Permulaan Hidup Baru

Assalamualaikum.

Yuhu~ Ada sesiapa di rumah?

Semestinya tak ada sebab ni rumah yang dah lama kosong. Terbiar. Terabai. Tak ada seaiapa jaga. Sedihnya. Hahaha *ironinya tulis sedih lepas tu gelak*

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga update blog. Selama ni tak update bukan sebab takde internet atau takde idea. Selalu je langgan data tiap-tiap bulan. Idea pun mencurah macam paip. Tapi tu la. Datang pula satu halangan bernama penyakit M. Malas la apa lagi, kan?

Tapi sekarang penyakit M untuk update blog macam dah kurang sikit. Sebab hati teruja untuk berkongsi sesuatu dekat sini. Nak tahu apa? Cer baca tajuk entri.

'Restarting Afresh'
Nama Melayunya, permulaan baharu.
Nama penuhnya, kisah seketul NaSa yang dah tutup buku lama yang cerita dia tak best tu dan kini sedang menulis satu pengembaraan baru dalam buku hidup beliau. Gituh.

Kisah dulu-dulu dah habis, bro and sis. Takde dah kisah sedih sebab gagal A-Level dan takleh fly. Lupakan juga rasa rendah diri sebab umur makin meningkat tapi masih bersawang kat rumah sementara kawan-kawan lain berhempas pulas sambung pelajaran (walaupun sekali imbas macam best je duduk goyang kaki daripada duk stres dengan assignment. Hahaha)



Tapi sekarang, musim bersawang di rumah dah habis. Dah masuk waktu untuk start enjin otak dan kembali belajar pula. Takde peluang nak sambung belajar di luar negara, kita boleh je sambung dalam negara. Apa susah? Bumi Allah luas. Rezeki ada kat mana-mana. Dan kali ni, rezeki aku terbuka untuk menyambung diploma dalam kursus Business Studies di Kolej Profesional Mara (KPM) Ayer Molek, Melaka. Dalam sejam dua je jaraknya dari rumah abang aku di sekitar Kem Terendak tu. Okey la, kan? Dapat peluang belajar, dekat pula dengan abang yang boleh tolong kalau ada apa-apa hal. Double triple quadruple rezeki tu. :D

Kadang-kadang kalau fikir balik, macam malu dan rendah diri juga sebab dah umur 21 baru nak sambung diploma. Kawan-kawan lain yang ambil diploma semua dah tamat, tunggu nak sambung degree. Yang memang dah pursue degree pulak ramai yang dah nak grad. Lain-lain yang tak sambung study pula ada yang dah kerja, ada yang dah kahwin beranak-pinak.

Tapi aku? Nama je pelajar cemerlang berderet A tapi last-last tersembam juga di kolej. Lol

Tak sangka benda yang selalu aku baca atau dengar kisahnya akhirnya jadi kat diri sendiri. Kisah pelajar yang cemerlang di sekolah menengah, tapi bila di kolej, result lebih hina daripada kawan-kawan yang dulu tak ada A masa SPM.

Balasan la tu.

Sebab siapa suruh lalai dan sombong masa belajar, kan? Jenis bangga diri bajet A-Level tu mudah macam SPM. Dan juga mentang-mentang la jauh dari family, ambil mudah je urusan agama yang merupakan asas jati diri Muslim. Kan dah setepek Allah bagi?

Ada orang kata membazir. Semua dari segi masa, wang, dan tenaga. Sebab susah payah belajar selama setahun setengah dalam kursus yang menelan belanja hampir RM70,000, tapi akhirnya kecundang. Tapi aku kata tak rugi apa pun.

Benda yang betul-betul merugikan adalah benda yang kau buat, tapi tak dapat satu hasil pun daripada benda tu. Dalam kes aku, walaupun aku gagal dan tak boleh terbang ke luar negara, tapi aku dapat PENGALAMAN. I mean bila lagi boleh bercampur gaul dalam masyarakat berbilang bangsa, belajar silibus yang takde dalam negara kita, speaking berterabur dengan cikgu-cikgu Mat Saleh, kan? Hahahaha... Macam mana pun, tak dinafikan yang dari segi duit, aspek tu agak membazir. Biasiswa kot. Duit zakat pula tu. Kadang-kadang rasa bersalah sangat. Sebab duit sebanyak tu kalau diguna untuk tolong orang lain, rasanya lagi banyak hasil yang boleh dapat. Insya Allah I'll do something to make up for it.

Buat masa ni, sabar je dulu dengan orang yang duk mengutuk mengata keluarga aku. Macam yang aku tulis kat atas 'Bumi Allah luas. Rezeki ada kat mana-mana'. Mungkin hari ni aku gagal, tapi InsyaAllah lain kali ada kejayaan yang menanti. Yang penting, jangan putus asa, sentiasa positif, dan selalu bersedia menempuh dugaan yang datang dalam hidup. *senyum*

Ikhlas,
NaSa.