand, lompat bintang, tu normal. Mohon sadokan stamina fizikal dan mental sebelum masuk

ASRAMA
Q: Asrama berapa tingkat dan satu bilik berapa orang?
A: Asrama perempuan - ada 4 tingkat, semua bilik boleh muatkan 4 orang pelajar.
Asrama lelaki - 4 tingkat jugak, tapi ada bilik 2 orang dan ada bilik 4 orang.

Q: Pembahagian bilik macam mana? Pelajar boleh pilih sendiri nak duduk bilik/aras mana?
A: Bilik dibahagi secara random. Pelajar tak boleh pilih nak duduk bilik mana atau aras mana. Bergantung pada kekosongan asrama dan budi bicara kolej. So nanti akan ada yang duduk aras bawah, ada yang duduk atas.

Q: Roommates nanti sama course dan batch dengan kita ke? Ke campur-campur?
A: Roomates tak semestinya sama course sebab bilik ditetapkan secara random kan, so roommates pun random la. Jadi dalam satu bilik tu ada yang bercampur dengan budak course lain. Tapi, semua roommates biasanya memang akan sama batch.

Q: Asrama disediakan untuk semua pelajar atau ada yang kena duduk luar?
A: Kemudahan asrama diwajibkan kepada semua pelajar semester 1 dan pelajar yang dapat kelayakan istimewa* sahaja. Bagi pelajar semester 2 dan ke atas, boleh pilih nak stay asrama atau tinggal di luar.

*KELAYAKAN ISTIMEWA 
1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
2. Seketeriat Tindakan Kolej ( STK / Ahli Jawatankuasa Asrama)
3. Seketeriat Pembangunan Insan ( SPI)
4. AJK Kelab dan Persatuan
5. Unit Beruniform
6. Orang Kurang Upaya (OKU)

Q: Kalau saya nak stay duduk asrama masa semester 2 dan ke atas tu, macam mana?
A: Pelajar perlulah cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam aktiviti kolej untuk kutip markah merit banyak-banyak, ada rekod disiplin bersih, dan takde hutang tertunggak dengan kolej. Tapi in the end dapat asrama ke tak bergantung pada kekosongan jugak. Doa la bebanyak.

Q: Barang saya banyak. Kalau parents @ adik-beradik saya tolong hantarkan ke bilik boleh?
A: Hari pertama masa daftar tu, boleh dimaafkan. Tapi lepas tu tak boleh dah, terutamanya bagi pelajar perempuan. Memang DILARANG BAWA SAUDARA MARA LELAKI NAIK KE ASRAMA walaupun cuma nak tolong hantar barang. Malah kalau mak atau adik kecik yang naik pun, tak boleh jugak demi menghormati privasi student lain. Harap maklum dengan perkara ni okey.

Q: Kat asrama selalu jadi kes curi tak?
A: Asrama perempuan jarang-jarang. Tapi asrama lelaki ada la beberapa kes. Dinasihatkan agar selalu simpan barang berharga di tempat selamat dan kunci pintu loker dan bilik setiap kali keluar. Jangan percaya sangat kat member kau tu.

Q: Katil single ke katil dua tingkat?
A: Katil single. Setiap student akan dapat satu katil. Siapa yang gayat tu tak payah bimbang masalah berebut katil bawah, k.

Q: Tandas bersambung dengan bilik ke jauh dari bilik?
A: Akak tergelak bila dapat soalan ni haritu sebab kau ingat ni rumah sendiri ke dik tandas nak bersambung bagai hahahah. Tak, dia tak bersambung. Tandas ada di setiap penjuru bangunan di setiap aras. Kiranya setiap aras ada empat tandas.

Q: Di asrama ada dobi tak? Ke semua kena basuh tangan?
A: Ya, KPM kita ada dobi. Yuran dobi setiap semester RM70, boleh hantar 10 helai baju 2x seminggu. Kalau tak nak ambik dobi, kita ada mesin basuh layan diri di asrama, RM2 sekali cuci. Atau kalau anda jenis suami/isteri mithali, basuhlah pakai tangan.

Q: Tempat cucuk plug dalam bilik banyak tak?
A: Asrama perempuan, satu bilik ada empat tempat plug. Satu untuk setiap pelajar kat bawah meja study masing-masing.
Asrama lelaki satu bilik satu tempat cucuk plug je rasanya. Sebab tu lelaki boleh bawa extension, perempuan tak boleh. :(

Q: Bangunan kelas jauh ke dari asrama/asrama jauh ke dari kolej?
A: Dekat gila. Jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai ke bangunan akademik.

Q: Di asrama KPM wajib turun riadah petang setiap hari ke?
A: Tidak, dik. Ni bukan sekolah asrama penuh lagi dah tiap-tiap petang wajib turun riadah. Dia optional, maksudnya bergantung atas kerajinan nak turun atau tidak. Tapi hari Khamis selalunya pelajar semester 1 wajib turun la sebab ada aktiviti koku.

Q: Setiap hujung bulan kita boleh balik rumah ke?
A: Jangan kata setiap hujung bulan, setiap hujung minggu pun korang boleh balik jika takde program wajib.

Q: Kalau naik public transport balik ke rumah, student kena cari sendiri atau MPP uruskan? 
A: Sebab balik ke rumah kita, maka kita la yang kena uruskan sendiri cari kereta sewa, beli tiket bas semua. MPP selalunya tolong bila waktu-waktu genting saja.

Q: Di Melaka ada airport dengan stesen keretapi tak?
A: Airport ada, tapi khusus untuk international flight je kalau tak salah. So kalau nak naik flight, kena naik bas/teksi dari Melaka Sentral pergi KLIA2. Stesen keretapi di Melaka takde. Paling dekat pun yang di Tampin punya. Tapi jarak stesen Tampin tu dengan kolej agak jauh. Mahal kalau nak naik teksi dari sana.

Q: Di asrama ada masalah monyet tak?
A: Monyet takde, Alhamdulillah. Tapi masalah serangga macam natang Charli tu banyak terutamanya di asrama lelaki. Pastikan tingkap sentiasa ditutup pada waktu malam untuk elakkan kes tak diingini. Sayangi kulit anda <3

Q: Sem berapa baru pelajar dibenarkan bawa kenderaan ke asrama?
A: Motor, semua pelajar dari semua semester boleh bawa. Tapi kalau kereta, hanya pelajar semester 3 dan ke atas sahaja dibenarkan. Semua pelajar perlu daftar kenderaan masing-masing dan beli stiker kebenaran untuk elakkan kenderaan anda disita okey.

Q: Kalau sakit, nak pergi klinik macam mana?
A: Waktu siang, ambik surat di pejabat asrama, nanti van kolej akan hantarkan ke klinik. Kalau emergency waktu malam, warden bertugas akan uruskan.
**pastikan sentiasa alert dengan jadual warden bertugas okey

Q: Kat kolej wajib solat berjemaah ke?
A: Wajib, tapi ada sistem giliran mengikut course dan cuma kena turun waktu Maghrib dan Isyak saja. Waktu-waktu solat yang lain tak diwajibkan berjemaah tapi sangat digalakkan untuk menghidupkan surau kita :)
**btw kalau turun jemaah di surau nanti boleh dapat cop merit haaa saja bagitahu XD

Q: Hari Jumaat, macam mana pelajar lelaki nak pergi solat Jumaat?
A: Kolej ada sediakan bas kolej dan juga sewa bas dari luar untuk ambil pelajar-pelajar lelaki ke masjid. Kalau tak nak naik bas, bersahabat la dengan senior yang bawa kereta, boleh tumpang dia ke masjid lol

Q: Line telefon apa yang okey kat kawasan kolej?
A: Terus-terang cakap, semua tak okey. Susah nak dapat full connection kat sini. Tapi so far akak guna Celcom, laju jugak la tengok YouTube tak sangkut. Kalau Umobile memang nokhorom takde line. Untuk Maxis dan Digi, member akak pakai kata not bad tapi tak tahu la hakiki dia macam mana. Kena datang dan try-and-error sendiri.

Q: Kalau semua lelaki telco tak berguna, habis tu kalau ada assignment yang nak pakai internet macam mana?
A: Well takde la tak guna sampai layak buang tong sampah. Susah dapat line internet + slow nak mampus je. Tapi kalau betul perlukan internet untuk assignment (kononnya), boleh lepak library untuk wifi percuma dan laju (kalau tak ramai orang). Untuk wifi peribadi, presiden MPP kita bang Acapdin ada jual wifi, bayar RM10 dapat 2GB kuota untuk seminggu. Atau kalau mampu, beli la portable wifi yg kena bayar bulan-bulan tu.

KELAS
Q: Laptop kena bawak ke/ Pelajar semester 1 dah pakai laptop ke/Budak bisnes kena bawa laptop macam budak akaun ke?
A: Ni soalan paling annoying dalam entri asal sebab dah banyak kali jawab pun ada lagi yang tanya. Jawapan dia: Tak kisah kau course DBS, DIA, CAT, PIP, atau sem berapa pun, kalau ada laptop, bawaklah sebab laptop memang penting di kolej ni. Majoriti assignment kena siapkan secara bertaip, bukan tulis tangan macam kat sekolah menengah lagi dah. Faham ya.

Q: Buku kena bayar atau kolej sediakan?
A: Yuran dah bagi free, maka buku semestinya kena beli sendiri lol 

Q: Angggaran duit buku untuk pelajar baru berapa?
A: Bab ni tak pasti sebab dah lupa. Tapi dalam buku panduan pelajar ada cadangkan untuk standby RM600+ untuk bayaran buku termasuk beberapa bayaran lain. Jangan bimbang kalau terlebih bayar sebab hujung sem nanti kolej akan bagi refund. Kalau nak buku secondhand, boleh tanya senior-senior sem lepas kot-kot diorang ada nak jual ke.

Q: Kalau nak beli buku sendiri kat luar boleh?
A: Tak digalakkan, sebab silibus dalam buku yang dijual di kedai tak sama dengan silibus dalam modul yang diajar di KPM. Plus harga buku luar pun lagi mahal daripada modul kolej. Tapi kalau nak beli jugak sebagai buku rujukan tambahan, boleh je.

Q: Kelas biasanya dari pukul berapa sampai pukul berapa?
A: Paling awal kelas start pukul 8.30 pagi, dan paling lambat habis pukul 5 petang.

Q: Minimum nak dapat pointer dekan di KPM berapa?
A: Sekurang-kurangnya 3.50 dan ke atas.

Q: Waktu malam ada kelas prep atau tutorial ke?
A: Takde. Kelas malam cuma ada bila lecturer nak buat kelas tambahan, kelas ganti atau test.

Q: Kod pakaian pergi kelas macam mana?
A: Sama macam kod pakaian masa orientasi. Lelaki pakai kemeja, seluar slack, tie, dan kasut kulit/PVC hitam. Perempuan pula pakai baju kurung/jubah, tudung bawal/shawl (pastikan labuh tutup dada), dan kasut hitam jugak. Wajib pakai kad ID okey adik-adik.

Akak cakap awal-awal, kasut korang mestilah:
* Daripada jenis kulit atau PVC
* Warna hitam atau kalau tak pun, biru gelap
* Dipakai dengan stokin atas daripada buku lali

** Untuk perempuan, kasut baldu, kanvas, high heels warna warni tu memang lawa tapi pakai masa outing boleh la. Tak boleh pakai ke kelas.
** Untuk lelaki, kasut kulit coklat memang nampak stailo tapi bukan di mata lecturer. Beli warna hitam okey, dan please la pakai stokin.

Bab pakaian ni memang banyak percanggahan sebenarnya. Nak-nak bila junior baru tengok ramai je senior pakai tak ikut peraturan. Automatik junior pun tak nak ikut juga kan? Tapi nasihat akak, jangan terpengaruh dengan senior. Biar dia mati sorang, jangan kau mati sekali. Dibuatnya kena saman sebab salah etika pemakaian, bukan setakat rugi duit, tak pasal-pasal boleh kena demerit sekali. Dah buruk rekod disiplin ╮(╯▽╰)╭

Q: Perempuan tak boleh pakai kemeja ke pergi kelas?
A: Kalau kemeja lawa-lawa macam #ootd instafamous, tak boleh. Satu-satunya kemeja yang dibenarkan untuk perempuan adalah baju korporat. Itupun hari Selasa je boleh pakai (dengan seluar slack/skirt hitam). Hari lain WAJIB pakai baju kurung atau jubah sahaja.

Q: Kenapa KPM lain boleh pakai baju biasa pergi kelas tapi KPM Ayer Molek kena pakai baju kurung?
A: Dah peraturan kolej macam tu nak buat macam mana. Kalau tak suka pakai baju kurung, pindahlah ke KPM lain yang benarkan awak pakai baju biasa tu.

Q: Di KPM Ayer Molek wajib pakai tudung ke? (O_o)"
A: Ya, rasanya semua KPM memang wajibkan pelajar Islam pakai tudung sepanjang belajar. Jadi walaupun di rumah awak bebas free hair, tapi di KPM ni sila ikut peraturan ya. Beli la siap-siap tudung yang perlu sebelum masuk.

Q: Pakai mekap pergi kelas boleh? 
A: Boleh tapi mekap basic macam BB cream, compact powder, blusher cukup la. Lipstick pun kalau boleh jangan terang sangat. Kalau heavy make up yang lengkap dengan contour bagai tu, masa ada event besar boleh la pakai.

Q: Betul ke tudung bawal kena pin ke bawah? Shawl tak boleh pakai?
A: Tudung dulu memang wajib bawal yang pin ke bawah sahaja dan tak boleh pakai shawl. Tapi sekarang tudung bawal dah dibenarkan pin silang ke bahu dan shawl pun dah dibenarkan pakai dengan syarat tidak jarang dan kena labuh tutup dada.

Q: Boleh pakai kasut flat?
A: Boleh, takde masalah. Tapi seeloknya pakai yang bertumit 2 inci sebab nampak profesional sikit. Tapi kalau jenis tumit 4-5 inci, tu tak boleh. Pakai tinggi-tinggi nak gi mana karang tergolek jatuh tangga tak tahu XD

Q: Course DBS ni belajar apa je?
A: Ni pun ramai orang tanya. Akak pun tak pasti nak jawab apa. Tapi setakat tiga sem belajar ni, boleh dirumuskan yang kos ni banyak berasaskan teori. Jadi memang kena rajin membaca untuk ingat semua teori yang ada. Ada juga subjek kira-kira macam akaun tapi tak terperinci macam akaun budak DIA la. Kita belajar akaun basic je.

OUTING
Q: Masa outing boleh pakai baju biasa tak? Ke kena pakai baju kurung?
A: Pelajar perempuan - Pakaian outing sama macam pakaian pergi kelas. Maksudnya: pakai baju kurung/jubah, tudung, dan kasut bertutup.
Pelajar lelaki - Pakaian smart casual dan  juga kasut bertutup. Jeans tak dibenarkan.

Q: Kenapa pelajar lelaki boleh pakai baju smart casual tapi perempuan tetap kena pakai baju kurung atau jubah? Tak aci!
A: Sebelum ni pernah ada kebenaran untuk pelajar perempuan pakai baju biasa masa outing. Tapi ada yang salah guna pakai baju lengan pendek, legging ketat, baju jarang, so kebenaran tu ditarik balik. Sadis, kan? :(

Q: Jarak bandar dengan kolej dekat ke jauh?
A: Sedang-sedang je. Dalam 20-30 minit camtu untuk ke bandaraya Melaka. Bandar yg memang terdekat is Duyong, ada Klinik Kesihatan Ayer Molek kat situ. KFC paling dekat pula ada di bandar Semabok. (motif bagitahu pasal tu XD)

Q: Macam mana nak outing ke bandar?
A: Selalu kalau hari cuti, ada orang sewa bas Panorama datang ambil di kolej. Dia berhenti di dua tempat, Mahkota Parade untuk yang nak shopping tempat branded dan Melaka Sentral bagi yang nak beli tiket bas/pergi Tesco@Aeon. Kalau nak keluar hari biasa, cari la senior yang buat servis pinjaman kereta. Uber pun dah berlambak sekarang.

KEMUDAHAN
Senarai kemudahan yang ada kat asrama dan tak perlu student susahkan diri nak fiki r:

Bilik menggosok - Setiap aras ada 2 bilik menggosok, setiap bilik ada 4 seterika. Tapi kadang iron board camshial sebab senior-senior lepas banyak terbakarkan span board tu bongok betul
Water cooler - Coway nyah. Tapi ada kemungkinan next intake tak sempat guna kot sebab dengar cite dia nak tarik balik
Mesin air Dr. Sukida - Ni jenis mesin air yang 1 liter =10 sen tu. Tapi cuma ada 1 mesin je di kafe jadi kalau nak isi dalam tong air bawak naik asrama, sado la kau kejap
Water heater - Asrama perempuan sahaja. (Kalau tak rosak)
Pembakar roti (toaster) - Asrama perempuan sahaja. (Kalau tak rosak)
Microwave - Asrama perempuan sahaja. (Kalau tak rosak)
Mesin basuh layan diri di asrama - RM2 sekali guna. Tapi takde dryer yg keringkan baju sampai betul punya kering tu. Dia ada fungsi spin je.
Kedai koperasi - Macam 7-E la. Jual jajan, alat tulis, keperluan diri, dan paling penting, TOP UP!!
Kedai dobi - Sebelah koperasi, haaa kat sini ada mesin dryer baju tu. Baju rasa panas je lepas ambik. Bau pun wangi. Cuma kedut tu tahap Nauzubillah hahahah
ATM Bank Rakyat - Betul-betul depan pagar kolej. Terima apa-apa jenis kad MEPS.
Surau - Betul-betul dekat dengan asrama lelaki. Tapi kuantiti lelaki yang berjemaah kat sana macam dah pupus. Pelik.
Kafeteria - Western, masakan panas, makanan ringan, kedai fotostat, even mamak pun ada kat sini. Ada TV jugak.
Bilik TV – Kemain TV LCD tapi sayang Astro cuma jenis Njoi sahaja. Kalau nak tengok Sports, HBO, KBS, AXN, sila lepak di kafe atau library.
Gymnasium – Walaupun tak besar, tapi banyak la juga kelengkapan untuk akak dan abang yang suka sadokan otot tu. Ada jadual giliran untuk lelaki dan perempuan.
.
.
.
Okey tu dia senarai soalan-soalan yang selalu bakal student duk tanya di blog, Twitter dan Instagram. Harapnya berguna untuk sesiapa yang memerlukan. ❤

Sebelum berpisah, nah hakak payung satu gambar pasal asrama. Tapi asrama perempuan je la haha

Bilik kediaman, bilik menggosok, bilik pantri ;)
**gambar bilik kediaman tu kredit to one of my friends :)
.
.
Soalan anda tak tersenarai di atas?
Nak tanya soalan lain?
Klik mana-mana gambar kat bawah untuk DM atau tinggalkan je komen, okey :3



That's all for now. Kita jumpa sem depan. Assalamualaikum babai.

41 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)