Rawat Kulit Rosak Akibat Salah Produk

Assalamualaikum

Ever since aku terbitkan entri pasal kesan buruk Dnars Skincare haritu, ramai juga yang tampil berkongsi pengalaman pahit masing-masing lepas berhenti pakai produk tersebut. Rata-rata macam aku jugak, pakat kena rebound effect yang membuatkan muka jadi lagi teruk berbanding muka asal sebelum pakai sabun dan krim “ajaib” tu. Huhu boleh tahan ngeri gak kisah masing-masing sampai yang elok-elok tengah pakai Dnars pun jadi terpengaruh untuk berhenti sekali. Yang pakai produk lokal jenama lain pun sama. Takut punya pasal.

Dan aku sebagai salah seorang mangsa yang berjaya atasi rebound effect tu, dapat banyak jugak la soalan pasal produk apa yang aku pakai untuk pulihkan kulit sampai normal balik. Siap ada yang minta suggestion produk apa yang diorang patut pakai. Huwaa feeling sifu yang lawa jap bila orang tanya camtu hahaha walaupun sebenarnya aku cuma siput yang masih bergelut untuk mencapai target kulit yang betul-betul sihat… (—.—)"

But since I feel them macam mana sedihnya bila kulit rosak, so… from a sis to another sis, ni ada sikit sebanyak tips & langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kulit rosak akibat rebound effect. ❤

Langkah pertama, BAWA BETENANG. 

Ini penting tau. Ye tahu kulit dah rosak tapi stres, depressed dan meroyan bukan buat kau jadi makin lawa pun. Silap hari bulan hormon makin berkecamuk pastu lagi banyak jerawat naik huhu matilakau jemah. Lagipun orang yang mudah gelabah ni la yang selalunya dapat masalah lagi kronik berbanding orang yang tenang sentiasa tu. Sebabnya bila mudah panik, automatik dia jadi desperate nak sembuh secepat mungkin dan akan timbul la tabiat yang pantang dengar ada produk yang berkesan seawal cepat nak mampos, mesti dia beli. Banyak kes aku baca jadi macam ni. Pastu kalau produk tu tak jadi atau tak sesuai, cari produk lain pulak. Repeat benda sama sampai in the end, duit habis berkoyan-koyan tapi muka bukannya sembuh pun. Sebaliknya jadi makin sensitif dan nipis sebab selalu sangat bertukar produk. Kita tak nak la camtu so please stay calm dan buat research betul-betul sebelum beli apa-apa hokey?

Langkah kedua, REHATKAN MUKA DARIPADA SEBARANG PRODUK KECANTIKAN.

Erti kata lain, puasa la kejap daripada tempek apa-apa di muka tu. Bagi yang jenis gelojoh dan mudah excited nak try pencuci muka baru macam aku, 3-4 hari pun cukup dah. Tapi jika sabar itu sebahagian daripada iman anda, haa puasalah dalam seminggu dua gitu. Lagi lama lagi elok sebenarnya. Bagi kulit rehat dan bernafas dengan tenang di samping bersiap siaga untuk terima produk baru nanti. Jangan la harini kau berhenti pakai produk A, esok terus pakai produk B. Terkejut kulit nanti sia-sia je kau dapat makin banyak jerawat atau masalah kulit yang lain. Haa ayokk tak tahu. :P

Lepas tu baru ikut langkah ketiga iaitu BERTUKAR KEPADA PRODUK YANG LEBIH SELAMAT DAN TERJAMIN KEBERKESANANNYA.

Produk yang berkualiti semestinya yang diiktiraf oleh geng dermatologists sedunia huhu. Tak pun produk yang diformulasi sendiri oleh pakar kulit tu dan dijual eksklusif hanya di klinik-klinik diorang je. Contohnya macam klinik Dr. Ko. Harga memang Na’uzubillah tapi result dia selalunya Masha ALLAH. Bagi orang yang mampu, boleh la dapatkan konsultasi kat tempat macam tu. Tapi kalau bajet terhad macam aku, beli yang biasa-biasa di farmasi atau drugstore macam Guardian dan Watsons pun boleh asalkan produk tu terbukti dah dikaji dan diuji oleh geng dermatologists sebelum dijual. Bukannya sabun dan krim yang dibeli pukal dari kilang pastu ditukar packing dan didakwa tu produk dia sendiri #eh? (-..-)

Cumanya kalau beli di farmasi atau drugstore ni, kena pandai pilih la. Kadang jenama yang gah selalu keluar TV tu tak semestinya gah juga di kulit kita. Yang famous ramai orang pakai pun belum tentu buat muka kita jadi stok-stok famous juga. Contoh, ada orang pakai Safi muka dia jadi lawa. Tapi aku pakai Safi takde efek pun. Haaa jadi berhati-hatilah ya. Jangan tengok member pakai produk ni okey, terus kau nak pakai yang sama macam dia. Consider dulu keadaan kulit muka sendiri sebelum beli apa-apa. Lain orang lain jenis kulit tau. 

Masa kita rawat kulit muka dari luaran dengan tiga langkah kat atas, jangan lupa untuk rawat sekali melalui dalaman jugak. Tak susah pun. Bahkan kalau susah pun, buat-buat macam senang je la. Kata nak cantik kan. Antara cara-cara merawat dari dalaman…

MINUM AIR MASAK BANYAK-BANYAK

Dalam 3-4 liter setiap hari tu kira ideal la. Jangan over sampai berpuluh-puluh liter pulak. Nanti rosak buah pinggang. Kelebihan minum air masak ni, macam biasa ia mengekalkan kelembapan kulit, melancarkan sistem peredaran darah, membantu pembuangan toksin melalui sistem perkumuhan seperti kencing dan peluh, dan banyak lagi la yang kalau aku tulis pun korang takkan baca jugak sebab dah biasa dengar dari banyak tempat hahahaha.

Kalau nak kesan lagi mantap, amalkan minum AIR SUAM. Pergh yang ni memang membantu gila part glowing-kan wajah. Aku try amalkan selama dua minggu masa final exam haritu, jerawat memang kurang naik. Muka pun tak kusam dan berminyak macam selalu. Padahal masa musim exam tu disiplin diri memang kelaut. Tak jaga makan. Skip jadual suplemen. Muka pulak cuci pakai air paip je and kadang tu tidur tak cuci muka langsung hahaha. Tapi muka maintain kurang masalah sejak konsisten minum air suam tu. Terbaik ah. Boleh cuba nanti, k?

Seterusnya, DETOKS.

Sebenarnya minum air masak tu pun kira detoks dah tapi kalau nak singkirkan lagi banyak toksin dengan lebih berkesan, combine la dengan kaedah lain. Banyak cara boleh cuba. Antara cara semulajadi yang terkenal, minum teh hijau dan air lemon. Ada antioksida dalam tu yang kau boleh google apa fungsi dia sebab aku dah tak ingat dah kahkahkah. Nak lagi hardcore boleh makan bawang putih mentah dan minum air kunyit untuk bersihkan darah. Yang bawang tu aku dah cuba, rasa dia not bad la pedas-pedas sikit dan dia pun kurangkan alergi aku terhadap klorin air. Air kunyit je tak sempat buat lagi sebab rumah takde kunyit hidup. Tapi ada orang yang dah amalkan air kunyit tu and Masya Allah memang jerawat blackheads whiteheads dia semua hilang!! Jeles ai huhuhu…

Kalau rasa leceh nak bancuh teh hijau, perah lemon, cincang bawang, parut kunyit macam kat atas tu, melabur la sikit untuk beli suplemen yang khas untuk detoks. Banyak jenis ada. Tinggal beli dan rajinkan diri untuk amalkan je sebab kalau tak, lambat lagi la nak flawless jawabnya hahaha.

Last but not least, DAPATKAN ZAT-ZAT PENTING MELALUI DIET SEIMBANG???!!

Ironik sungguh aku pesan kat orang untuk amalkan diet seimbang ni. Sebabnya aku sendiri pun kelaut jugak bila masuk bab makan hahaha. Kelaut bukan sebab aku jenis pelahap yang makan semua benda tapi sebab aku ni sangat cerewet dan memilih dengan jenis makanan yang ada. Instead of tanya apa yang aku tak suka, orang kena tanya apa yang aku suka sebab senarai makanan dan minuman yang aku tak suka adalah sangat banyak. Which is why aku ni underweight dan kurus sampai orang tak percaya aku dah 21. -_-"

So… untuk topup zat-zat dan nutrien yang aku tak dapat melalui makanan tu, aku amalkan vitamin B, C, E Shaklee dan latest aku makan Olicandy. Ambik masa jugak baru suplemen-suplemen ni menampakkan kesan berjaya mengatasi masalah kulit aku tu. Kulit makin lembab dan kurang berminyak, jerawat kurang, parut pun pudar sikit. Very worth every penny spent. Tapi untuk sarankan agar korang makan suplemen yang sama, I’m not gonna do that sebab pakar kesihatan sendiri pun tak galakkan kita makan suplemen sebenarnya. Kata diorang amalan diet seimbang je dah cukup untuk bagi kita kesihatan luar dan dalam tapi tu la dah aku ni tak makan banyak benda nak buat macam mana. Terpaksa la ambik suplemen kang tak sihat langsung pulak. huhuhu

Tapi terpulang kat diri masing-masing nak amalkan diet seimbang ke ataupun vitamin dan suplemen. Kalau pilihan terbaik semestinya diet seimbang kan sebab kita tak tahu pun apa kesan jangka masa panjang suplemen ni kat kita sebenarnya. Nak amalkan dua-dua? Kalau yakin mampu berdisiplin, silakanlah.

Oh ya, masa mula-mula amalkan detoks dan suplemen ni, healing crisis seperti jerawat naik dengan banyak adalah perkara biasa sebab itu tandanya tubuh tengah singkirkan toksin dari tubuh kita. Simptom lain macam pening kepala, sakit perut, loya pun kadang ada jugak bergantung kepada keadaan badan masing-masing. Banyakkan minum air dan berehat hokkey…

Products review will be coming SOON. Masih belum cukup rajin nak menaip sekarang lol *peace*

Sebarang soalan boleh tinggalkan komen atau contact via Twitter. Ai lebih aktif di sana muahahahaha~

Assalamualaikum.

139 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

Fasa Muka Paling Tak Best Dalam Hidup

Assalamualaikum

Sebelum tu maaf ya entri agak panjang dan gambar pun mungkin keterlaluan sikit. Saja hari ni nak kongsi pasal pengalaman diri sendiri sepanjang mengalami & mengatasi rebound effect ni. Fufufu baru aku tahu macam mana rasanya hidup bila kulit muka rosak ni. Susah juga nak kuatkan diri dari segi mental dan emosi. Ya la sape je yang tak sedih bila muka "pecah" kan? Insecure gila vavi kot nak berdepan dengan orang ramai.

Asal-usul kulit rosak ni aku pernah cerita dalam entri lepas. Tapi untuk recap balik, ia bermula lepas aku berhenti pakai satu produk lokal nama Dnars Skincare ni. Katanya mengandungi "bahan semulajadi", tapi lepas pakai untuk satu jangka masa lama, muka jadi teruk. Lepas berhenti pun sama je muka jadi makin teruk. Entah celah mana semulajadi entah.

12/09/2014, masa awal-awal pakai Dnars. Nampak lawa je harapan palsu yang dia bagi ni.

Tapi masuk je April 2015 (kira-kira lepas dua bulan berhenti pakai Dnars), jerawat slow-slow membiak di pipi dan dahi. Yang selalunya hilang lepas seminggu, dia dah bermutasi. Dari seminggu jadi dua minggu, tiga minggu, hatta dah masuk masa berbulan pun, jerawat-jerawat ni tak hilang. Makin banyak dan besar ada la.

13/05/2015, jerawat dari bulan April sampai ke masa ni tak surut-surut, ko ghasee?? :'(

My sister said it's resdung, my momma said it's allergy sebab aku kuat melantak seafood, and I was all like a-ca-scuse me my favorite seafood is innocent, okay? Doploh tahun hidup mana pernah aku alergik dengan seafood. Resdung pun aku takde so jerawat masa tahun ke-21 ni pun definitely had nothing to do with those.

Memandangkan masa ni aku tak kenal lagi rebound effect tu apa, so husnudzon la ingatkan tu jerawat period. Kebetulan masa tu pun tengah ada masalah sembelit jadi mungkin toksin dalam usus tu yang buat jerawat makin banyak. So aku pergi la klinik ambil ubat. Sambil tu teruskan makan vitamin B, C, dan E Shaklee dan minum air 4-5 liter sehari. Tapi peliknya, walaupun period dah habis, sistem pelawasan dah lancar, vitamin tak miss, air pun berliter-liter sehari, jerawat tu tetap takde tanda nak surut. Like so pelik apahal vitamin takde kesan sedangkan ekzema aku haritu elok je kudis sembuh & parut pun takde?

Reaksi aku, gelabah biawak of course sebab lagi berapa hari je kot nak masuk kolej (daftar 23/6/2015). Batchmates nanti mesti lawa-lawa punya so kalau aku masuk dengan muka gini, rosak la keyakinan diri. :(

Mula-mula rasa nak je ajak abah jumpa pakar kulit. Tapi bila kira balik jerawat yang ada, takde la teruk macam pesakit kronik New York Skin Solutions pun. Daripada susahkan abah spend duit, baik simpan buat bayar yuran buku nanti. So, aku cancel niat & ambil alternatif buat research sendiri di internet. Siap follow twt_kecantikan di Twitter lagi huhu.

Banyak tips & suggested product yang aku dapat untuk atasi jerawat-jerawat tu. Tapi sebab takde duit, semua tu masuk wishlist je dulu. Natural remedies yang murah & senang nak buat je yang aku try. Antaranya:

  • Makan bawang putih – cuci darah biar jerawat hilang dari dalam. Dua tiga ulas sehari aku bedal lol
  • Masker kunyit - nak hilangkan parut tapi tak jadi pun. Muka je kuning
  • Masker putih telur + madu – untuk tarik whiteheads & blackheads keluar tapi takde perubahan ponnnn
  • Sapu tea tree oil – berkesan kecutkan jerawat tapi kalau dah jerawat nak naik tu, dia naik jugak. :(

I even took some aloe vera plants from my aunt’s house and minta abah tolong tanamkan biar ada sumber pokok lidah buaya kat rumah untuk aku tempek ke muka. Tapi sayangnya masa dah suntuk sangat. Tahu-tahu dah kena bertolak pergi Melaka.

Maka ber-huhu-lah aku di KPM Ayer Molek dengan muka yang merah macam tomato. X(

12/07/2015, Kem Ibadah. Rahmah yang kat sebelah tu haha sorry aku censor muka kau.

Add another 2 months, it obviously got worse. From small zits to larger ones, walau selfie pakai kamera depan siap pasang filter beauty effect level 10 pun tetap nampak tompok merah tu. Padahal kalau muka dulu elok licin je lepas pakai filter. Halusss macam kepala Harith Iskander dalam iklan NescafĂ©. –-"

Lebih burukkan keadaan bila kulit aku rupanya cannot go dengan klorin dalam tangki air asrama. Mula-mula tak perasan sangat yang muka aku akan jadi especially merah setiap kali lepas mandi/cuci muka. Aku cuma rasa muka aku ada gatal-gatal je. Tapi bila ada dormmate tegur and jerawat tu pun makin lama makin besar dan banyak siap merebak ke kawasan rahang, okey ni bukan gatal biasa. Ini alergik. Selama ni time kat rumah memang la kondisi jerawat aku terkawal dan takde masalah sebab paip rumah pakai air telaga. lol

15/07/2015, nah close range punya aku bagi. Sorry menjijikkan sikit. 

Most of the times, semua jerawat ni memang gatal nak mati sampai aku rasa nak je garu muka pakai kertas pasir. (-.-") And disebabkan jerawat rare di kawasan rahang tu jugak, aku sangat bermasalah setiap kali nak pakai tudung. Langsung tak boleh pin bawah dagu tu ketat-ketat sebab nanti tertekan jerawat tu dan aku akan rasa sakit. Pakai telekung solat pun sama takleh tarik tali tu sampai ketat di muka. Pedihs pipi ai. T_T Sebab tu tudung aku time sem satu dulu sakai manjang. Selebet sana, gelembung sini. Dah aku pin longgar memang la angin senang nak masuk lol. Tapi even lepas jerawat di rahang tu surut pun aku tetap sakaikan tudung jugak. Dah muka rosak nak melawa apanya? Buang masa je. *low self-esteem alert!!!*

Selain sakaikan diri sendiri tu, aku juga ada satu lagi hobi baru iaitu jengah farmasi. Memang Watsons, Guardian, & farmasi Caring di MPDP tu dah jadi tempat-wajib-pergi setiap kali aku outing. Niat hati saja nak usya kot-kot ada item dalam wishlist aku yang tengah sales. Tapi promoter kat situ pulak bermasalah. Suka tarik-tarik orang suh tengok produk dia yang mahal Na'uzubillah tu. Pastu selamba badak je komen “muka aku ni macam tu… macam ni… kena pakai benda tu... benda ni…” Aku senyum je tapi dalam hati rasa cam “Eee aku tampar jugak Cina ni karang”. Suka hati je buat aku makin tak yakin dengan diri sendiri. :'(

Since takdak duit nak beli produk promoter tu, aku ambil Cosmoderm je cukopp... Murah pun asalkan sesuai dan berkesan merawat luaran dah bagus dah. Untuk dalaman, aku teruskan makan vitamin Shaklee siap seludup bawang putih masuk asrama. Malam-malam cincang dan telan membuatkan roommate aku rasa pelik and I don’t know, maybe jijik sikit kot. Ah lantak engkau bukan aku makan sampah pun. (-..-)

HIDUP BAWANG PUTIH!! *tiba-tiba*

Selain amalkan produk farmasi & suplemen ni, patutnya pemakanan pun kena jaga. Kurangkan makan pedas, berminyak, bergoreng pejadah tu. Tapi aku tak mampu sebab I'm a spicy-food addict. Lagipun duk asrama mana ada banyak pilihan makanan sihat. Yang mampu aku pantang, kurangkan ayam dan lebihkan ikan. Ikan pula bukan ikan biasa tapi ikan keli uolls. hahaha... Walaupun aku takde resdung yang alergik ayam tu tapi entah, aku tengok lepas makan ikan je keje haritu, muka macam ada perubahan sikit compare dengan masa melantak ayam dulu. Tapi tak tahu sama ada tu sebab protein ikan atau tu cuma placebo effect sebab ikan keli kan favorite aku. Mana tahu otak saja buat-buat muka nampak makin pulih sebab nak suh aku beli ikan keli hari-hari. XD

Tapi yang pastiiii... selepas penat try and error dengan produk itu ini... akhirnya kesan pun nampak la...

12/11/2015, mostly parut je yang tinggal yeayyy!!! \(^-^)/
**takde edit eh.. semua gambar HDR and no-filter**

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab akhirnya sembuh jua walaupun sebenarnya ada rasa kelakar sikit sebab dah habis sem baru nampak lol. Tapi okey la tu daripada tak berubah langsung kan. At least boleh daftar masuk sem baru dengan keyakinan sikit. Serius takleh bayang kalau dah masuk sem dua pun muka duk rosak lagi angkara Dnars Skincare tu. Rasanya memang hari-hari aku nangis kat KPMAM sana.

Secara kronologi...

1: masa tengah pakai Dnars, 2: lepas berhenti pakai Dnars, 3: lepas tujuh bulan berusaha untuk pulihkan balik kulit

**Ya aku memang rajin rekod keadaan kulit dari semasa ke semasa ni. Terima kasih :D

No thanks to Dnars Skincare, I wasted 6 months of my life untuk setia dengan dia tapi bukannya kulit makin lawa pun. Sebaliknya kena luangkan lagi 7-8 bulan sebab nak pulihkan balik kulit muka yang rosak sebab dia. Kalau ditotalkan, SETAHUN lebih masa aku terbuang. Bukan sekejap tau? Kalau aku kahwin masa tu mesti sekarang lek-lek dah dapat anak sorang. Eh?? hahaha

Tapi takpe la. Benda dah lepas. Muka dah sembuh. Pengajaran pun dah dapat. Lain kali jangan mudah sangat terpengaruh dengan iklan produk yang konon berkesan dalam masa seminggu dua tu. Agenda Yahudi je semua tu lol. Sekarang, kita fokus ke arah hilangkan parut pulak. Banyak masa lagi ni sementara menunggu habis cuti sem. huhu

Lagi satu Insya ALLAH nanti aku review produk yang aku pakai untuk atasi rebound effect tu satu persatu kat sini. Mana tahu kot boleh bantu orang yang ada masalah sama kan. Buat masa sekarang ni kena kumpul kerajinan untuk menaip je. Huhu (^^)v

Assalamualaikum.

5 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

Review : Dnars Skincare Rosakkan Muka?

Assalamualaikum

Aku tak pasti la pendapat orang lain pasal produk ni macam mana tapi kalau berdasarkan pengalaman diri aku sendiri, tajuk entri ni adalah sangat betul lagi dapat 10 markah penuh. Sia-sia setia sampai berbulan-bulan tapi bukan kesan yang diingini tu aku dapat, tapi masalah sedia ada yang bertambah buruk. :'(

Menyesal? Gila-gila.
Dah dapat pengajaran? Memang takkan percayakan local skincare lagi dah.

Oh dan juga tak percayakan Safi.

You see, aku ni asalnya pengguna tegar Safi Balqis. Dari akil baligh to sekolah menengah to KYUEM dulu, memang Safi je yang bertakhta di hati. Siap sanggup beli full set lagi rangkaian Safi Balqis Perfect 10 tu sebab nak cerah sempurna lepas dua minggu macam Shila Amzah duta dia masa tu. Konon. Last-last semua masuk tong sampah juga sebab entah kenapa Safi macam dah imun kat aku. Apa-apa yang aku pakai, semua takde fungsi. Bahkan kulit muka aku jadi makin kusam. Kalau banding muka dengan tangan, terang-terang tangan lagi cerah dari muka. Like wadefish?!

24/11/2013, ikut rombongan Arabic Fellowship Club pergi Zoo Negara for free lol. Cerah sempurna lepas dua minggu sangat kann... padahal dah dekat 12 bulan guna pun muka tetap emm... –.-"

Sebab kecewa dek Safi la aku terjebak dengan Dnars. Tiba-tiba je kan. Padahal as a skeptical person, jarang aku terpengaruh dengan produk lokal macam ni. Tapi tu la... last-last 'ter'buang tabiat jugak lepas terpengaruh tengok adik aku sendiri pakai dan berkesan. Lagipun masa tu (Julai 2014) bulan puasa so iklan produk ni memang banyak gila di radio time nak azan Maghrib. Terpengaruh + serabut, tu yang aku terbeli sekali tu. Nak try mana tahu keberkesanan dia sama macam orang iklan tu duk gebang, ada la rezeki beraya dengan muka flawless. But turned out, BAD DECISION.

Mula-mula beli Set Normal tapi rupanya kulit aku sensitif tu yang kena beli balik Set Jerawat tu -.-"

Both set ada sabun susu beras, krim malam, dan krim siang. Cumanya set Normal rare sikit sebab ada sabun kolagen. Selain dua set ni, item Dnars yang aku pakai adalah toner, krim kunyit, & Magic Gold Foundation. Tapi tiga benda ni sibbaik aku tak beli. Adik aku kasi sebab masa tu dia part-timer di kilang pembungkusan Dnars. Diskaun pekerja kemain banyak tapi beli tak pakai pun. Kakak dia juga yang jadi mangsa :(

Aku tak ambik sendiri gambar foundation tu so maap la terpaksa kasi yang Google punya.
Abaikan watermark. Tu link blog lama sebab ingat nak review produk ni haritu tapi macam takde kepentingan. Lepas kulit rosak baru terfikir betapa pentingnya aku kongsikan pengalaman kat sini biar takde yang tertipu.
Mula-mula pakai memang okey. Siap cop favourite item lagi iaitu sabun beras dan krim siang sebab both berjaya kurangkan masalah muka berminyak dan kulit kusam. Segala mak nenek sunburn yang aku kumpul masa hari sukan sekolah dan berjemur di court volleyball di KYUEM dulu pun hilang. Dalam 2-3 minggu camtu dah boleh nampak muka makin sekata dan halus sikit-sikit. Least favourite item masa ni cuma toner dengan krim malam sebab dua-dua bau kuat menyucuk hidung dan tak membantu hilangkan masalah apa-apa pun. Toner tak kecilkan pori muka dan krim malam pula buat tambah minyak ada la.

13/08/2014 versus 12/12/2014, approximately 4 months after.
Ha senyum la senyum. Padahal kulit muka dah rosak tak sedar.
Macam yang aku cakap, suka tu masa mula-mula la. Masuk bulan keenam, bila cahaya hidayah dah mula menerangi hati, semua benda tu (kecuali krim siang) dah jadi least favourite item aku. Sebab apa?

  • Sabun beras tu rupanya mengakis. Cerah memang cerah but at the same time kulit aku nipis. Mudah je merah kalau kena matahari. Sibbaik aku jenis tak banyak berjalan dan duduk rumah manjang so tak teruk sangat. Lagi satu, walaupun dah lama pakai tapi jerawat duk naik tang tu jugak. In fact lagi besar dan merah berbanding jerawat yang naik sebelum aku pakai Dnars dulu.
  • Krim kunyit yang kononnya boleh hilangkan parut jerawat tu bukan buat kerja tapi menambah kepada masalah sedia ada. Elok-elok muka takde whiteheads tapi lepas pakai bendalah ni, whiteheads besar-besar mula bertimbun di area hidung dan dahi aku. Seksa jemah nak cabut satu persatu dengan tweezers yang buat cabut kening tu. Sakit memang sakit tapi nak buat cemana takde duit nak buat extraction di spa. T_T
  • Magic Gold Foundation langsung tak magic sebab bukannya buat kulit halus dan tampak flawless seperti didakwa tapi menyumbat pori muka dan buatkan kulit aku tumbuh lagi banyak jerawat. Pfft…
  • Sabun kolagen? Entah dah la tak banyak buih lepas pakai pun kulit rasa kesat semacam je. Maybe dia okey sikit daripada sabun beras tapi aku jarang pakai sebab takde expectation so aku tak tahu sangat.

Disebabkan masalah demi masalah makin mendatang, aku buat la keputusan untuk berhenti pakai Dnars. Masa tu sekitar Februari 2015 tak silap. And tak fikir pun akan ada kesan buruk ke apa sebab owner pun kata Dnars ni dibuat daripada bahan semulajadi kan. Sebab tu aku selamba je bertukar kepada Cetaphil.

But guess what happened after I stopped?

Rebound effect yang boing boing boing teruk gila vavi.

Apa benda rebound effect? Baca kat sini.

Yang aku sendiri faham, rebound effect adalah kesan yang timbul lepas kita berhenti menggunakan sesuatu produk. Ada dua kemungkinan:

1. Kita akan balik kepada keadaan asal sebelum kita pakai/makan sesuatu produk tu.
2. Kita akan jadi lagi teruk berbanding keadaan asal sebelum kita pakai/makan sesuatu produk tu.

Dan aku kena yang nombor dua tu.

Effect #1 naik jerawat batu. Tapi kalau dulu dia naik sebijik dua, lepas berhenti pakai Dnars dia naik setompok terus. Both di kiri kanan pipi pula tu.

15/07/2015 : Nak nangis rasa tengok muka jadi lagi teruk daripada asal hanya sebab berhenti ni. Dah la baru masuk kolej kau tau T_T

Effect #2 – kulit muka kembali kusam. Macam keadaan masa aku masih pakai Safi dulu. Tapi bezanya kusam kalini termasuk dalam kategori hangit sikit. Sebab kulit muka dah nipis kan, memang mudah gila sunburn. Jangan kata tangan yang jauh tu je, leher aku yang betul-betul bawah kepala ni pun lagi cerah dari muka. :X

Merah masa tengah syiok pakai Dnars hujung tahun lepas. Hitam masa tamat JPAM haritu. Nampak tak jauh beza warna kulit semasa dan selepas berhenti pakai tu?
**Btw sorry Syera and Zati aku censor muka korang lol XD
***Masa tamat JPAM tu jerawat dah pulih sikit tapi gelap kusam tu je yang duk hado jugak lagi kat situ. Pakai sunblock pun sunburn jugak? lahaiii

Memang rasa dikhianati gila bila kulit jadi macam ni hanya lepas dua bulan berhenti pakai produk tu. Ingatkan ikhlas nak tolong muka orang. Tapi buruk siku. Teruskan pakai ke, berhenti ke, sama je jadi teruk. Kalau tahu awal-awal baik takyah pakai langsung. Baik setia dengan Safi je dulu. Kusam pun kusam la asalkan jerawat tak teruk sampai macam tu. -.-"

Of course, ini pengalaman aku sendiri sebagai pengguna. Takde niat nak jatuhkan bisnes orang ke apa. Orang sponsor suruh kutuk-kutuk pun takde. Aku sendiri yang beli, pakai dan menderita. Tapi tak tahu la kot aku sorang je yang tak sesuai dengan produk ni. Kalau ada yang pakai dan okey dengan produk ni, teruskanlah. Yang aku tahu, ni memang kali pertama & terakhir aku akan pakai produk lokal yang macam ni. Lepas ni jangan harap la. Pakai produk farmasi lagi bagus.

Update:

Since ramai yang tanya macam mana keadaan muka aku sekarang, so here it is.

Freshly captured as at 8/12/2015
*HDR effect, no other filter*

7 bulan (April-November) masa aku ambil baru dapat hilangkan semua jerawat durjana tu. Sekarang ada saki baki parut je yang nak dihapuskan. Kalau ada yang nak tahu aku pakai produk apa untuk sembuhkan balik kulit muka ni, Insya Allah aku akan update satu persatu soon. If there's any question you'd like to ask, do drop a comment below. Thanks.

Assalamualaikum.

190 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

Giveaway Disember 2015 Cash RM500





Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


3 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

KPM Ayer Molek Pilihan Paling Molek? (Part II)

Assalamualaikum.

Ini sambungan part one haritu. Tapi bukan pasal tempat lagi. Sebab kat sini cuma ada kursus Accountancy (DIA) dan Business Studies (DBS) je, tak banyak sangat la tempat yang boleh dijelajah dan dikomen, kan? Cumanya kalau hari tu soalan dia apa rasa hidup satu sem di KPMAM, hari ni soalan dia lebih spesifik.

Apa rasa hidup sepanjang satu sem dengan batchmates yang bermacam-macam ragam?

Jawapan jujur, ada masa best, ada masa buat aku nak lempang semua orang di kiri kanan pipi. Kalau jawapan tipu, everything’s okay. I like it here. Tapi kalau jawapan nganjing, hidup dengan diorang memang best gila babi. Haaa pilih la jawapan mana kau nak. XD

Let’s start with le room 344, bilik kedua aku pernah duduk dengan 3 orang roommate dari lain-lain negeri. Sorang Selangor, hipster. Sorang Negeri Sembilan, anak mak. Sorang lagi Melaka, suka balik rumah. Mentang-mentang rumah dekat lol.

Kiri Ily (N9), tengah Azeera (SEL), kanan Syahirah (MEL). Paling tinggi senyum tak seberapa tu aku.

Muka roommates semua muda-muda sebab memang diorang muda lagi. Masih fresh 18. Aku sorang je yang dah masuk 2-series. Gap umur phewww… Tu yang masa memula kenal aku insecure banyak. Tambah pula aku masuk KPMAM ni tome muka tengah alami fasa paling tak best dalam hidup; alergik terox lepas berhenti guna satu produk lokal yang konon semulajadi ni. Merah satu muka dengan jerawat batu buatkan aku rasa sangat rendah diri gila babi. FUCK produk lokal sampai bila-bila. :(

Masa Minggu Silaturahim (MISRA) a.k.a orientasi, selalu la 4 orang ni berkepit time sahur & berbuka. Sebab belum kenal orang lain lagi kan. Bila dah start kelas baru koleksi kawan tu meluas. Tapi geng lepak selalu muka-muka kat bawah ni je. Geng bilik sebelah-sebelah.

343 dan 344 bergabung membentuk geng gosip, makan, movie night, ngeteh, dan sebagainya,

As I’m the eldest, semua pakat panggil aku kak yong. Tapi kelakarnya, panggil je la. Time bercakap semua “kau-aku”. Memang takde sorang pun kat sini panggil aku kakak. Which I don’t mind sebab aku sendiri tak galakkan orang panggil aku macam tu. Geli den. Rasa tua & terlalu formal. Lagipun “kau-aku” camni pun dah kena kutuk belakang, inikan pula kalau berkakak-kakak. Lagi teruk orang kutuk belakang sebab tak berani luah rasa tak puas hati tu depan-depan. huhu... Sebab tu aku tak faham kenapa setengah perempuan marah sangat orang tak panggil dia kakak. Padahal eleh jarak umur setahun dua je pun. Dan ingatlah manusia, respect is earned if your attitude is right. It cannot be demanded just because of your age. Lol

Next, sembang homeroom pulak.

Bendalah ni sangat famous masa MISRA. Kalau tempat lain macam group tutor-tutee la kot. Selain kebersihan & ketepatan masa, benda ni la yang fasi akan tekankan. Memang selalu sangat la depa ni jerit; ‘BERKUMPUL IKUT HOMEROOM!!’ sepanjang MISRA tu. Penting tahap satu homeroom tak cukup ahli, semua homeroom kena sound.

Tapi blergh… Stres jemah. Baru masuk kot. Aku sendiri pening lalat lagi macam mana aku boleh ada kat KPMAM tu, ni dia suruh cam muka ahli-ahli homeroom pulak. Kalau jenis lawa/hensem gila sampai tengok bayang pun dah kenal, takpe. Ni semua sepesen je dalam lautan budak sem satu tu. Selenge je masing-masing pakai tudung hitam/rambut sikat rapi. XD

Andradite :)

Homeroom ni gabungan budak-budak DIA dan DBS yang diketuai seorang lecturer sebagai advisor. Nak membentuk satu family yang boleh support each other katanya. Tapi so far, aku belum nampak lagi apa faedah homeroom ni. Macam tak berfungsi je. Agaknya sebab baru sem satu, masing-masing ada yang segan lagi tu yang dekat tapi jauh je semua orang. Kena pulak advisor kitorang dan-dan start cuti bersalin lepas kitorang habis MISRA. Dia punya timing... Sangat wow! XD

Disebabkan aku tak nampak apa faedah homeroom, aku try la cari apa masalah homeroom ni. Banyak jugak rupanya. Rata-rata homeroom ada yang advisor kekadang lupa(?!) nak ambik berat. Ahli homeroom pulak ada yang racist terhadap ahli dari course lain (DBS, DBS. DIA, DIA). Ironinya ahli yang sama course pun ada tak suka each other. Pendek kata macam takde rasa family la. Rasa macam kena paksa je berkumpul setiap pagi Jumaat pukul 10.30 sampai 11.00 tu. Tapi… suka atau tidak, homeroom tak boleh ditukar dan pelajar wajib setia sampai grad. Deng! Tapi lama-lama nanti okey la tu kan. XD

Tapi walaupun homeroom tak boleh ditukar, ada satu benda yang boleh ditukar.

Kelas.

DBS 1B. \(^.^)/

Nak bertahan habiskan satu sem dengan diorang, macam-macam carutan pernah keluar. Stres dengan perangai masing-masing. Kadang baik, macam malaikat. Siap bertepuk tampar dah macam best friend forever after. Tapi time tanduk keluar, syaitan pun kalah. Lelaki ah lebih-lebih. Sentap classmate perempuan sampai menangis siap left group whatsapp kelas. XD

Tapi rasa tak legend pulak sebab baru 30 orang berkumpul aku dah pening kepala. Lembik sangat. Budak IPT lain ada lagi ramai kot classmates berbanding aku tapi elok je survive. KECUALI time group assignment sebab IPT yang takde masalah masa group assignment tu bukan IPT namanya. Tu tadika. Dan sape yang takde rasa stres sampai nak menangis time group assignment, besar kemungkinan dia la orang yang paling tak buat kerja dalam group tu. Bala, bala... Hahaha

Sem depan ada kebebasan untuk pilih sendiri nak masuk kelas A, B, C, @ D. Based on siapa cepat dia dapat. Tapi kena make sure dah bayar yuran habis dulu (kot). Aku rasa macam nak try masuk kelas lain, saja nak tukar angin cari pengalaman duduk dengan orang baru. Tapi takut tak kesampaian pulak hasrat sebab kalau ikut sejarah lama, student majoriti akan pilih kelas yang sama macam sem lepas. Buatnya semua dah berpakat dengan geng masing-masing nak penuhkan kelas lama macam dulu memang tak mampu la den nak tukar citarasa. Huhu

Tapi rasanya last-last aku akan masuk kelas B jugak kot. Malas fikir panjang punya pasal. Kalaulah ada pilihan masuk kelas E, kan best? XD
.
.
.
.
Update: Anda bakal pelajar KPMAM? Sila rujuk entri Soalan Lazim Pelajar Baru KPM Ayer Molek untuk dapatkan maklumat lanjut pasal KPMAM :)

Till then,
Assalamualaikum.

11 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

KPM Ayer Molek Pilihan Paling Molek? (Part I)

Assalamualaikum.

Tips untuk menarik minat pembaca: letak tajuk berunsur provokasi.

Lol gurau. Entri ni adalah follow-up kepada entri bulan April haritu. Sepatutnya ditulis sejak lepas habis orientasi lagi tapi dasar pemalas, walau dah beli 70GB kuota wifi di kolej pun tetap takkan tulis. Bila dah balik rumah, takde internet baru nak terhegeh-hegeh. huhu

So, apa rasa hidup sepanjang 1 sem di KPMAM (singkatan kolej dibaca ‘key-pi-mam-pus’)?

Yang aku boleh cakap, not bad la. Duduk di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang di kiri kanan kolej cuma nampak pokok kelapa saaaaaawit manjang, rasa hijau & tenaaang je otak. Godaan duniawi yang buat diri nak lepak, bazirkan duit dan malas study pun kurang. Sebab jiran terdekat pun cuma akademi JPJ & pusat serenti, bukan macam kolej lain yang dekat dengan mall etc. Agaknya sebab tu kot KPMAM ramai 4 flat. XD


Malam-malam boleh dengar anjing mengaum menyalak kat ladang belakang tu. Woof woof... XD

Bukan nak nganjing tapi hakikat. Hidup kami di KPMAM memang diselubungi kehijauan flora dan fauna. Sebab tu bagi jenis bandar yang manjang takleh hidup tanpa fastfoods, Starbucks, wayang etc, poket kena tebal. Weekend boleh sewa bas Panorama pergi Mahkota Parade/Dataran Pahlawan. Tapi tak cakap kat yang bandar je la sebab aku yang kampung ni pun selalu juga tebalkan poket bila ada sudden craving pejadah tu. (n.n")

Selain lokasi yang unik, asrama pun best kat sini. Well… puji la sebab dapat asrama baru kan. Gila kau tak seronok dapat bilik lagi luas. Tapi sebagai orang jauh, aku paling suka part tak payah bawa water heater dari rumah. Sebabnya asrama dah sediakan siap-siap di bilik utiliti. Siap bagi microwave & toaster lagi. Amboi... :)

So far so good. Kalau ada kureng sikit pun cuma sebab takleh bawa extension cord (asrama lelaki je boleh -.-), bangunan asrama ada 4 aras, semestinya takde lif dan semua pelajar sem satu WAJIB duduk di aras PALING ATAS! Bukan nak komplen tapi fuhhh hari-hari turun naik tangga botingkek-tingkek memang sado kejap otot kaki kahkahkah

Laman asrama Tun Teja yang selalu jadi pilihan siswi untuk wefie dengan BFF atau selfie OOTD.

Look at the furniture's colour, ORANGE! ❤

Sibbaik bukan double decker. Buatnya dapat katil atas nanti satu kerja nak panjat memanjat. Dah la aku tinggi. Seriau takut terpancung dek kipas siling kat atas lol. Setiap bilik maximum ada 4 orang ahli jadi tak la sesak sangat. Privacy pun masih terjamin. Kalau di KPM lain aku dengar sampai ada yang enam sebilik. huhu kalau roommates semua jenis muafakat takpe. Tapi kalau tak sebulu, tak tahu la. Yang berempat ni je pun dah macam-macam karenah nak kena menghadap. Pening kepala ai

My favourite moment, bila gerombolan askar kucing datang tunggu bawah meja dan pandang kita dengan bijik mata yang besar :3
Situasi biasa di kafe hatta mana-mana kedai makan. Pantang tengok orang tengah suap nasi. --" Tapi ni dulu, masa awal-awal masuk. Sekarang kucing tak ramai dah. Admin dah upah orang untuk tangkap & buang diorang ke tempat lain. Dengan kucing surau favourite aku sekali kena. Sedih aku. Takde dah teman bermain time kelas Amal Islami :(

Untuk hilangkan sedih di hati, kita jalankan la hobi perempuan iaitu makan.

4 kedai nasi, 1 kedai burger & 1 gerai roti canai, fulamak banyak sangat pilihan makanan yang ada. Rasa macam hari-hari nak breakfast, lunch and dinner di kedai yang berlainan. Nasib perut kecik tak boleh makan banyak (tipu) so niat tak tercapai. :( Lagipun elaun MARA RM300 tu cukup-cukup untuk sebulan je. Tak boleh ikut nafsu perut sangat kalau tak nak minum air Coway je for the rest of the month. Kalau RM3000 lain la cerita. kahkahkah

Lucky for us though sebab ada satu kedai ni macam faham je yang students ada bajet terhad. So diorang bermurah hati jual nasi goreng dengan harga singgit. Jimat belanja untuk dinner. Tapi kena turun awal sebab kalau tidak, line panjang sampai masuk kedai orang lain. XD Popular benau sebab singgit-singgit dia, kuantiti banyak sampai kenyang membuncit kot. Atau mungkin tu kenyang air sebab nasi tu serius sangat pedas. hahahaha
.
.
.
.
Update: Anda bakal pelajar KPMAM? Sila rujuk entri Soalan Lazim Pelajar Baru KPM Ayer Molek untuk dapatkan maklumat lanjut pasal KPMAM :)


Assalamualaikum.

19 comments :

Post a Comment

Share your thoughts here :)

Permulaan Hidup Baru

Assalamualaikum.

Yuhu~ Ada sesiapa di rumah?

Semestinya tak ada sebab ni rumah yang dah lama kosong. Terbiar. Terabai. Tak ada seaiapa jaga. Sedihnya. Hahaha *ironinya tulis sedih lepas tu gelak*

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga update blog. Selama ni tak update bukan sebab takde internet atau takde idea. Selalu je langgan data tiap-tiap bulan. Idea pun mencurah macam paip. Tapi tu la. Datang pula satu halangan bernama penyakit M. Malas la apa lagi, kan?

Tapi sekarang penyakit M untuk update blog macam dah kurang sikit. Sebab hati teruja untuk berkongsi sesuatu dekat sini. Nak tahu apa? Cer baca tajuk entri.

'Restarting Afresh'
Nama Melayunya, permulaan baharu.
Nama penuhnya, kisah seketul NaSa yang dah tutup buku lama yang cerita dia tak best tu dan kini sedang menulis satu pengembaraan baru dalam buku hidup beliau. Gituh.

Kisah dulu-dulu dah habis, bro and sis. Takde dah kisah sedih sebab gagal A-Level dan takleh fly. Lupakan juga rasa rendah diri sebab umur makin meningkat tapi masih bersawang kat rumah sementara kawan-kawan lain berhempas pulas sambung pelajaran (walaupun sekali imbas macam best je duduk goyang kaki daripada duk stres dengan assignment. Hahaha)



Tapi sekarang, musim bersawang di rumah dah habis. Dah masuk waktu untuk start enjin otak dan kembali belajar pula. Takde peluang nak sambung belajar di luar negara, kita boleh je sambung dalam negara. Apa susah? Bumi Allah luas. Rezeki ada kat mana-mana. Dan kali ni, rezeki aku terbuka untuk menyambung diploma dalam kursus Business Studies di Kolej Profesional Mara (KPM) Ayer Molek, Melaka. Dalam sejam dua je jaraknya dari rumah abang aku di sekitar Kem Terendak tu. Okey la, kan? Dapat peluang belajar, dekat pula dengan abang yang boleh tolong kalau ada apa-apa hal. Double triple quadruple rezeki tu. :D

Kadang-kadang kalau fikir balik, macam malu dan rendah diri juga sebab dah umur 21 baru nak sambung diploma. Kawan-kawan lain yang ambil diploma semua dah tamat, tunggu nak sambung degree. Yang memang dah pursue degree pulak ramai yang dah nak grad. Lain-lain yang tak sambung study pula ada yang dah kerja, ada yang dah kahwin beranak-pinak.

Tapi aku? Nama je pelajar cemerlang berderet A tapi last-last tersembam juga di kolej. Lol

Tak sangka benda yang selalu aku baca atau dengar kisahnya akhirnya jadi kat diri sendiri. Kisah pelajar yang cemerlang di sekolah menengah, tapi bila di kolej, result lebih hina daripada kawan-kawan yang dulu tak ada A masa SPM.

Balasan la tu.

Sebab siapa suruh lalai dan sombong masa belajar, kan? Jenis bangga diri bajet A-Level tu mudah macam SPM. Dan juga mentang-mentang la jauh dari family, ambil mudah je urusan agama yang merupakan asas jati diri Muslim. Kan dah setepek Allah bagi?

Ada orang kata membazir. Semua dari segi masa, wang, dan tenaga. Sebab susah payah belajar selama setahun setengah dalam kursus yang menelan belanja hampir RM70,000, tapi akhirnya kecundang. Tapi aku kata tak rugi apa pun.

Benda yang betul-betul merugikan adalah benda yang kau buat, tapi tak dapat satu hasil pun daripada benda tu. Dalam kes aku, walaupun aku gagal dan tak boleh terbang ke luar negara, tapi aku dapat PENGALAMAN. I mean bila lagi boleh bercampur gaul dalam masyarakat berbilang bangsa, belajar silibus yang takde dalam negara kita, speaking berterabur dengan cikgu-cikgu Mat Saleh, kan? Hahahaha... Macam mana pun, tak dinafikan yang dari segi duit, aspek tu agak membazir. Biasiswa kot. Duit zakat pula tu. Kadang-kadang rasa bersalah sangat. Sebab duit sebanyak tu kalau diguna untuk tolong orang lain, rasanya lagi banyak hasil yang boleh dapat. Insya Allah I'll do something to make up for it.

Buat masa ni, sabar je dulu dengan orang yang duk mengutuk mengata keluarga aku. Macam yang aku tulis kat atas 'Bumi Allah luas. Rezeki ada kat mana-mana'. Mungkin hari ni aku gagal, tapi InsyaAllah lain kali ada kejayaan yang menanti. Yang penting, jangan putus asa, sentiasa positif, dan selalu bersedia menempuh dugaan yang datang dalam hidup. *senyum*

Ikhlas,
NaSa.